Spinning Gasing


 Assalamualaikum WBT 


MINGGU lepas, khamis, Angah tanya, "nak tak kaki ayam dan tulang selangka dengan terung, Kak Miah bagi?" Kak Miah tu, bff Angah. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Angah pesan, ambil terung dan kaki serta tulang selangka ayam di rumah Cik Ani. Balik kerja hari Jumaat, Sk singgah ambil. Dari rumah Cik Ani nak balik ke rumah, Sk melalui 68 Avenue, Gelang Patah. Terlintas nak singgah beli roti sardin dan pisang keju, itu pun jika gerai masih dibuka dan tak ada orang beratur.



Ada seorang pelanggan tengah membeli, seorang sedang menunggu, tak panjang la barisan. Tapi yang menunggu tu keluar dari barisan pulak, baca apa-apa tah yang ditulis di dinding gerai. Sk pelawa dia masuk semula barisan, dia macam kata, tak apa. Jadi, Sk terus pesan pisang keju sebungkus. Tengok pulak dorang baru angkat pisang dari kuali, teringat PI suka goreng pisang, belilah RM5 dan roti sardin 5 ketul



Roti sardin dah sejuk tapi.. dan tak berapa rangup dah. Sk ingat yang lagi 4 ketul tu nak simpan dalam esbox, bila nak makan masukkan dalam air fryer jer



Makan pisang goreng jugak seketul. Sampai rumah bedal pisang keju pulak 4 ketul kot, huhu. Tu la tu, malam tu macam tak lapar sangat masa pergi makan kat Hua Mui Kopitiam. Tapi, PI pulak hasut ambil Hainanese Grilled Chicken Chop tu, huhu. Balik dari Hua Mui tu, Sk rasa macam pusing-pusing sikit kepala. Sk fikir agaknya pasal mengantuk sebab malam sebelumnya, pukul 1 pagi baru tidur sebab tunggu PI balik bola. Malam tu, tonton filem Para X Normal, tapi tak tengok habis sebab mengantuk campur pening

v
v
v
Dalam tidur tu, Sk rasa, dalam kepala ni macam duit siling yang kita putar nak pilih kepala atau ekor tu. Ya Robbi, berpusing macam gasing ya. Pukul 2 pagi kot terjaga, nak bangun pergi buang air, tak boleh berdiri, bilik rasa berpusing dan Sk jalan sambil berpaut kat tepi katil dan dinding. PI tak de kat bilik, dia memang kadang time tu pergi dapur minum air

Lepas buang air, terus termuntah terbelahak atas lantai bilik air. Lepas tu baru lega cuma macam pening sikit-sikit. Tengok PI dah sambung tidur, Sk baring dekat ruang tamu. Kucing pulak bergaduh, Sk pergi kejar kucing tu nak hentikan pergaduhan, terus rasa berpusing rumah. Masa ni Sk tengok almari kaca Ikea tu berayun macam buai. Sk jalan paut ke dinding masuk bilik cuba untuk tidur semula

Dan kepala rasa digoncang.. Ya Allah, pertama kali Sk mengalami benda ni. Sk cuba beralih badan dan lepas beralih tu rasa macam diri ni kena cekut dan kena campak ke satu sudut. Kita boleh rasa badan kita macam dari besar jadi kecik kecik kecik. Macam pandangan dekat sebelum kena campak tu kan kita besar, dan bila menjauh tu semakin mengecil. PI sedar dan kejut tanya kenapa. Dia sedar dah yang Sk muntah tu. PI ajak pergi klinik. Sk cakap tunggu siang, rasanya macam baru pukul 4 lebih. Kepala pulak rasa nak pecah. Lepas tu rasa nak termuntah lagi, tak mampu nak bangun, terus muntah kat lantai tepi katil, lantak situ, huhu



Dah pagi, Sk suruh PI beli sarapan dan panadol tapi PI ajak pergi klinik jugak. Sk ni memang tak larat nak bangun, tak pernah-pernah la sakit sampai tak boleh bangun. Bangun jugaklah siap pelan-pelan, pergi Klinik Yap & Partners Taman Pulai Mutiara. Suhu badan normal, tekanan darah normal, jantung pun normal jugak. Doktor pun tak cakap keracunan makanan ke apa. Sk cerita jugak la pasal makan ayam kat Hua Mui malam tadinya tu



Dapat ubat untuk muntah, pening dan ubat seimbangkan air dalam telinga. Balik klinik singgah Thoufeeq, PI tapau roti canai dan roti telur. Sk makan suku jer roti canai, itupun sebab nak kena makan ubat. Tu balik klinik muntah lagi tapi muntah air la, semua dah keluar takde apa yang tinggal, huhuhu. PI kata, lepas ni dah takde makan kat luar lagi. Elehhhh, padahal dia tu yang selalu ajak. PI cakap lagi, masak makan kat rumah. Yang simple-simple pun tak pe. Hurmmm .. nak ke dia makan simple-simple??



Petang tu, Iman balik. Sk pun dah bernyawa semula, masak jugaklah Kari Daging. Daging tu PI dah siap potong, tapi tak potong lawan urat. Sk masak kari daging guna teknik 5 - 30 - 7. Syukur, lembut dagingnya. Gambar lepas masak tak ada, ni gambar lepas makan, kari lebih nak simpan dalam esbox, hehehe


Semoga tak berulang lagi sakit kepala macam tu sekali, Amiiinnn Ya Allah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/spinning-gasing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara

Kenapa Wanita Perlu Faham Konsep Nafkah

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blog Performance

Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

Bahaya Matcha Fakta Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Tentang Pengambilannya

4 Disember 2025 Monolog Jiwa 9 Antara Takut Dan Harap

Tangerine Rush A Zesty Kymco Ktr 150 Scrambler By Twentytwo

Spinning Gasing