China Basmi Kuman Tukar Wang Baru Untuk Halang Penularan Covid 19




Bank di China membasmi kuman dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan, dalam usaha menghalang penularan wabak Covid-19 yang meragut nyawa lebih 1,500 orang, kata pegawai pada Sabtu.
Bank Negara China dalam sidang media hari ini berkata, lampu ultraungu atau suhu tinggi digunakan untuk membasmi kuman pada wang kertas yuan, ia kemudian dibalut dan disimpan selama 7 hingga 14 hari – bergantung kepada tahap keseriusan penularan Covid-19 di sesebuah wilayah itu – sebelum diedarkan semula kepada orang ramai.
Timbalan Gabenor Bank Negara China, Fan Yifei dipetik AFP menggesa bank menyediakan wang kertas baru kepada pelanggan berdasarkan kemampuan mereka.
Katanya, bank pusat itu melakukan “pengeluaran kecemasan” wang kertas baru sebanyak 4 bilion yuan ke wilayah Hubei yang paling teruk terjejas akibat Covid-19, sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada akhir bulan lalu.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan “memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai ketika menggunakan wang tunai”.
Tidak jelas impak ke atas usaha pembasmian kuman pada wang kertas itu kerana rakyat China kini lebih gemar menggunakan pembayaran elektronik berbanding wang tunai, sejak beberapa tahun ini.
Pada 2017, hampir 3/4 daripada responden di China memberitahu satu kajian Ipsos yang mereka boleh hidup sebulan tanpa menggunakan wang tunai lebih 100 yuan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, virus Covid-19 boleh disebarkan melalui objek tercemar, selain titisan dan kontak langsung dengan pesakit dijangkiti virus itu.
Terdahulu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional melaporkan 143 kematian baru pada Sabtu, semuanya di Hubei kecuali 4 kes, menjadikan keseluruhan 1,523 kematian setakat ini.
Ia turut melaporkan 2,641 kes jangkitan baru, dengan kebanyakannya di Hubei, menyebabkan semuanya 66,492 kes sehingga ini.
Angka itu hampir separuh daripada kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.
Semalam, pihak berkuasa berkata 1,716 kakitangan perubatan jatuh sakit ketika penularan wabak itu dengan 6 daripadanya meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
Kebanyakan jangkitan dalam kalangan kakitangan perubatan berlaku di Wuhan, ibu wilayah Hubei kerana kekurangan topeng hidung dan mulut serta peralatan melindungi diri di hospital yang dipenuhi pesakit.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/15/china-basmi-kuman-tukar-wang-baru-untuk-halang-penularan-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=china-basmi-kuman-tukar-wang-baru-untuk-halang-penula

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 452 hits
Kuala Lumpur 15 Feb Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Covid 19 di negara ini Pertambahan dua kes melibatkan warga asing ini menjadikan 21 kes setakat ini di Malaysia Kes ke 20 melibatkan seorang lelaki...
Saintis China Beri Amaran Covid 19 Mungkin Jadi Penyakit Selesema Baru Untuk Jangka Panjang

Saintis China Beri Amaran Covid 19 Mungkin Jadi Penyakit Selesema Baru Untuk Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 301 hits
Biarpun kadar jangkitan baru koronavirus di China sedang menurun saintis tempatan mengingatkan agar dunia bersedia terhadap sebarang kebarangkalian masa hadapan Mereka mendakwa penyakit itu mungkin bakal menjadi penyakit selesema baru pada ...
Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 462 hits
Jangkitan Coronavirus yang menular di China kini telah mengorbankan sebanyak 1 110 orang dengan Hubei yang menjadi pusat muculnya wabak melaporkan 94 kematian baharu Menurut The Korea Herald Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini hari...
2 Lagi Warga China Positif Covid 19 Di Malaysia

2 Lagi Warga China Positif Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 567 hits
Kakitangan perubatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bersiap sedia dengan pod isolasi yang akan digunakan untuk memindahkan pesakit dijangkiti Covid 19 PETALING JAYA Malaysia mencatatkan 2 lagi kes jangkitan baru Covid 19 dengan ked...
Usai Corona Muncul Virus Baru Dari China

Usai Corona Muncul Virus Baru Dari China

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 268 hits
Belum usai persoalan tentang virus corona yang mewabah pemerintah China kembali mengumumkan munculnya virus flu burung atau H5N1 yang melanda sebuah peternakan di provinsi Hunan
Covid 19 Dua Lagi Warga China Pulih Pesakit Sembuh 13

Covid 19 Dua Lagi Warga China Pulih Pesakit Sembuh 13

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR 19 FEB Pasangan warga China masing masing berusia 52 tahun dan 49 tahun yang disahkan positif koronavirus 2019 sebelum ini dibenarkan keluar hospital petang semalam menjadikan jumlah terkini pesakit sembuh adalah 13 Ketua Penga...
Covid 19 Nama Baru Coronavirus Malaysia Bertambah Satu Kes Positif

Covid 19 Nama Baru Coronavirus Malaysia Bertambah Satu Kes Positif

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 676 hits
COVID 19 nama baru Coronavirus Malaysia bertambah satu kes positif baharu Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pada sesiapa yang follow page FB dan twitter KKM pasti dah tahu tentang nama baru bagi wabak penyakit Coronavirus berita t...
Covid 19 Kapal Persiaran Berlepas Transit Di Mana Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

Covid 19 Kapal Persiaran Berlepas Transit Di Mana Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 339 hits
Putrajaya 16 Feb Berikutan kes jangkitan Covid 19 yang ke 22 kerajaan akan menghalang semua kapal dari China untuk berlabuh di Malaysia Kes jangkitan Covid 19 itu melibatkan seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang menaiki penerb...
Terkini Angka Kematian Covid 19 Di China Melepasi 1 700 Orang

Terkini Angka Kematian Covid 19 Di China Melepasi 1 700 Orang

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 275 hits
BEIJING Angka kematian akibat jangkitan coronavirus mencecah 1 770 kes sehingga hari ini selepas 105 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei Menerusi laporan perkembangan harian Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu turut melaporkan 1 933 k...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur