Covid 19 107 Dari Wuhan Dibenar Keluar Pusat Pemantauan


PUTRAJAYA, 18 FEB: Semua 107 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu susulan wabak Covid-19 telah dibenarkan keluar dari pusat pemantauan di Nilai, Negeri Sembilan setelah tamat tempoh kuarantin.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sampel ulangan bagi mereka telah disahkan negatif jangkitan Covid-19.
“Mereka yang dibenarkan pulang ini termasuk dua kes yang sebelum ini positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di sini hari ini.
Dzulkefly bagaimanapun menjelaskan seorang daripada 107 individu berkenaan sedang menerima rawatan di wad bagi isu kesihatan yang dialami, dan ia tiada kaitan dengan Covid-19.
Kumpulan itu dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas melalui misi bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan kerajaan Malaysia.
Mereka kemudiannya dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk menjalani tempoh pemantauan selama 14 hari, mulai 4 Februari lalu.
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kekal 22 dengan 11 daripadanya masih dirawat di hospital.
“Bilangan kes yang telah discaj dari hospital sehingga hari ini ialah 11,” katanya sambil menambah tiada kes baharu dilaporkan hari ini.
Dua puluh dua kes itu merangkumi 12 yang dilaporkan dalam kalangan pesakit dalam siasatan (PUI), lapan dalam kalangan kontak rapat, dan dua kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui misi bantuan kemanusiaan dari Wuhan.
Bilangan itu juga terdiri daripada 15 warganegara China, enam rakyat Malaysia dan seorang warganegara Amerika Syarikat.
Sehingga hari ini, sejumlah 583 PUI dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC). Bagi kontak rapat kepada kes positif, 230 kes dikesan adalah negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan makmal.
Sementara itu, mereka yang menjalani tempoh kuarantin di AKEPT dilihat mula keluar dari lokasi itu pada kira-kira 4.30 petang tadi setelah dibenarkan berbuat demikian.
Menurut penyelaras bagi pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Nur Adibah Shaharul, mereka didapati negatif jangkitan Covid-19 selepas menjalani peringkat akhir ujian sampel bagi virus itu semalam.
Dr Nur Adibah, yang juga Pegawai Perubatan Penyelaras Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, berkata setiap individu berkenaan telah menjalani ujian sampel sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pengawasan.
“Pertama, KKM melakukan ujian sampel pada 4 Februari di Air Disaster Unit (ADU) sejurus mereka tiba di lapangan terbang. Ujian sampel dilakukan sekali lagi pada 10 Feb manakala dalam peringkat terakhir pula, ujian sampel dilakukan semalam (17 Februari),” katanya ketika ditemui Bernama.
Misi membawa pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka dilakukan selepas mereka terkandas di Wuhan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk oleh kerajaan China sejak 23 Januari lalu, susulan penularan wabak Covid-19 di negara itu.
Ditanya mengenai prosedur operasi selepas tempoh kuarantin itu tamat, Dr Nur Adibah berkata pihaknya terus melakukan pembersihan secara klinikal terutama di bilik yang didiami mereka.
“Kita akan buat proses pembersihan secara klinikal seperti disinfeksi pada setiap koridor bangunan, permukaan perabot, tilam, langsir dan sebagainya. Prosedurnya sama seperti proses pembersihan yang dilakukan di hospital,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/covid-19-107-dari-wuhan-dibenar-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Lega Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Pusat Pemantauan

Tpm Lega Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Pusat Pemantauan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA 18 FEB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa lega apabila kesemua rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Feb lepas ekora...
Pengurusan Pusat Beli Belah Perlu Tingkat Langkah Pencegahan Covid 19

Pengurusan Pusat Beli Belah Perlu Tingkat Langkah Pencegahan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA 15 Feb Pengurusan pusat membeli belah di Wilayah Persekutuan diingatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan COVID 19 dengan mengikut saranan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia kata Menteri Wilayah Persekutuan Khali...
Pakar Bimbang Singapura Jadi Pusat Penyebaran Baru Covid 19

Pakar Bimbang Singapura Jadi Pusat Penyebaran Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 299 hits
Meskipun kadar jangkitan Covid 19 di Wuhan China semakin menurun seorang pakar perubatan penyakit berjangkit menyuarakan rasa bimbang akan kemungkinan kewujudan pusat penyebaran baru wabak tersebut Menurut Dr Christopher Lee beliau memberik...
Pengarah Hospital Utama Di Wuhan Meninggal Dunia Akibat Virus Covid 19

Pengarah Hospital Utama Di Wuhan Meninggal Dunia Akibat Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 553 hits
Pengarah Hospital Wuhan Wuchang Liu Zhiming dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis lapor CCTV satu stesen televisyen China Dr Liu Zhiming telah meninggal dunia pada 10 30am selepas semua usaha penyelamatan telah dilakukan kata hos CCT...
Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 696 hits
Misteri suratan atau kebetulan Sebuah buku yang diterbitkan 39 tahun lalu pada 1981 telah meramal bahawa satu wabak penyakit baharu akan menyerang seluruh dunia pada tahun 2020 yang baru baru ini satu posting artikel tentang sebuah buku yan...
Jurnalis China Yang Beritakan Kondisi Wuhan Akibat Wabah Virus Corona Diduga Hilang

Jurnalis China Yang Beritakan Kondisi Wuhan Akibat Wabah Virus Corona Diduga Hilang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 308 hits
Chen Qiushi seorang jurnalis yang telah melakukan pelaporan kritis dari Wuhan kota China tengah di pusat penyebaran wabah diduga hilang pada Kamis malam ketika ratusan ribu orang di China tengah menuntut kebebasan berbicara
Filipina Evakuasi 30 Warganya Dari Wuhan

Filipina Evakuasi 30 Warganya Dari Wuhan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 242 hits
Pada Minggu Departemen Luar Negeri melaporkan Filipina telah mengevakuasi 30 warganya dari kota Wuhan China yang merupakan pusat penyebaran wabah virus corona dan telah menewaskan lebih dari 800 orang di China daratan kembali ke Filipina
Hospital Wuhan Guna Robot 5g Bantu Pesakit Koronavirus

Hospital Wuhan Guna Robot 5g Bantu Pesakit Koronavirus

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 248 hits
WUHAN 7 FEB Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang lapor agensi berita Xinhua Satu robot dipasang dengan kemudahan s...
Kru Maskapai Di Bangladesh Tidak Mau Ikut Evakuasi Warga Di Wuhan

Kru Maskapai Di Bangladesh Tidak Mau Ikut Evakuasi Warga Di Wuhan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 186 hits
Kru maskapai nasional Biman Bangladesh menolak ikut dalam penerbangan untuk mengevakuasi warga di Wuhan di tengah meluasnya wabah virus corona
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque

Kelas Tauhid Bersama Sofea