Covid 19 100 000 Rakyat Malaysia Bakal Hilang Pekerjaan


Sektor pelancongan turut terjejas akibat wabak Covid-19. -Foto Bernama
PETALING JAYA - Hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Menurut laporan akhbar theSundaily, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan bahawa jumlah yang diberhentikan impak ekonomi kesan daripada virus itu boleh meningkat dua kali ganda daripada 40,000 orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan memetik sebagai berkata, keadaan pasaran ketika ini agak membimbangkan setelah banyak syarikat terjejas apabila sebahagian pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding yang diperoleh sebelum ini.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, angka pemberhentian boleh mencecah setinggi 100,000, iaitu lebih daripada dua kali ganda pada 2019," katanya.
Sehingga kini, lebih daripada 1,700 orang telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 dan Malaysia mencatatkan sebanyak 22 kes.

Penganalisis perniagaan mendakwa pengusaha yang menganggap China sebagai rakan perdagangan mereka turut terjejas apabila aktiviti perniagaan di negara itu semakin perlahan ekoran penutupan beberapa bandarnya.

Sejak penularan wabak itu, banyak pemain industri di Malaysia mendakwa turut terkesan sehingga memaksa kerajaan membuat satu pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan pada 27 Februari ini bagi mengurangkan kesannya.

Shamsuddin berkata, perniagaan berkaitan sektor pelancongan dan pembuatan terutama yang bergantung kepada pasaran China di lihat berkemungkinan paling terjejas.

"Sudah tentu, pengusaha hotel turut terjejas apabila ribuan tempahan dibatalkan. Sektor perhotelan, restoran, syarikat penerbangan dan peruncit antara yang terkesan secara langsung, " katanya.
Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Datuk Abdul Halim Mansor memetik sebagai berkata, menjadi kewajipan kerajaan untuk melakukan amaran serius oleh MEF dan mencari rakan perdagangan alternatif.

Menurutnya, jika isu itu tidak dapat diselesaikan, akan berlaku pergantungan yang lebih tinggi terhadap pekerja asing kerana gaji lebih rendah berbanding penduduk tempatan.

"Tahun lepas, mereka (MEF) meramalkan 30,000 hingga 40,000 diberhentikan sementara dan ia benar-benar berlaku. Jadi, saya berharap apa yang dikatakan kali ini (kemungkinan 100,000 pemberhentian) tidak akan dibuang oleh kerajaan."Ini kerana mereka yang paling terjejas adalah rakyat Malaysia sendiri. Majikan sebaliknya akan mengekalkan pekerja asing kerana lebih murah," katanya.
Sementara itu, pakar ekonomi Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, ekonomi Malaysia akan terus terkesan jika wabak Covid-19 di China tidak pulih sepenuhnya kerana banyak syarikat di negara ini bergantung kepada republik itu untuk mendapatkan produk dan bahan mentah mereka.

Katanya, dianggarkan sebanyak 20 peratus pengurangan penggunaan bahan api di China sejak wabak itu berlaku menunjukkan bahawa aktiviti pengeluaran juga berkurang sekali gus menjejaskan banyak rakan dagangan lain.

“Jadi banyak pemain industri di Malaysia yang menjana pendapatan melalui eksport barangan ke China juga akan menderita."Mungkin kerajaan perlu menyesuaikan ekonomi kita dengan cepat dan perlu mencari pasaran pengganti bagi import dan eksport negara," katanya.-SH
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/02/covid-19-100000-rakyat-malaysia-bakal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 000 Pekerja Bakal Hilang Pekerja Sekiranya Wabak Koronavirus Berterusan Hingga Penghujung Tahun

100 000 Pekerja Bakal Hilang Pekerja Sekiranya Wabak Koronavirus Berterusan Hingga Penghujung Tahun

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 346 hits
Hampir 100 000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus berterusan sehingga penghujung tahun ini Menurut laporan akhbar theSundaily Persekutuan Majikan Malaysia meramalkan bahawa jumlah yang diberhentikan impak ekon...
Covid 19 Tiada Laporan Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan

Covid 19 Tiada Laporan Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR 20 Feb Tiada laporan atau kajian berasas yang mengesahkan bahawa hampir 100 000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan sekiranya wabak COVID 19 berterusan sehingga hujung tahun ini Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihat...
Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 626 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid 19 dan sedang dirawat di Jepun Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpang...
Mysalam Perlindungan Percuma Rakyat Malaysia

Mysalam Perlindungan Percuma Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 925 hits
mySalam Skim perlindungan Masyarakat Mungkin ramai yang belum maklum yang Malaysia di bawah inisiatif 2020 ni ada satu pelan perlindungan percuma kepada semua rakyat malaysia yang berkelayakan mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful...
10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 500 hits
Saat ini teknologi semakin berkembang Perkembangan teknologi sudah banyak mengubah berbagai aspek kehidupan manusia Penggunaan teknologi yang semakin maju membuat beberapa pekerjaan terancam hilang di masa depan
Palang Merah S 039 Pura Kutip Lebih S 100 000 Derma Awam Bantu Masyarakat China Terjejas Virus Korona

Palang Merah S 039 Pura Kutip Lebih S 100 000 Derma Awam Bantu Masyarakat China Terjejas Virus Korona

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 419 hits
SINGAPURA Persatuan Palang Merah Singapura mengumpulkan lebih S 100 000 setakat Rabu petang untuk membantu masyarakat di China yang terjejas atau berisiko terjejas virus korona baru kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Benjamin William
Tpm Lega Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Pusat Pemantauan

Tpm Lega Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Pusat Pemantauan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 452 hits
PUTRAJAYA 18 FEB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa lega apabila kesemua rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Feb lepas ekora...
Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 654 hits
Hari ini sebuk perkatakan mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika ini dan tambahan lagi dengan kejutan beberapa parti sibuk mengadakan mesyuarat di beberapa lokasi Malah disaat ini satu Malaysia masih lagi berteka tek...
Covid 19 2 Pesakit Pulih Sepenuhnya Baki 7 Kes Positif Di Malaysia

Covid 19 2 Pesakit Pulih Sepenuhnya Baki 7 Kes Positif Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 524 hits
Dua warga tempatan yang dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan dijangkiti dengan virus Covid 19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini lapor Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan Menerusi ken...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025