Covid 19 Adalah Virus Semula Jadi Who




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menegaskan sekali lagi, COVID-19 adalah virus semula jadi selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah melihat bukti bahawa ia berasal daripada sebuah makmal di China.
Saintis percaya virus itu menjangkiti manusia daripada haiwan, yang tercetus di China pada akhir tahun lalu, iaitu berkemungkinan dari sebuah pasar menjual binatang eksotik di Wuhan.
Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat (AS) mendakwa beliau telah melihat bukti yang Institut Virologi Wuhan dikatakan adalah sumber sebenar wabak itu tetapi enggan memberikan butiran lebih terperinci.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Trump berkenaan pada sidang media maya, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, menegaskan bahawa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah berkali-kali mendengar penerangan maklumat daripada saintis yang mengkaji virus terbabit.
“Kami pasti virus itu adalah semula jadi,” katanya mengulangi semula pendirian yang dinyatakan WHO sebelum ini.
Terdahulu, WHO semalam memaklumkan bahawa ia mahu dijemput untuk mengambil bahagian dalam siasatan China terhadap punca haiwan mencetuskan pandemik itu yang sudah meragut lebih 230,000 nyawa di seluruh dunia.
Ryan menekankan, adalah penting untuk mengenal pasti ‘perumah’ semula jadi virus itu, sekali gus memahami bagaimana ia boleh berpindah kepada manusia.
“Tujuan memahami perkara itu ialah supaya kita dapat melaksanakan langkah pencegahan dan kesihatan awam yang diperlukan bagi mengelakkan ia daripada berlaku lagi di mana-mana,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pula terus menolak kritikan terhadap organisasi berkenaan, terutama oleh Trump yang menggantung pendanaan daripada Washington selepas menuduh agensi PBB itu memandang remeh wabak itu pada peringkat awal dan berlebihan menghormati China.
Tedros menjelaskan, WHO telah mengeluarkan tahap amaran tertinggi dengan mengisytiharkan wabak itu sebagai ‘kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa’ pada 30 Januari lalu ketika masih belum ada kematian dan hanya 82 kes jangkitan dilaporkan di luar China.
“Kami tidak membuang masa langsung. Dunia mempunyai masa mencukupi untuk campur tangan,” katanya pada sesi taklimat, semalam.
Kenyataan beliau itu menyusul selepas jawatankuasa kecemasan WHO mengadakan pertemuan untuk kali pertama sejak membuat perisytiharan, tiga bulan lalu.
“Sudah tentu, pandemik itu kekal menjadi kecemasan kesihatan awam serta kebimbangan antarabangsa,” kata Tedros selepas menerima cadangan daripada jawatan berkenaan yang terdiri daripada 19 pakar bebas.
Sambil mengekalkan tahap amaran global, barisan pakar terbabit mengemukakan sejumlah cadangan umum mengenai bagaimana WHO dan negara di dunia harus bertindak balas kepada pandemik itu.
Antara lain, menyeru kerjasama meluas untuk mengenal pasti sumber zoonotik virus itu dan laluan pengenalannya terhadap populasi manusia.
Selain itu, WHO diseru supaya mengemas kini cadangan mengenai langkah perjalanan yang sesuai berhubung wabak berkenaan, dan mempertimbangkan ‘keseimbangan antara manfaat dengan akibat tidak diingini’ seperti kesukaran menghantar bantuan kemanusiaan apabila banyak penerbangan tidak beroperasi. – AFP




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/02/covid-19-adalah-virus-semula-jadi-who/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-adalah-virus-semula-jadi-who

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Icu Covid 19 Hospital Sultanah Bahiyah Ditutup Adalah Palsu

Dakwaan Icu Covid 19 Hospital Sultanah Bahiyah Ditutup Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 372 hits
SEBENARNYA Menurut Hospital Sultanah Bahiyah berita tersebut adalah palsu SUMBER Facebook Rasmi Hospital Sultanah Bahiyah MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentin
Er Doctor Who Continued To Treat Covid 19 Patients After Her Recovery Dies By Suicide

Er Doctor Who Continued To Treat Covid 19 Patients After Her Recovery Dies By Suicide

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 377 hits
Dr Lorna Breen aged 49 died a hero said her father small Cover image via The Washington Post The Guardian small An emergency room doctor who was treating COVID 19 patients at NewYork Presbyterian Allen Hospital has died by suicide She died ...
Dong Zong Klscah Raise Rm65k For Family Of Nurse Who Died Of Covid 19

Dong Zong Klscah Raise Rm65k For Family Of Nurse Who Died Of Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 412 hits
CORONAVIRUS The United Chinese School Committees Association of Malaysia and the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall have raised RM65 000 for the family of the late Nadila Rahmat a nurse who had died of Covid 19 Her demise is a ...
Covid 19 China Tambah Sumbangan 30 Juta Kepada Who

Covid 19 China Tambah Sumbangan 30 Juta Kepada Who

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 279 hits
China dilapor akan memberikan sumbangan tambahan sebanyak 3O juta kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia Sumbangan tersebut diberikan bagi membantu perjuangan global dalam mencegah penularan wabak COVID 19 Perkara tersebut disampaikan oleh juruc...
Indonesia Percaya Berjemur Di Terik Matahari Boleh Bunuh Virus Covid 19

Indonesia Percaya Berjemur Di Terik Matahari Boleh Bunuh Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 274 hits
Indonesia percaya berjemur di terik Matahari boleh bunuh Virus COVID 19Kerajaan Indonesia bagaimanapun memberi amaran pendedahan cahaya matahari secara berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit FENOMENA BERJEMUR BAWAH TERIK MATAHARI DAKWA...
Kaji Semula Salur Peruntukan Covid 19 Kepada Penyelaras Dun Selangor

Kaji Semula Salur Peruntukan Covid 19 Kepada Penyelaras Dun Selangor

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 277 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar merangkap Ketua Pembangkang Rizan Ismail bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa pada hari ke 36 Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung w...
Bagaimana Virus Covid 19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk

Bagaimana Virus Covid 19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 331 hits
Wabak jangkitan coronavirus yang bermula di Wuhan China pada bulan Disember 2019 telah menular ke hampir semua negara dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia Mengapa ...
Who Ingatkan Minum Alkohol Bisa Buat Orang Rentan Terinfeksi Virus Corona

Who Ingatkan Minum Alkohol Bisa Buat Orang Rentan Terinfeksi Virus Corona

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 241 hits
Organisasi Kesehatan Dunia mengingatkan bahwa konsumsi minuman beralkohol tidak membunuh virus di dalam tubuh malah bisa membuat orang lebih rentan terhadap virus Corona COVID 19 Alasannya karena dapat membuat sistem kekebalan tubuh melemah...
Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 623 hits
Senyumperawat com Lockdown di beberapa negara telah memasuki fase yang beragam Ada yang baru awal fase infeksi namun ada yang sudah mulai melonggarkan kebijakan lockdown di negaranya Badan Kesehatan Dunia mengatakan akhir pandemi masih jauh...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur