Pakar Bimbang Singapura Jadi Pusat Penyebaran Baru Covid 19




Meskipun kadar jangkitan Covid-19 di Wuhan, China semakin menurun, seorang pakar perubatan penyakit berjangkit menyuarakan rasa bimbang akan kemungkinan kewujudan pusat penyebaran baru wabak tersebut.
Menurut Dr Christopher Lee, beliau memberikan perhatian khusus terhadap perkembangan di negara jiran Singapura.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV semalam, bekas ketua Unit Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu merujuk kepada penyebaran wabak itu di Singapura.
Dalam 77 kes virus Covid-19 di Singapura, sejumlah 53 yang berjangkit melalui kontak rapat.
Kini, terdapat 50 kes melibatkan warga Singapura dan tiga kes melibatkan penduduk tetap, Seramai 24 telah sembuh.
Lima dari warga Singapura – yang dijangkiti- tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, di mana virus itu ditemui.
Susulan jumlah kes tersebut, Lee berharap pihak berkuasa Singapura dapat meningkatkan usaha untuk mengesan punca jangkitan Covid-19.
Beliau turut khuatir keadaan akan menjerumus kepada “jangkitan penyebaran manusia ke warga tempatan” dan membawa kepada “kes yang tidak berkaitan”.
“Mereka masih dalam kawalan (dan) mereka masih boleh meneliti semua orang tetapi lebih banyak lagi kes muncul […] mungkin ada risiko virus ini merebak dan pegawai kesihatan awam di Singapura mungkin tidak dapat mengejar.
“Dan sekali ia berlaku, perkara itu akan menjadi rumit (dan ia menjadi) ‘jangkitan penyebaran manusia ke warga tempatan’ yang kita tidak akan jumpa punca (penyebaran),” katanya.
Sekiranya itu berlaku, Lee berkata tidak banyak yang Malaysia boleh lakukan untuk menghentikan wabak itu daripada tersebar ke negara ini.
Ini pula memandangkan bila lebih dari 300 000 warga Malaysia yang menyeberangi Singapura setiap hari bagi tujuan bekerja atau belajar.
“Ia penting untuk melihat bagaimana Singapura berjaya (membendung wabak itu). Kita juga akan mendapat faedah jika mereka terus melakukan tugas dengan terbaik,” tambahnya.
Kementerian Kesihatan Singapura berjaya menjejak penyebaran kes tersebut di lima lokasi, yang dianggap sebagai “kluster”.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura menjangkakan kemungkinan terdapat kes terbaru. Pulau itu merekodkan tangga ketiga tertinggi bagi kes Covid-19 di seluruh dunia.
Tutup pintu tak akan berhasil
Lee, yang baru tiga minggu bersara sebagai timbalan ketua setiausaha kementerian, juga menjelaskan sekatan perjalanan pergi dan balik ke Singapura tidak akan mampu untuk mencegah “kes yang tidak berkaitan” ketika ia dikesan.
Katanya, ketika kes sebegitu dikesan, sudah pasti ribuan orang sudah pun melepasi Tambak Johor.
“Ketika itu nasi sudah jadi bubur,” katanya merujuk kepada nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap sekatan perjalanan.
Tempoh kuarantin bagi Covid-19 dianggar selama dua ke 14 hari.
Pemeriksaan suhu badan yang lebih ketat di sempadan Singapura-Malaysia akan membantu mengurangkan kadar jangkitan namun Lee berpendapat bahawa kaedah ini lebih kepada “kawalan kerosakan”.
“Kita tahu bahawa kita tidak dapat mengesan semuanya, tetapi mungkin dapat segelintir,” tambahnya.
Mula merancang sekarang
Susulan situasi buruk yang mungkin berlaku di Singapura, Lee mencadangkan agar Malaysia mula merangka rancangan mitigasi sekarang.
Ini untuk menyediakan bantuan rawatan dan kawalan bagi dapat membendung peningkatan kepada kes Covid-19.
Beliau menjelaskan segala rancangan mitigasi perlu melangkaui KKM kepada pelbagai sektor kerajaan dan masyarakat.
“Nasihat saya adalah kita kena rancang dahulu bimbang kes meningkat.
“Oleh kerana untuk melaksanakan perkara-perkara ini tidak begitu mudah, ia akan mengambil banyak perancangan dan penyelarasan antara agensi dan sektor masyarakat yang berbeza,” katanya.
Sehingga17 Feb, Malaysia merekodkan 22 kes positif bagi wabak Covid-19, enam merupakan rakyat Malaysia, 15 warga China dan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).
Sejumlah tiga warga Malaysia dan lima dari China merupakan kes dari kontak rapat.
Kesemua kes berjaya dikesan dan sembilan dilaporkan sudah sembuh.
Kemungkinan pusat penyebaran baru
Selain Singapura, Lee juga berkata dia turut meneliti jumlah kes Covid-19 yang dijangkiti menerusi kontak rapat di bandar-banar di China.
“Jika ia tersebar di Wuhan, ia akan lebih tersebar ke bandar China lain lebih dari rakyat (berjangkit) datang ke Jepun, Singapura atau Malaysia.
“Kalau dilihat Beijing, Shanghai, Shenzhen dan semua bandar besar untuk meneliti kes berhubung kontak rapat, (jika) kes tersebut masih meningkat di China, ia bermakna isu belum selesai,” katanya.
Lee mengingatkan lagi bahawa negara-negara Asia seperti Jepun dan Singapura berpotensi menjadi pusat wabak Covid-19 yang akan datang.
“Jika pegawai kesihatan di negara masing-masing lakukan tugas dengan betul,” lagi banyak kes dari kontak rapat muncul, negara itu berpotensi untuk menjadi pusat epidemik terbaru (wabak Covid-19),” katanya.
Menurut laporan South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong, China mempunyai sejumlah 70,548 kes Covid-19 dan 1,770 kematian direkodkan.
Jepun merekodkan kes tertinggi bagi wabak berkenaan manakala Singapura menduduki tangga ketiga dengan jumlah 518 kes.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/18/pakar-bimbang-singapura-jadi-pusat-penyebaran-baru-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakar-bimbang-singapura-jadi-pusat-penyebaran-baru-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Kes Baharu Covid 19 Di Singapura Jumlah Terkini 81

Empat Kes Baharu Covid 19 Di Singapura Jumlah Terkini 81

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 420 hits
Singapura Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID 19 di republik itu seorang daripadanya adalah wanita warga Malaysia Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini...
Singapura Ambil Langkah Ketat Kawal Covid

Singapura Ambil Langkah Ketat Kawal Covid

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 251 hits
Ibrahim Mat Isa Walaupun dari segi kelengkapan perkhidmatan kesihatan Singapura barangkali lebih banyak berbanding negara kita kerana mereka negara kecil Akan tetapi dari segi kecekapan bertindak kontingensi kakitangan dan gemblengan tenaga...
Duit Kertas Pengantara Penyebaran Covid 19

Duit Kertas Pengantara Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 294 hits
China kini membasmi dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghentikan penyebaran koronavirus yang meragut 1 523 nyawa di negara itu Bank Negara China dalam satu sidang media memberitahu instit...
Covid 19 Tindakan Pantas Kerajaan Kawal Penyebaran Berita Palsu

Covid 19 Tindakan Pantas Kerajaan Kawal Penyebaran Berita Palsu

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 343 hits
MARANG 16 FEB Tindakan pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya mengurangkan penularan berita palsu Covid 19 Timbalan Menteri KKMM Datuk Eddin Syazlee Shith berkata sehingga kini s...
China Basmi Kuman Tukar Wang Baru Untuk Halang Penularan Covid 19

China Basmi Kuman Tukar Wang Baru Untuk Halang Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 420 hits
Bank di China membasmi kuman dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan dalam usaha menghalang penularan wabak Covid 19 yang meragut nyawa lebih 1 500 orang kata pegawai pada Sabtu Bank Negara China dalam sidang media hari ini berkata lam...
Tiga Kes Baharu Covid 19 Di Singapura 34 Kes Sudah Sembuh

Tiga Kes Baharu Covid 19 Di Singapura 34 Kes Sudah Sembuh

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 376 hits
Singapura Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tiga lagi kes baharu COVID 19 dicatatkan di republik itu menjadikan jumlah kes yang positif kepada 84 Tiga kes baharu itu membabitkan warganegara Singapura yang tidak mempunyai ...
Covid 19 Tiada Kes Baharu Di Singapura

Covid 19 Tiada Kes Baharu Di Singapura

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 228 hits
SHAH ALAM 23 FEB Tiada kes positif baharu Covid 19 di Singapura hari ini yang menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat kekal 89 menurut Kementerian Kesihatan Singapura Dalam perkembangan terkini MOH berkata dua lagi pesakit dibenark...
Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 431 hits
Kuala Lumpur 15 Feb Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Covid 19 di negara ini Pertambahan dua kes melibatkan warga asing ini menjadikan 21 kes setakat ini di Malaysia Kes ke 20 melibatkan seorang lelaki...
Pelajar Institut Teknologi Singapura Positif Covid 19

Pelajar Institut Teknologi Singapura Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 256 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan satu lagi kes jangkitan Covid 19 di negara itu membabitkan seorang pelajar di Institut Teknologi Singapura MOH berkata kes terbaru itu membabitkan pelajar berusia 24 tahun yang berkaitan ...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah