Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami


Corat Coret Raya Aidil Fitri Keluarga Kami.  Diam tak diam seminggu lebih dah berlalu sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ni. Ramai dah mula masuk ofis semula termasuklah akak.  Seminggu tak ber update entry baru walaupun macam-macam cerita ada.  Sibuk sangat ke sana ke sini, maklumlah mengisi ruang bersama keluarga utara dan selatan.  
Jom tapau sekali cerita raya keluarga akak dari utara ke selatan dan kembali semula ke utara.  Perjalanan yang singkat tapi padat.   Sepatutnya tahun ni akak bercadang nak meraikan 1 Syawal di Melaka tapi disebabkan keluarga en suami dah bercadang nak berkumpul sekeluarga jadi sambutan  Syawal kami bermula di Perak.  Lagipun last minute, abang Irfan pun dapat bercuti sekali dengan kami, dapatlah ikut beraya di kampung. Seperti biasa, en suami diminta untuk memasak juadah utama.  Anak-anak pun dah faham bila beraya di kampung ayah.  
Tahun ni en suami bercadang nak buat sendiri lemang. Nasib baik ada kawan yang bantu carikan buluh lemang, maka tambah bersemangatlah en suami.  Anak-anak saudara lelaki pun ramai yang dah besar-besar, mudah nak buat kerja.
Kami bergerak balik Perak hari terakhir ramadhan, tak jauh pun sejam lebih perjalanan. Orang kata kalau perjalanan sejam ni bukan balik kampung tapi merentas negeri sahaja. Tak kisah lah mana-manapun.  Hampir 20 orang semua yang ada di kampung kali ni, memang ramai kali ni, dari yang dewasa sampai ke anak-anak kecil.  Dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.  
Masing-masing ambil peranan daripada menyediakan juadah berbuka sampailah mengemas rumah nenek.  Paling meriah bila tiba waktu berbuka. Riuh rendah semuanya.  Dah rasa macam kenduri kecil-kecilan pula.  Masak juadah pun yang simple simple aja. En suami masak kari pisang, akak goreng udang berempah, kakak ipar goreng ayam dan pucuk paku pakis goreng,  abang ipar bakar kambing PMW dan tambahan serba sedikit kuih muih yang dibeli.  

Ni baru sebahagian sahaja, mujur ruang tamu dan ruang makan panjang daripada pintu depan sampai dapur, jadi mudahkan nak menghidang makanan

Sebelah malam barulah operasi bakar lemang dan merendang.  Rendang daging akak dah naikkan atas dapur sebelah petang, buat separuh masak dulu, malam baru masak betul-betul.  Mujur ada 2 dapur, bolehlah ke sana ke mari.  Bab bakar lemang akak tak ambil part, biar yang lelaki uruskan.  Ketupat palas biras dah order siap-siap.  Tapi akak tetap rindukan ketupat nasi, kena tunggu balik Melaka baru boleh makan puas-puas, kat rumah Perak ni, ketupat nasi tiada permintaan.
Belah malam macam biasa, masing-masing cari tempat beradu.  Berbahagi-bahagi kawasanlah masing-masing.  Ada yang tidur di homestay sahaja sebab ada anak-anak yang masih kecil. Akak sefamily macam biasa, memang port depan tv, biasanya port ni sahaja yang selalu tak jadi rebutan. 


Ni semua kerja orang lelaki, alhamdulillah jadi elok lemangnya.  Jimat banyak bila buat sendiri



Rumah kampung, sesekali bila anak-anak balik ramai-ramai, nampak ceria.  Rumah lama orang Perak, hasil tukangan arwah pak mertua.  Rumah asal rumah ni bahagian atas, dibuat tanpa paku.  Bahagian bawah tu tambahan kemudian bila keluarga anak-anak dah makin besar dan untuk kemudahan MIL bergerak, tak perlu banyak sangat naik tangga

Esoknya, berhari rayalah kami semua.  Memandangkan MIL jarang-jarang sekali balik ke kampung, memang dijangka ramai saudara mara yang akan bertandang berjumpa MIL.  Lepas sesi bermaafan bergambar dan bagi duit raya, akak dan en suami tukar uniform lah  untuk acara memasak seterusnya.  Seperiuk nasi minyak dan seperiuk besar ayam masak merah untuk juadah tambahan sampai ke malam.   

Operassi masak ayam masak merah di pagi raya.  Kali ni lewat sikit, biasanya kalau kami beraya di Perak, awal pagi dah siap. Kali ni buat tenang-tenang, janji siap.  
Siap semua, kami sekeluarga pun bersiap-siap untuk  pulang ke Melaka.  Mujur abang Irfan dan kakak dah boleh memandu jadi bolehlah bergilir-gilir.  Bawa bekalan siap-siap, tak mahu bersesak mencari makan di R&R.  Perjalanan lancar, walaupun kereta banyak. Kawasan rehat pun tidaklah padat sangat, mungkin raya pertama, ramai yang dah sampai kampung dan belum memulakan perjalanan jauh.


Arah ke selatan kurang sesak berbanding arah utara. Tapi dua-dua arah banyak kenderaan.  Kami drive tenang-tenang saja. 
Hari raya kedua dah berada di Melaka.  Raya di Melaka tak kurang meriahnya juga.  .  Rumah di Melaka juga tak kurang ramai pengunjungnya.  Kebanyakkan adik beradik anak cucu sebelah abah. Abah bagitau raya pertama rumah penuh dari pintu depan sampai belakang, tak campur lagi yang bersembang di luar.  Kalau raya di Melaka memang awal lagi akak dan en suami tukar uniform.   Lepas sarapan pagi, dah gerak ke pasaraya cari bahan masakan.  Menu nasi ayam geprek pulak kali ni.  Siapa cepat dapatlah merasa makan. Mujurlah ada yang membantu juga.  Bila dah ada makanan tersedia, tak la risau nak keluar berjalan.  Petangnya baru lah beraya ke rumah kakak.   Memang bercinta nak keluar jalan-jalan di Melaka ni, malas nak layan trafik light. 

Mujur ada pasaraya yang buka.  Waktu-waktu begini, tak boleh nak pilih tempat membeli sangat, tapi di Merlimau Point ni boleh dikatakan hampir semua ada, daripada barangan basah sampailah barangan kering.  Memang jadi tumpuanlah di sini, jalan pun berlanggar-langgar troli



Siap sambal dan ulam-ulaman.  Ayamnya lupa pulak nak ambil gambar.  Kat luar rumah memang abah dah sediakan meja panjang untuk makan. Tetamu datang lebih suka bersembang di luar.  Buah mangga memang favorite abah


Petangnya pula sambung makan karipap dan pisang goreng.  Memang tak boleh elak, kalau di kampung memang asyik makan sahaja

Raya ketiga, bawa abah dan makde cari sarapan di luar sahaja.  Bagi masing-masing rehat dulu.  Kami pun nak bersiap-siap untuk balik rumah sendiri.  Dapat info ada pokok tumbang pula depan rumah.  Mujur ada jiran-jiran yang tidak balik kampung, minta bantuan mereka tolong uruskan sambil-sambil buat laporan minta bantuan. 
Perjalanan pulang agak lancar.  Jem tu biasa bila cuti perayaan ni.  Memang expected paling awal 10 jam perjalanan Melaka - Kulim. Lega bila sampai rumah, pokok tumbang dah dibersihkan.  Tiada kerosakan di rumah, cuma pagar rumah jiran rosak sedikit.  Tak tahulah siapa tuan punya kebun getah ni. Pokok-pokok getah depan rumah ni dah tinggi-tinggi juga. 


Gambar ni sebelum pokok tumbang.  Masa nak balik kampung tu memang macam dah jangka pokok ni akan tumbang.  
Raya keempat, abang Irfan dan kakak dah kembali dengan tugas masing-masing.  Akak je yang bercuti panjang sampai hujung minggu.  Banyak kerja lain yang menanti. Raya kelima, hantar kak cik pulang ke kolej.  Raya keenam, restok barang-barang kat rumah dan raya ke tujuh, hantar dik wan balik asrama. Begitulah minggu pertama raya kami, padat, penat tapi seronok menitip kenangan bersama keluarga.
Tak ada gambar raya sangat sebab sibuk di sana dan di sini.  
Minggu kedua dah masuk kerja sepenuhnya.  Ambil kesempatan puasa sunat syawal pula. 
Macamana dengan raya korang? Nanti akak terjah blog korang yer.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/04/corat-coret-raya-aidil-fitri-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Raya 2025 Di Melaka

Gambar Raya 2025 Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 188 hits
tema mint greenselamat hari raya diucapkan kepada semua umat islam rakyat malaysia dan pembaca kanvas dakwat yang masih setia berkunjung disini aku baru berkesempatan untuk mengemaskini laman blog kerana sibuk beraya tahun ini aku beraya di...
Menu Hari Raya 2025

Menu Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 214 hits
nbsp Menu Hari Raya 2025 Tahun ni menu raya nieyl simple je tapi kalau dah merendang tu taklah simple kan hehehe Kalau tahun tahun lepas sambal jawa dengan dalca mak tak pernah tinggal Cuma tahun ini mak nieyl dia masak 2 jenis menu dan nie...
Raya Aidilfitri 2025

Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 212 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Alhamdulillah kita dipanjangkan usia diberikan kesihatan untuk mmut Ramadan nak meraikan syawal Korang raya mana tahun ni Tahun ni Ainul raya di Perak sebelah Ainul yeahh Last sekali raya di Perak pada 2022...
Raya Pertama 2025

Raya Pertama 2025

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 165 hits
Raya Pertama 2025 Jom kita share cerita raya Alhamdulillah tahun ni adalah tahun yang paling lancar persiapan raya nieyl dan sekeluarga Dari segi baju raya seawal bulan Februari nieyl dah hantar kain pasang dekat tailor yang selalu buat baj...
Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 117 hits
Road Transport Department officers inspect vehicles during the conclusion of the 2025 Hari Raya Aidilfitri Operation in Selangor at the Kota Kemuning Toll Plaza in Shah Alam April 9 2025 Bernama picKUALA LUMPUR April 9 The Road Transport De...
Lagu Raya Trending 2025 Beserta Lirik Lagu

Lagu Raya Trending 2025 Beserta Lirik Lagu

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 242 hits
Lagu Raya Trending 2025 Beserta Lirik Lagu Hari Raya Aidilfitri 2025 dimeriahkan dengan kemunculan lagu lagu hari raya yang dinyanyikan oleh penyanyi berbakat tanah air Terdapat pelbagai versi lagu hari raya anda boleh dengari di pelbagai p...
Kisah Hari Raya 2025

Kisah Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 161 hits
Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog suam suam air mata Mama Yan ni Mohon maaf zahir batin sekiranya ada tulisan MY yang menyakitkan hati atau menyampahkan sesaiapa yang membaca ataupun kalau ada resepi yang MY ...
Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 153 hits
Enam hari pesta buku berlangsung SEBELUM cuti penggal bermula Apa lagi bawa la rombongan pelajar dan guru MENCIPTA KENANGAN di Pesta Buku TAK PUAS datang dengan rombongan sekolah Bila cuti bermula ada baki 4 HARI LAGI datang dengan MAK AYAH...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri