Covid 19 Agama Mengajar Untuk Jujur


Suasana Wabak Korona yang melanda dunia sungguh menakutkan sehingga jiwa yang terasa bebas selama ini kesemuanya merasa gelisah. Malaysia tidak terkecuali daripada pandemik Covid-19 ini ditambah pula dengan peningkatan kes yang begitu membimbangkan sehingga tempok PKP terpaksa dilanjutkan.


Dalam menghadapi wabak yang menggila ini, kerajaan tidak akan mampu memenangi peperangan ini meskipun melepaskan satu demi satu tembakan ke arah musuh tanpa bantuan serta kerjasama rakyat.

Perkara yang paling membimbangkan ialah isu kejujuran pesakit-pesakit yang tidak jujur sehingga boleh menyebabkan kemusnahan yang besar.

Kejujuran dalam menghadapi wabak ini adalah suatu perkara yang sangat penting agar tidak menimbulkan risiko kepada nyawa barisan hadapan negara yang telah berjuang bermati-matian sejak wabak ini menular di tanah air.

Malangnya,segelintir masih lagi menyembunyikan maklumat peribadi atau mendiamkan diri sehingga merisikokan kakitangan hospital.

Bahkan sehingga kejujuran pesakit dalam mendepani wabak ini dirayu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebook beliau.

Sebenarnya Islam telah menekankan sikap jujur ini sehingga menjadi salah satu elemen penting dalam menjaga lisan daripada perkara yang dusta.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili bahawa, "berkata dengan perkara yang dilarang seperti berdusta yang menyakiti orang lain, maka berdosa."

Benarlah kiranya kerana perbuatan ini sesungguhnya telah menyebabkan beberapa insiden yang membahayakan nyawa kerana wabak korona ini sifatnya boleh membawa maut. Dalam suasana seperti ini, berdusta boleh membawa padah bukan hanya pada diri tetapi manusia di sekitar.

Ingatlah bahawa tanda-tanda munafik itu ada tiga dan salah satu daripadanya ialah apabila dia bercakap maka dia berdusta. Maka jujur adalah tanda orang yang kuat dan teguh imannya.

Ahli Sufi bernama Ibrahim Adham pernah menjaga sebuah kebun buah-buahan dan mengambil upah daripadanya selama beberapa tahun.

Datang suatu hari, pemiliknya meminta untuk membawa beberapa buah delima untuknya yang manis dan ranum.

Ibrahim memberi beberapa buah hasil daripada kebun jagaannya malangnya masam yang dirasa pemiliknya. Lantas pemilik kebun berkata, 'bawakan kepadaku buah yang manis'.

Lalu dia membawa sepinggan buah delima dan ternyata kesemua buah tersebut masam yang menjadi rasa di lidah pemilik kebun tersebut kemudian berkata, 'begitu lama engkau bekerja di kebun ini namun engkau tidak mengenali mana yang manis dan mana yang masam?'

Ibrahim menjawab, 'Aku menjaga kebunmu tetapi tidak pula aku tahu bagaimana rasanya buah delima yang manis dan masam kerana tidak pernah merasainya'.

Begitulah kejujuran yang wajar dicontohi yang bernama manusia. Jujur bukan hanya dalam perkataan malahan di dalam perbuatan.

Sesungguhnya kejujuran adalah suatu warisan para Nabi terdahulu kerana dinyatankan Allah di dalam Al-Quran seperti Nabi Ibrahim yang disebut sebagai Siddiq (yang jujur) dalam surah Maryam ayat 41 yang bermaksud:

"Ceritakanlah (Wahai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat jujur dan seorang Nabi."

Bukan berakhir begitu sahaja sebagai suatu akhlak Para Nabi dan Rasul bahkan mampu menyelamatkan diri manusia. Sabda baginda saw yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Mas'ud RA, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, 'Hendaklah kamu berlaku jujur, kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantar seseorang ke dalam syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kamu berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan menghantar seseorang ke dalam neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong)." (HR Bukhari)

Maka selayaknya sebagai umat Islam untuk memakai pakaian jujur ini dalam kehidupan seharian tambahan pula di tengah-tengah keadaan yang begitu menekan ini. Bukan wang yang dipinta tapi kejujuran untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Kalau masih berdusta kerana bimbang dikuarantin atau terluka, ketahuilah bahawa kejujuran di saat ini mampu menyelamatkan diri bahkan lebih ramai daripada terluka.

Jadilah orang yang bijak, bertanggungjawab dan amanah di tengah wabak yang bermaharajalela demi kesejahteraan bersama.

Jika mampu jujur dalam perasaan kepada kekasih hati, mengapa tidak untuk keselamatan tanah air tercinta?

Sumber:
Facebook :Noor Hisham Abdullah. https://www.facebook.com/DGHisham/Farid al-Din Attar, Tadzkirat al-Auliya.Qudamah al-Maqdisi, Kitab At-Tawabbin.Abdul Qadir al-Mandili, Penawar Bagi Hati. Penth. Abdul Basit Abdul Rahman.
Biodata Penulis:
A.R. KASA
Facebook: Melankolia Philosophia
Instagram: arkasa_philosophia
Mahasiswa Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam,
Universiti Malaya.
4 April 2020.
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/covid-19-agama-mengajar-untuk-jujur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tolonglah Jujur

Covid 19 Tolonglah Jujur

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 161 hits
COVID 19 Tolonglah jujur PETUGAS di barisan hadapan terdiri dariipada doktor dan jururawat melakukan saringan di Zon Saringan Hospital Kuala Lumpur 24 Mac lalu COVID 19 Tolonglah jujur MASYARAKAT disaran supaya jujur dalam memberi maklumat ...
Respon Menteri Agama Soal Usulan Dana Haji Untuk Penganan Covid 19

Respon Menteri Agama Soal Usulan Dana Haji Untuk Penganan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 189 hits
Anggaran Kementerian Agama untuk tahun 2020 sendiri sudah dialihkan sebesar Rp 2 6 triliun untuk penanganan Covid 19 Anggaran tersebut berasal dari fungsi pendidikan sebesar Rp 2 2 triliun dan fungsi agama Rp 400 miliar
Terkini 1 Kematian Baru Covid 19 Mangsa Pernah Ke Perhimpunan Agama Di Sulawesi

Terkini 1 Kematian Baru Covid 19 Mangsa Pernah Ke Perhimpunan Agama Di Sulawesi

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 252 hits
Putrajaya 7 April Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi kematian baru akibat COVID 19 Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 1 kematian akibat COVID 19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 63 kes ujar Ketua Pengarah Kesihatan ...
Semua Adun Pulau Pinang Sumbang 30 Gaji Untuk Tabung Covid 19

Semua Adun Pulau Pinang Sumbang 30 Gaji Untuk Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 290 hits
Pandemik Covid 19 menjadi keutamaan negara untuk ditangani ketika ini Gambar fail The Malaysian Insight February 14 2020 SEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang termasuk pembangkang akan menyumbangkan sebanyak 30 peratus gaji merek...
Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 325 hits
April 5 2020 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ad hoc sebaliknya perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa bagi menghadapi ancaman bukan tradisional PETALING JAYA Timbalan Presiden...
Psi Usul Pemerintah Beri Insentif Agar Swasta Ikut Bantu Atasi Covid 19

Psi Usul Pemerintah Beri Insentif Agar Swasta Ikut Bantu Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 248 hits
Partai Solidaritas Indonesia mengusulkan agar pemerintah mengeluarkan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang undang atau Perppu yang memungkinkan bantuan yang diberikan oleh swasta untuk membantu menangani wabah corona bisa diklaim menjadi p...
Kisah Haru Dua Pasien Banyumas Sembuh Dari Covid 19 Disambut Warga Hingga Bupati

Kisah Haru Dua Pasien Banyumas Sembuh Dari Covid 19 Disambut Warga Hingga Bupati

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 252 hits
Sagimin salah satu pasien COVID 19 yang sembuh mendapat sambutan dari keluarganya ketika pulang kembali ke rumahnya di Desa Kemiri Sumpiuh Banyumas Ada pula seorang warga Banyumas berinisial AS yang juga sembuh dari Virus Corona Selain kelu...
Vaksin Covid 19 Dijangka Diperoleh Dalam Masa Setahun

Vaksin Covid 19 Dijangka Diperoleh Dalam Masa Setahun

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 265 hits
PUTRAJAYA Vaksin untuk COVID 19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun dan kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia masih lagi m...
Jawatan Kosong Dalam Misi Menghapuskan Covid 19

Jawatan Kosong Dalam Misi Menghapuskan Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 302 hits
IKLAN KAMI MEMERLUKANA SuperHouseManB SuperHouseWomenC SuperHouseBoysD SuperHouseGirlKuasa sakti menahan diri dari keluar rumah sekaligus menghentikan rantaian penyebaran COVID 19 Bidang Tugas 1 Tidak keluar rumah tanpa keperluan 2 Amalkan ...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Allbet 21 2568 918kiss 918 918kiss Apk 918kiss Allbet Top 3 By Tiffiny Allbet24hr Win

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

Activist 48 Hours Action Against Zamri Vinoth Or Hindus Will Launch Massive Yellow Wav Protest

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya