Corat Coret 1 2 Syawal 1446h


Corat-coret sekitar 1 & 2 Syawal yang lalu…
IMAM TERLUPA TAKBIR LIMA KALI | Pagi 1 Syawal, saya dan ahli keluarga yang lain menunaikan solat sunat hari raya di masjid terdekat - di pekan Seri Medan, Batu Pahat

Pada rakaat kedua, imam terus saja membaca surah Al-Fatihah tanpa bertakbir sebanyak lima kali. Selesai membaca surah Al-Fatihah, agak lama juga imam berdiam diri - mungkin beliau baru sedar terlupa bertakbir. Selepas itu imam meneruskan solat seperti biasa

Persoalannya, perlukah solat tersebut diulang semula

Takbir sebanyak tujuh dan lima kali adalah sunat hai’at iaitu amalan sunat yang dituntut, jika ditinggalkan tidaklah membatalkan solat dan juga tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.
Maka, solat tak perlu diulang semula

KUBURAN | Rutin selepas solat hari raya, kami ke kubur pak mentua. Suasana di kuburan ini agak redup dan mendamaikan kerana dikelilingi ladang sawit

LEPAT | 2 Syawal - sewaktu beraya ke rumah Mak Su (makcik Encik Suami), kami dihidangkan dengan lepat dan rendang daging. Lepat makanan tradisi yang semakin dilupakan, tak ramai yang rajin nak membuatnya

Lepat atau dalam bahasa Jawa kami sebut ‘lepet’ merupakan sejenis makanan tradisi Jawa yang dibuat daripada beras pulut, dicampur kelapa parut dan garam. Tambah kacang merah jika nak buat lepat kacang merah. Semua bahan tadi digaul dan diletakkan dalam daun kelapa yang dibentukkan. Kemudian diikat dan direbus sama cara merebus ketupat, iaitu selama 3-4 jam.
JALAN RAYA SESAK | Setiap kali hari raya, laluan di sini mengalami kesesakan. Perjalanan jarak dekat boleh jadi sehingga hampir satu jam. Tambah pulak cuaca ketika ini panas terik, memang menguji kesabaran. Tapi kalau mahir dengan ‘jalan dalam’, bolehlah elak dari kesesakan di jalan utama ni

BALIK KAMPUNG, TIDUR HOTEL | Kami berada di kampung Encik Suami selama dua malam. Malam seterusnya kami ke kampung saya di Pontian. Buat pertama kali, kami balik kampung tapi menginap di hotel. Di rumah mak ada keluarga adik, tiga orang kakak dan abang saya

Kami menginap di Hotel Aloha - hotel bajet bertaraf 3-bintang yang terletak berhampiran laut Pontian. Tiada pilihan lain, kecuali bilik jenis Deluxe tanpa tingkap dengan harga RM160 (kadar peak season). Harga termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Terasa mahal tapi terpaksalah sebab hotel ni je yang banyak mendapat ulasan baik

Hotel ni ada kemudahan lif, mudahlah kami nak ke bilik di tingkat atas. Biliknya dengan keluasan memuaskan - boleh letak beg dan boleh solat dengan selesa. Tahap kebersihan dan kekemasan bilik pula perlu dipertingkatkan

Pilihan makanan sarapan pagi - nasi lemak, mi goreng, kue tiau goreng dan bubur nasi. Semasa bersarapan barulah saya nampak ramai orang yang menginap di hotel pada hari raya, malah ada yang siap berpakaian raya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/04/corat-coret-1-2-syawal-1446h.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami

Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 317 hits
Corat Coret Raya Aidil Fitri Keluarga Kami Diam tak diam seminggu lebih dah berlalu sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ni Ramai dah mula masuk ofis semula termasuklah akak Seminggu tak ber update entry baru walaupun macam macam cerita ada...
Terpadamnya Pelita Syawal

Terpadamnya Pelita Syawal

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 773 hits
Saksikan telefilem Terpadamnya Pelita Syawal arahan Noorsyahida akan bersiaran pada 31 Mac ini Isnin pukul 9 05 malam di TV3 Terpadamnya Pelita SyawalWaktu Siaran Isnin 31 Mac 2025 9 05 malamRangkaian TV3 TontonPenulis Skrip K AdliePengarah...
Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 302 hits
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58 1 Lebuhraya PLUS arah selatan pada malam Khamis Nahas itu mel...
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Chini Pekan Majlis akan berlangsung ...
Kerajaan Umum Rebat Rahmah Aidilfitri 2025 Pada 1 Syawal Data 5g Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan Umum Rebat Rahmah Aidilfitri 2025 Pada 1 Syawal Data 5g Percuma Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 221 hits
Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri tahun ini kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Rahmah Aidilfitri satu insentif khas berupa tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabaya...
Only 4 Types Of Businesses In Kelantan Must Close On First Day Of Syawal

Only 4 Types Of Businesses In Kelantan Must Close On First Day Of Syawal

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 191 hits
Kelantan exco Hilmi Abdullah said the state government had also given flexibility to supermarket owners to extend their operations until 11pm in the week before Hari Raya Aidilfitri KOTA BHARU The Kelantan government has clarified that only...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 265 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H Tak sempat lagi nak buat post berbuka puasa dan pra raya photo shoot know know dah 3 Syawal 1446H ngeh ngeh ngeh Takpelah posting tu kalau r...
Salam Aidilfitri 1446h Buat Semua Umat Islam

Salam Aidilfitri 1446h Buat Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 247 hits
Salam Aidilfitri 1446H Buat Semua Umat Islam Ramadan pergi Sayu tapi dalam masa yang sama gembira Masih dapat menyambut Syawal bersama insan kesayangan saya Teringat arwah pakcik Dan atuk yang telah pergi menghadap Ilahi Ramadan Dan Syawal ...
Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Hiburan Mengigil Depan Sophia Pa Bella Astillah Dedah Sebab Sebenar Kepada Berkenaan Jangan Buat Innocent

Rm150 Untuk Pelajar Tingkatan Enam Komitmen Kerajaan Bantu Keluarga

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyanyi Terkenal Ditikam Di Stesen Minyak

Mayat Juara Olimpik Bersemadi Di Atas Gunung

Recaz Air Mineral Semulajadi Produk Cas Ligas Kumpulan Pmint Memang Terbaik Untuk Kesihatan Anda

Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

Zayn Rayyan Tidak Diabai Atau Didera Kata Doktor Pakar Psikologi Kanak Kanak

Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu