Costis Mistotakis Lelaki Malang Yang Terlepas Peluang Menjadi Jutawan


Pada awal tahun 2000, Costis Mistotakis dari Greece telah berkenalan dengan seorang gadis Sepanyol bernama Sandra del Pozo dan tidak lama selepas itu, mereka jatuh cinta, membeli sebuah RV dan berhijrah untuk memulakan hidup di negara asal Sandra.

Costis Mistotakis

Mereka memilih pekan Sodeto yang berada di bahagian timur laut Sepanyol sebagai destinasi untuk memulakan kehidupan bersama kerana di sinilah terletaknya kediaman nenek Sandra.

Sodeto merupakan salah satu daripada kira-kira 300 buah perkampungan nelayan yang dibina di bawah pemerintahan diktator Francisco Franco pada tahun 1950-an.

Hampir kesemua perkampungan nelayan yang dibangunkan ketika itu mempunyai binaan dan reka bentuk yang sama.

Pekan berpopulasi 200 penduduk ini mempunyai sebuah gereja di tengah-tengahnya dan hanya terdapat sebuah restoran merangkap bar untuk dikunjungi.

Rumah-rumah di sini pula kesemuanya berwarna seperti pasir dan berbumbung merah.

Sodeto bukanlah suatu tempat yang sering menjadi pilihan percutian pelancong, apatah lagi untuk dijadikan tajuk berita liputan media.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, segalanya berubah apabila setiap daripada penduduk di Sodeto berjaya memenangi hadiah loteri cepumas terbesar di Sepanyol.

Mungkin kita biasa mendengar kisah-kisah individu bertuah yang memenangi hadiah loteri namun, keajaiban unik berlaku apabila pekan yang tidak pernah dikenali ini mula menempa nama setelah seluruh penduduk di situ menang loteri.

Loteri di Sepanyol

Di Sepanyol, permainan loteri merupakan obsesi lebih 75% masyarakat di sana dan dijalankan dengan sedikit kelainan.

Walaupun terdapat pelbagai pilihan, loteri yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang adalah "La Loteria de Navidad" (Loteri Krismas) yang diadakan setiap tahun sejak 1812.

Cukai Yang 'Kejam'

Banyak kerajaan di seluruh dunia menganggap loteri sebagai kaedah yang berguna untuk mengumpulkan dana bagi program awam.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya adalah sejenis cukai regresif yang lebih menekan orang miskin.

Karl Marx pernah menyatakan ia telah direka sebagai satu muslihat untuk membuat golongan bawahan mempercayai bahawa ada jalan mudah untuk keluar daripada kemiskinan.

Pihak gereja juga mendapati cabutan loteri adalah sesuatu yang kufur dan tahyul sehinggakan pada tahun 1826, kerajaan British telah mengharamkan loteri sepenuhnya selama hampir seratus tahun.

Pada tahun 1862, Sepanyol juga telah memberikan respon pada kritikan dunia ketika itu dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada sistem loteri kebangsaan agar tidak begitu memeras rakyat yang hidup susah.

Pihak kerajaan menyangka dengan menaikkan harga setiap tiket, hanya golongan berkemampuan sahaja yang akan membelinya namun, situasi sebaliknya berlaku.

Sindiket-sindiket loteri mula berleluasa dengan permainan loteri secara berkumpulan dan loteri di negara itu menjadi kian popular daripada sebelumnya.

Loteri Krismas

Dalam loteri ini, sebarang nombor di antara 00000 sehingga 99,999 boleh menjadi pemenang.

Disebabkan kos yang tinggi untuk membeli sendiri nombor pilihan, banyak organisasi menyediakan kemudahan dengan membeli satu nombor kemudian menjual 'saham-saham kecil' kepada individu-individu yang berminat untuk berkongsi nombor tersebut pada harga dua euro, lima euro dan sebagainya.

Ribuan 'pemegang saham' boleh memiliki bahagian yang sama dalam sesuatu nombor. Lebih kecil bahagian yang dimiliki, maka pulangan hadiah jackpot (sekiranya nombor menang) juga tidak begitu lumayan.

Kos yang tinggi untuk membeli sendiri sekeping tiket loteri juga telah menjadikan ia sebagai suatu pesta sosial yang besar di negara ini.

Organisasi-organisasi tempatan akan menjual tiket dengan sedikit tokokan harga bagi para pengumpul dana.

Kebanyakan rakyat Sepanyol akhirnya akan memiliki satu timbunan tiket di mana setiap satunya merupakan saham kecil daripada pelbagai nombor yang dibeli.

Jualan bagi tiket loteri yang akan dicabut pada setiap 22 Disember ini berlangsung sepanjang musim panas.

Cabutan nombor diadakan di Madrid iaitu di teater yang sama dengan cara yang sama saban tahun.

Sebuah pentas didirikan dan di tengah-tengahnya diletakkan dua biji bola gergasi berwarna emas.

Di dalam setiap bebola gergasi ini terdapat nombor-nombor dan cabutan hadiah yang bakal dimenangi.

Selepas bola dicabut, dua kanak-kanak akan menyanyikan nombor dan hadiah itu dengan canta Gregory dan acara cabutan loteri ini akan berlanjutan selama beberapa jam.

Walau bagaimanapun, hadiah yang paling ditunggu-tunggu semua orang adalah hadiah terbesar pada hari tersebut iaitu "El Gordo" yang bermaksud "Yang Paling Gemuk."

Hadiah El Gordo kebiasaannya bernilai hampir berbilion dolar dan setiap kali pengumuman pemenang El Gordo dibuat, para wartawan akan berkerumun untuk mengetahui kawasan Sepanyol di manakah tiket bertuah tersebut telah terjual.

Pemenang "El Gordo" 2011

Pada 22 Disember 2011, penduduk pekan Sodeto telah berjaya menggondol hadiah utama tersebut.

Tiket kemenangan mereka telah dijual di seluruh pekan oleh Persatuan Suri Rumah yang dianggotai beberapa orang wanita yang gemar menganjurkan jamuan dan aktiviti di kawasan itu.

Persatuan itu menjual tiket dari rumah ke rumah pada harga enam euro. Lima euro adalah harga tiket manakala satu euro lagi akan dimasukkan ke dalam tabung persatuan.

Suri rumah bernama Maria-Carmen Lambea dari persatuan itu merupakan wanita yang bertanggungjawab memilih nombor kemenangan Sodeto.

Semasa mendapat tahu tentang kemenangan mereka, dia mula membuat panggilan kepada kesemua rakan-rakan namun tiada siapa yang mempercayainya.

Lama-kelamaan, orang ramai mula berkumpul di plaza dan kisah kemenangan mereka tersebar. Setiap tiket bernilai enam euro (RM27) itu telah meningkat menjadi 100,000 euro (RM461,000).

Pada tahun 2011 juga, nombor bertuah 58268 itu bukan sahaja dimenangi penduduk Sodeto, terdapat beberapa ribu lagi orang lain yang berkongsi hadiah cepumas yang sama bernilai 750 juta euro.

Lebih banyak tiket dibeli, maka lebih besar nilai pulangan yang diterima dan di Sodeto, setiap penduduk menerima sekurang-kurangnya 100,000 euro.

Pelayan bar, petani dan isterinya, semua telah menang besar, termasuklah datuk bandar.

Apa Kaitan Costis Mistotakis dan Kisah Loteri Ini?

Hampir setiap penduduk di pekan kecil Sodeto telah meraih sebahagian daripada kemenangan El Gordo, kecuali seorang lelaki iaitu Costis Miksotaksis.

Entah bagaimana ahli-ahli persatuan itu terlepas pandang rumahnya semasa menjual tiket dari rumah ke rumah.

Lelaki malang

Enam tahun kemudian, Costis masih tinggal di pekan kecil itu walaupun telah berpisah dengan Sandra.

Apabila terfikir mengenai kemenangan seluruh penduduk Sodeto, dia tidak pernah berkecil hati atau menyesal.

Sebagai seorang pembuat filem, dia gembira kerana telah berjaya merakam hari bersejarah di mana seluruh pekan secara tiba-tiba menjadi kaya-raya.

Tidak seperti Powerball Jackpot di Amerika Syarikat ataupun National Lottery Jackpot di United Kingdom yang biasanya hanya mempunyai satu atau dua orang pemenang hadiah cepumas, Loteri Krismas yang bergerak di sebalik sebuah sindiket besar ini akan dibahagikan kepada beribu-ribu pemenang.

Walaupun pemenang El Gordo ini belum lagi layak untuk membeli rumah agam atau sebuah kapal layar, namun seluruh penduduk sudah berkemampuan untuk melangsaikan semua hutang dan membeli kereta.

Kemenangan loteri ini membawa kekayaan ke seluruh kawasan pekan dan mengubah ekonomi setempat kerana kekayaan itu diagihkan sama rata kepada seluruh penduduk yang bertuah.

Tidak mahu jadi seperti Costis Mistotakis

Pakar-pakar ekonomi telah lama cuba memahami mengapa ramai orang gemar bermain nombor ekor kerana ia merupakan satu pelaburan yang amat tidak rasional.

Kebarangkalian untuk memenangi hadiah jackpot adalah sangat tidak munasabah dan merupakan kaedah taruhan paling teruk antara semua jenis perjudian.

Akan tetapi, di Sepanyol, ia merupakan suatu acara sosial di kalangan masyarakat tempatan.

Mereka tidak mahu terlepas peluang membeli tiket loteri kerana tidak mahu menjadi individu malang seperti Costis yang tidak menang.

Bahkan, sentimen sama inilah yang sering dieksploitasi oleh penganjur loteri untuk menakut-nakutkan rakyat Sepanyol dalam iklan mereka setiap tahun.

Persatuan Suri Rumah pekan Sodeto yang kini dikenali sebagai Persatuan Wanita berterusan memilih nombor bertuah mereka dalam Loteri Krismas tahun demi tahun.

Jika dahulu mereka perlu berkunjung dari rumah ke rumah untuk menjual tiket, kini penduduk Sodeto sendiri yang datang kepada mereka untuk mengambil bahagian dan kesemua tiket terjual tempoh yang singkat.

Menurut penduduk Sodeto, mereka pernah bertuah sekali dan mungkin akan bernasib baik untuk kali kedua.

Bagaimanapun, kali ini tiada siapa yang ingin ketinggalan dan menjadi seperti Costis Mistotakis, lelaki Greek paling malang di Sepanyol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
'3 Petua Bagaimana Saya Menjadi Jutawan Muda'Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/lelaki-yang-terlepas-peluang-menjadi-jutawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melihat Peluang Puan Maharani Menjadi Ketua Dpr

Melihat Peluang Puan Maharani Menjadi Ketua Dpr

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 212 hits
Salah satu nama yang digadang gadang bakal menjadi Ketua DPR adalah Puan Maharani Puan menjadi kandidat kuat sebagai Ketua DPR
Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 352 hits
Gambar Berita HarianSeorang lelaki berusia telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah pada jam 11 pagi kerana didapati tidak berpuasa Lelaki itu ditahan ketika sedang menikmati nasi goreng bersama minuman teh ais dan cuba mel...
Kepa Menjadi Wira Pasukan Chelsea Ke Final Liga Europe

Kepa Menjadi Wira Pasukan Chelsea Ke Final Liga Europe

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 267 hits
Awal pagi tadi Kepa Arrizabalaga penjaga gol pasukan Chelsea berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti sekaligus mengangkat dia sebagai wira apabila Blues berjaya menyingkirkan pasukan Eintracht Frankfurt 4 3 dan mara ke final Liga Europe K...
Visi Kualanamu Menjadi International Tourism Hub Kemenpar Gandeng Stakeholders

Visi Kualanamu Menjadi International Tourism Hub Kemenpar Gandeng Stakeholders

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 188 hits
Bandara Kualanamu harus bisa menarik wisatawan mancanegara memanfaatkan bandara bandara hub yang ada di sekitarnya seperti Changi Singapura KLIA Malaysia dan Bandara Hongkong yang saat ini sudah terhubung ke Kualanamu Medan
Aku Ingin Menjadi Seperti Uwais Al Qarani

Aku Ingin Menjadi Seperti Uwais Al Qarani

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 445 hits
AKU INGIN MENJADI SEPERTI UWAIS AL QARANI Dalam mencari keredhaan Allah kita kadangkala di uji dan di uji dengan hati Apakah yang kita mahu sebenar dalam kehidupan kita Kemasyuran sehingga nama kita meniti setiap bibir bibir manusia atau ti...
Hiburan Ganjaran Menjadi Jadi Hadiah Rm1 Juta Untuk Dimenangi Watsons Buat Gila Lagi Raya Ini

Hiburan Ganjaran Menjadi Jadi Hadiah Rm1 Juta Untuk Dimenangi Watsons Buat Gila Lagi Raya Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 404 hits
Eh eh eh Ramadhan dah Sebulan berpuasa nanti tup tup kita akan menyambut Aidilfitri pulak Selain daripada beribadah benda paling best sepanjang musim perayaan ini tak lain tak bukan ialah SALE SALE SALE Kiri kanan depan belakang semua SALE ...
Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 569 hits
Tweet oleh Donald Trump pada Ahad lalu telah mengubah segala galanya dan di tengah tengah perhatian pelabur kemungkinan akan berlaku gangguan terhadap perjanjian di antara Amerika Syarikat dan China dan akibatnya peningkatan konflik perdaga...
Ditanya Peluang Gabung Koalisi Jokowi Ahy Langsung Pamit Makasih Ya

Ditanya Peluang Gabung Koalisi Jokowi Ahy Langsung Pamit Makasih Ya

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 210 hits
Ketua Komandan Satuan Tugas Bersama Partai Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono enggan berkomentar saat ditanya kemungkinan partainya bergabung ke koalisi Jokowi Pertanyaan itu dilontarkan wartawan setelah AHY bertemu di Istana Merdeka Jakarta...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada