Bagaimana Virus Covid 19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk


Wabak jangkitan coronavirus yang bermula di Wuhan, China, pada bulan Disember 2019 telah menular ke hampir semua negara, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia.


Mengapa penyakit ini sangat menakutkan? Apa sebenarnya yang terjadi kepada badan kita apabila dijangkiti COVID-19 ini? Artikel ini ada jawapannya.

Serangan ke atas paru-paru

Memandangkan virus COVID-19 ini adalah jangkitan pada saluran pernafasan, bahagian pertama yang pasti terjejas ialah paru-paru.

Individu yang dijangkiti COVID-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka dan ketika bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu lain pula melalui titisan air liur.

Simptom-simptom jika anda dijangkiti COVID-19 ini ialah selesema, batuk atau demam.

Virus ini boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan menyebabkan keradangan pada paru-paru.

Jangkitan Covid-19 ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.

Berikut adalah perbezaan antara virus influenza biasa dan virus Covid-19:

Individu seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan ini.

Serangan ke atas arteri koronari adalah sama seperti virus lain yang menyerupai COVID-19 seperti SARS dan juga MERS.

Terdapat tiga peringkat kecederaan pada paru-paru:

Pertama, virus akan merebak dalam tubuh dan apabila virus tersebut tidak dikenali antibodi badan, sistem imun akan terus bertindak secara agresif.

Sekiranya sistem imun terus bertindak balas kepada keradangan yang berlaku, paru-paru akan menjadi rosak.

Malangnya, sistem imun yang bertindak secara agresif terhadap virus akan merosakkan saluran darah dalam paru-paru, menyebabkan kebocoran cecair dalam saluran darah.

Cecair tersebut akan berkumpul dalam poket udara paru-paru atau disebut alveoli, yang kemudiannya akan menyebabkan paru-paru sukar untuk memindahkan oksigen daripada udara ke dalam darah.

Menyerang Saluran Gastrousus

Kesan serangan virus COVID-19 ini bukan sahaja berlaku di dalam paru-paru, ia juga menyerang saluran pencernaan.

Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.

Biasanya, virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.

Respon Imun Yang Berlebihan

Jangkitan coronavirus ini juga boleh menyebabkan tindak balas imun yang kuat dan akibat daripada tindak balas ini, keradangan boleh berlaku kepada organ-organ dalaman tubuh.

Sistem imun tubuh akan aktif terlebih dahulu bagi mengenal pasti lokasi jangkitan apabila jangkitan coronavirus telah memasuki tubuh badan. Ia disebut Cytokine.

Apabila tubuh terdedah kepada jangkitan virus, sistem imun tubuh akan menghasilkan cytokine untuk melawan jangkitan tersebut.

Antibodi tubuh yang terhasil daripada sistem imun kemudiannya akan datang ke tempat di mana cytokine ini terdedah.

Namun, sekiranya terlalu banyak cytokine dilepaskan, ia akan menyebabkan masalah lain pada tubuh.

Cytokine yang berlebihan akan merosakkan organ-organ dalaman lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan juga saluran darah.

Serangan Ke Atas Hati

Hati adalah organ paling penting dalam badan dan ia disambungkan ke saluran darah. Oleh itu, jangkitan coronavirus ke atas hati juga boleh berlaku dengan mudah.

Jangkitan coronavirus ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan.

Hati boleh pulih dengan cepat jika berlaku kerosakan yang normal, namun jika serangan yang berlaku itu terjadi secara berulang-ulang, sel-sel hati yang baharu tidak dapat tumbuh semula dengan cepat lalu menyebabkan hati menjadi rosak.

Buah pinggang

6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.

Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.

Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan daripada setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.

Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru pesakit, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda.

Sememangnya ia adalah satu serangan yang sangatlah dahsyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Adakah Benar Minum Air Suam Boleh Membunuh Virus Covid-19?Benarkah Kunyit Mampu Merawat Covid-19?
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/cara-virus-covid-19-menyerang-imun-tubuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Profil Covid 19 Kelebihan Dan Kelemahan Virus Corona

Profil Covid 19 Kelebihan Dan Kelemahan Virus Corona

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 294 hits
Virus Corona atau Corona Virus Disease 2019 adalah virus paling cerdas dibandingkan virus penyakit lainnya Demikian menurut para ahli Faktanya memang begitu Kita baca beritanya di media resmi juga info resmi pemerintah virus ini luar biasa ...
Berpuasa Merawat Tubuh Harap Puasa Mampu Hapuskan Virus Covid19 Dalam Badan

Berpuasa Merawat Tubuh Harap Puasa Mampu Hapuskan Virus Covid19 Dalam Badan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 740 hits
Anda telah bersedia untuk merawat tubuh badan Yoshinori Ohsumi seorang ahli sains Jepun dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali seba...
5 Pekerjaan Yang Menyebabkan Badan Menjadi Gemuk

5 Pekerjaan Yang Menyebabkan Badan Menjadi Gemuk

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 297 hits
Satu kajian telah dijalankan di mana terdapat pekerjaan yang mempunyai tekanan yang tinggi dan kurang pergerakan sehingga membuatkan seseorang itu menjadi gemuk Oleh itu Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 pekerjaan yang boleh menyebabkan bad...
Saintis Dapati Virus Penyebab Covid 19 Mungkin Sudah Bermutasi Menjadi Lebih 30 Strain Berbeza Kajian

Saintis Dapati Virus Penyebab Covid 19 Mungkin Sudah Bermutasi Menjadi Lebih 30 Strain Berbeza Kajian

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 239 hits
Satu kajian yang dibuat mencadangkan bahawa virus SARS Cov 2 virus yang menjadi punca COVID 19 telah bermutasi kepada lebih 30 jenis strain yang terpisah Hal ini telah dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam...
Fakta Terbaru Covid 19 Perokok Aktif Bisa Menularkan Virus Corona

Fakta Terbaru Covid 19 Perokok Aktif Bisa Menularkan Virus Corona

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 290 hits
Senyumperawat com Ada sebuah fakta terbaru tentang Virus Corona yang berkaitan dengan perokok Hal ini The post appeared first on
Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh

Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 420 hits
Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh Faiz dari Kota Bharu Kelantan aktif dengan dakwah Tabligh Beliau positif covid 19 selama 10 hari Ini adalah perkongsian saudara Faiz dengan Master Haji Roslan Saudara Faiz menceri...
Penularan Virus Covid 19 Salah Siapa Sebenarnya

Penularan Virus Covid 19 Salah Siapa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 287 hits
Memang pahit bila kita terpaksa menerima hakikat kronologi penularan Covid 19 Tapi masih ada lagi pihak yang menafikannya sehingga ke saat ini Harap penjelasan di bawah akan menjawab persoalan tersebut Pada 30 Januari 2020 WHO mengumumkan w...
Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 327 hits
Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada seorang dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugasan kerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Tetapi bagi m...
Dokter Klaim Virus Corona Covid 19 Menular Lewat Kentut

Dokter Klaim Virus Corona Covid 19 Menular Lewat Kentut

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 272 hits
Virus corona jenis baru atau COVID 19 sudah terbukti menular melalui droplets atau percikan air liur pasien yang positif Baru baru ini dokter mengklaim cara penularan terbaru virus tersebut bisa saat seseorang buang gas atau kentut Benarkah...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord