Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda


Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda
AssalamualaikumBismillahi MashaAllah
Jantung anda mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. 
Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10 mg sehari. 
Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini

Adakah Anda Tahu?
Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari
Aorta, arteri terbesar didalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda
Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah
Sebelum anda pelajari lebih dalam, marilah sama-sama kita kenali tentang Coenzyme Q10 (CoQ10) terlebih dahulu

Coenzyme Q10 (CoQ10)
Bagaimana CoQ10 ditemui?
CoQ10 ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1957. Pada masa itu, saintis sedang mengkaji tentang mitokondria pada jantung lembu dan menemui warna kekuningan terapung di dalam tiub ujikaji. Bahan kuning itu tadi sebenarnya CoQ10. 
Bahan CoQ10 didapati wujud di dalam makanan dan juga di dalam tubuh badan manusia. Jadi, para pengkaji tidak nampak bahawa CoQ10 ini mempunyai potensi untuk dihasilkan sebagai ubatan

Tumpuan berkaitan CoQ10 ini timbul semula pada tahun 1060an apabila negara Jepun menggunakan CoQ10 ini ke atas pesakit yang mempunyai masalah jantung yang pada asalnya CoQ10 dijumpai pada organ jantung lembu. 

Gambar di atas merupakan gambarajah sel. Di dalam sel ini terdapat satu tapak tenaga yang dipanggil mitokondria. Dalam erti kata lain, mitokondria adalah tapak untuk membina tenaga kepada sel. 
Nak senang faham, sebuah kereta mesti ada enjin untuk bergerak. Begitu juga sel. Sel mesti kena ada mitokondria 'enjin' kepada sel untuk sel berfungsi. Segala aktiviti atau perkara yang berlaku di dalam peringkat sel esorang manusia seperti sistem, organ, tisu, sel dan sebagainya, mitokondria adalah tapak untuk membina tenaga

Di dalam peringkat sel, makanan yang sel kenal adalah dalam bentuk ATP iaitu minyak kepada sel yang dihasilkan oleh mitokondria yang terletak di dalam sel


Jika anda masih belum jelas tentang mitokondria, anda boleh lihat gambarajah kedua ini. 
Bulatan biru ini merupakan sel di dalam tubuh badan manusia. Mitokondria berada di dalam sel ini. Katakanlah yang berwarna putih di luar sel ini adalah badan manusia. 
Makanan yang kita makan telah ditukar kepada makanan dalam bentuk sel, karbohidrat kepada gula ringkas, protein dan lain- lain oleh badan kita. Semua ini akan di bawa masuk ke dalam sel. Persoalannya, macam mana caranya makanan tadi nak di bawa masuk ke dalam sel

Ianya perlukan tenaga untuk membawa masuk dan memproses makanan ini tadi. Mana datangnya tenaga untuk sel ini membuat kerja? 'Bateri' atau 'enjin' kepada sel adalah mitokondria. Jadi, mitokondria yang akan menghasilkan ATP kepada sel supaya sel dapat berfungsi dengan baik

Apakah kerja-kerja sel?
Sel perlu membiak, sel perlu melawan bendasing-bendasing yang ada di dalam badan manusia iaitu mempertahankan diri. Di dalam badan manusia terdapat banyak sel seperti sel tulang, sel darah, sel sistem imun dan sebagainya. 
Setiap sel pastinya mempunya fungsinya yang tersendiri. Jadi, untuk sel itu bergerak, ianya perlukan tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria. Mitokondria akan menjana tenaga untuk sel. Senang cerita, mitokondria adalah 'kilang' atau 'bateri' kepada sel. Di dalam mitokondria inilah yang terdapat COENZYME 10 (CoQ10)

Jadi, fokusnya di sini ialah:
✅️ Tenaga sel adalah dalam bentuk Coenzyme 10 (CoQ10)✅️ Tenaga ini berada di dalam mitokondria 
Lihat gambarajah sel di atas. Gambar sebelah kiri adalah sel manakala gambar sebelah kanan adalah mitokondria. Secara umumnya mitokondria berada di dalam sel. Mitokondria bekerja mengambil nutrien masuk ke dalamnya melalui proses 1,2,3 untuk menghasilkan ATP iaitu molekul tenaga. 
Molekul tenaga ini, walaupun dah keluar daripada mitokondria tetapi dia masih duduk di dalam sel. Ia bermaksud mitokondria melepaskan molekul tenaga di dalam sel untuk sel gunakan dan dalam masa yang sama akan menghasilkan radikal bebas

Kenapa radikal bebas?
Kerana proses menghasilkan molekul tenaga ini menggunakan oksigen. Apabila berlaku pergerakan elektron, pastinya ada radikal bebas. Jadi di situ ada CoQ10


Coenzyme Q10 (CoQ10) ialah nutrisi larut-lemak (fat-soluble nutrient) wujud dalam SETIAP sel dalam tubuh badan. (Maka supplement CoQ10 mesti dalam bentuk gel/lipid)
Setiap sel mesti menjana tenaga sendiri untuk hidup. Untuk menjana tenaga, sel akan "membakar" gula dan lemak dari makanan. Nutrisi ini tadi akan dipecahkan dan dibawa melalui "laluan penghasilan tenaga" (energy producing pathway) yang perlukan CoQ10

TANPA CoQ10 SEL TIDAK BERUPAYA UNTUK JANA TENAGA SENDIRI, DAN ORGAN-ORGAN YANG TERBENTUK TIDAK MAMPU BERFUNGSI DENGAN BETUL.
Apabila bercerita tentang ATP iaitu tenaga kepada sel; protein, gula, lemak akan diambil masuk ke dalam mitokondria dengan oksigen. Dengan oksigen inilah akan berlaku pembakaran makanan yang masuk ke dalam mitokondria di dalam sel tubuh manusia. Jadi, keluarlah ATP iaitu tenaga kepada sel

Apabila sel bertenaga, itulah yang diperlukan untuk organ-organ utama kita antaranya otak, otot-otot, organ-organ. Semua ini diperlukan di dalam kehidupan kita yang sibuk. 
"No ATP, No LIFE". Tanpa ATP, tidak ada kehidupan. 
Lagi sekali, apakah itu ATP?
ATP adalah tenaga kepada sel. Proses untuk menghasilkan ATP melibatkan kewujudan CoQ10


Dalam kehidupan kita yang normal, kita ada aktiviti fizikal, persekitaran yang baik seperti oksigen yang bersih dan sebagainya, makanan yang sihat adalah sangat diperlukan untuk mitokondria yang sihat dalam menghasilkan ATP

Dalam keadaan yang kurang baik, sebab dalam kehidupan ini kita akan terdedah kepada toksin, makan makanan yang tidak sihat, terdedah dengan stres, maka akan berlaku kegagalan fungsi mitokondria

Pada masa yang sama juga, jangan lupa selain daripada tenaga ATP, hasil sampingan yang keluar dari mitokondria adalah radikal bebas. Radikal bebas ini wujud dari peringkat sel

Kenapa wujudnya radikal bebas di peringkat sel?
Radikal bebas ini wujud di peringkat sel lagi kerana makanan (gula, lemak, protein dan lain-lain) diambil masuk sekali dengan oksigen. Oksigen ini adalah satu elemen yang akan menyumbang kepada elektron. Bila wujudnya elektron yang tidak stabil di mana pemindahan elektron di dalam proses ATP tadi, maka terhasillah radikal bebas

Anda boleh lihat gambarajah di bawah ini untuk lebih jelas

Laluan penghasilan tenaga ATP iaitu melalui makanan yang sihat, persekitaran yang baik, senaman yang akan membantu kita untuk mendapatkan oksigen akan menghasilkan ATP

Dalam masa yang sama, dengan kehidupan yang stres, pengambilan makanan yang tidak sihat, toksin-toksin yang ada di dalam persekitaran kita maka keluar juga radikal bebas

Jadi kita ada dua benda yang ada di dalam mitokondria iaitu yang baik ialah tenaga ATP dan yang kurang baik ialah radikal bebas yang akan menjejaskan badan kita

Sekarang bila kita tahu mitokondria adalah tapak untuk menghasilkan tenaga. Di mana sebenarnya kita akan jumpa kepekatan CoQ10 yang paling pekat

CoQ10 boleh dijumpai di seluruh tubuh badan tetapi sel-sel yang bekerja "lebih berat" antaranya seperti sel-sel dalam organ jantung, buah pinggang, hati dan pankreas didapati mempunyai jumlah CoQ10 yang lebih pekat

Jantung, buah pinggang, hati dan pankreas adalah organ yang tidak berhenti walaupun kita tidur. Organ ini bekerja berterusan tanpa rehat. Sel yang berada di organ-organ penting ini perlukan tenaga yang berterusan menyebabkan kepekatan CoQ10 lebih banyak dalam sel-sel pada organ-organ ini

Dan untuk organ jantung, CoQ10 ada lebih 10 X ganda kerana jantung merupakan organ yang dibina daripada 100% sel-sel otot. Jantung perlu bergerak (kembang dan kecut dalam proses mengepam darah) - jantung berdegup. Dan jantung perlukan banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan

CoQ10 adalah kunci utama dalam penjanaan tenaga sel. Jika anda kekurangan CoQ10, penghasilan tenaga sel jadi kurang efisyen. Maka organ-organ yang terbina daripada sel-sel begini akan menjadi perlahan aktivitinya dan seringkali tidak efektif

Kita ada banyak organ seluruh badan kita. Segelintir sel- tisu- organ boleh alami kekurangan CoQ10 dan masih berfungsi seperti biasa. Contohnya yang lebih senang faham adalah minyak kereta. Walaupun minyak di tangki penuh atau separuh atau dah tinggal sikit je lagi tetapi kereta masih lagi boleh bergerak

Tetapi ada segelintir organ yang sangat reaktif pada kekurangan yang kecil pada aras CoQ10. Maka sistem tersebut akan menjadi lemah, rapuh dan senang sakit. 
Antara tisu yang senang sensitif pada kekurangan CoQ10 adalah tisu di dalam organ jantung, sistem imun, serta otak. CoQ10 mesti optimun di organ ini dan tidak boleh kurang. 
"Sel di dalam jantung adalah PALING SENSITIF."
Tahukah anda yang penyakit jantung kekal sebagai pembunuh utama rakyat MALAYSIA

Tahukah anda 80% penyakit jantung boleh dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolestrol dan tekanan darah

Tetapi fenomena hari ini, penyakit berkait kardiovaskular atau sakit jantung sangat la menjadi-jadi

Statin iaitu nama asal bagi ubat kolestrol akan mengurangkan penghasilan enzim yang nama HMG-CoA. Enzim ini bentuk asal sebelum CoQ10 dapat dihasilkan

Nampak tak pentingnya CoQ10 untuk banyakkan bilangan tenaga dalam sel terutama sel jantung kita betul? 
Tapi sayangnya bila pesakit jantung makan ubat kolestrol, penghasilan CoQ10 semulajadi dalam badan merosot sebanyak 40%

Jadi sebab itu pesakit jantung merasa letih, lesu bila mula ambik ubat kolestrol

Mengapa kita perlukan CoQ10?
Jumlah CoQ10 berkurangan mengikut usia.
Tubuh kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan hingga 80 tahun

Empat organ yang mudah terjejas apabila berkaitan dengan umur iaitu hati, paru-paru, buah pinggang dan jantung. 
Jika dilihat pada gambarajah di atas, organ jantung sangat terkesan dengan pertambahan umur. 
Pemakanan seharian kita tidak memberi CoQ10 yang mencukupi.
Nutrisi tidak lengkap. Penghasilan CoQ10 oleh tubuh memerlukan vitamin dan mineral

Pencemaran di sekeliling kita. Tekanan oksidatif mengurangkan keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10

Ubat statin mengurangkan penghasilan CoQ10

Tahukah anda 100mg CoQ10 melalui pemakanan seharian bersamaan dengan:
✅️ 100 sudu makan Minyak kanola✅️ 3kg daging merah✅️ 3.3kg kacang✅️ 100 cawan brokoli rebus
CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung.
❤️ Menguatkan otot jantung❤️ Peredaran darah yang sihat❤️ Mengurangkan risiko penyakit       jantung❤️ Meningkatkan tahap tenaga terutama bagi mereka yang mengambil statin

❤️CoQ10 juga telah dibuktikan dapat Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung
❤️CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah. mengurangkan episode serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung. 
❤️Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL. 
❤️Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol 'tidak baik' dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah. 
❤️Membantu menambahdan mengekalkan tahap CoQ10 didalam darah
❤️ CoQ10 berpaya meningkatkan tahap tenaga menambahkan stamina, dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati suplimen harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan


Jadi combination yang terbaik untuk jantung adalah : 
1- CoQ10 bagi tenaga untuk jantung
2- Polifenol anti keradangan untuk jantung yg sihat
3- Asid lemak omega 3 tambah HDL, kolestrol yang baik supaya dapat bersihkan kolestrol jahat LDL dari saluran darah
4- Sterol & Stanol tumbuhan untuk bantu menyekat kemasukan kolestrol dalam darah

Menarik kan entri kali ini. Sayangilah jantung anda. Dapatkan suplimen CoQ10 anda untuk kesihatan jantung anda hari ini dan hari-hari mendatang

Jom ke entri Kenali CoQ10 dan Mengapa ia Penting Untuk Tubuh ini untuk support sahabat Syida

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘
Alhamdulillah 'ala kulli hal Assalamualaikum. 
Syida

#nextlevelblogging#shakleethrive2023#shakleetriumph2023#blogmegashaklee#shakleepuchong2023

Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.syahidaali.com/2023/08/coq10-sangat-penting-untuk-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kerabu Maggi Thai Sedap Dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila

Resipi Kerabu Maggi Thai Sedap Dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 251 hits
Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila Kalau ke Thailand macam macam jenis makanan ada syurga makanan katanya dan salah satu makanan yang digemari ialah Kerabu Maggi Nad belum berkesempatan lagi ke Thailand seba...
Sabah Fc Mahu Bangkit Capai Mata Penting Bertemu Penang Fc Ahad Ini

Sabah Fc Mahu Bangkit Capai Mata Penting Bertemu Penang Fc Ahad Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 163 hits
Sekitar sesi latihan ke 2 yang dibuat hari ini Foto Sabah FC Sabah FC mahu bangkit capai mata penting bertemu Penang FC Ahad ini Kota Kinabalu Sabah FC mahu kembali bangkit selepas mencatat kekalahan menentang Selangor FC minggu lalu dengan...
19 Tips Penting Sebelum Membeli Rumah Pertama

19 Tips Penting Sebelum Membeli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 366 hits
Membeli rumah pertama adalah satu pencapaian yang menyeronokkan dalam kehidupan Namun proses ini juga boleh menjadi cabaran jika tidak diuruskan dengan bijak Untuk memastikan pembelian rumah pertama berjalan dengan lancar ada beberapa tips ...
Nggak Cuma Berat Dan Tinggi Badan 8 Ukuran Lain Ini Juga Penting Untuk Kamu Prioritaskan

Nggak Cuma Berat Dan Tinggi Badan 8 Ukuran Lain Ini Juga Penting Untuk Kamu Prioritaskan

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 356 hits
Karena pada faktanya sehat atau nggaknya kamu bukan ditentukan dari tinggi atau berat badan saja
Penting Ke Follower Dan Pengomen Tetap Dalam Dunia Blog

Penting Ke Follower Dan Pengomen Tetap Dalam Dunia Blog

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 273 hits
Penting ke Follower dan Pengomen Tetap Assalammualaikum pembaca blog Aku amerjaya sudah berblog dari tahun 2008 lagi Macam biasa macam ikan JOSH sekejap timbul sekejap tenggelam Tak nak samakan diri macam buaya lah naaa Dalam entry aku kali...
5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda

5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 151 hits
5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda Assalamualaikum Bismillahi MashaAllahApakah VITAMIN E Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak la mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan Vitamin E merupa...
Saya Jenis Sooyoung Akui Tempoh Berseronok Sebelum Bercinta Adalah Penting

Saya Jenis Sooyoung Akui Tempoh Berseronok Sebelum Bercinta Adalah Penting

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 154 hits
Umum pasti mengetahui bahawa Choi Soo young sedang menjalinkan hubungan dengan Jung Kyung ho sekarang kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 8 Ogos pelakon utama Not Others iaitu Jeon Hye jin dan Choi Soo young telah tampil dalam video temu bua...
Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 183 hits
Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita Baru baru ni mak nieyl mengadu yang dia kerap buang air kecil tapi sikit sikit macam tak puasa Lepas tu sakit bila nak buang air kecil terus nieyl carikan barli dan rebus bagi mak minum dalam 2 ke 3 ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok

Berhasrat Tamatkan Zaman Duda Jofliam Akui Belum Ada Calon Sesuai Saya Tak Confess Mana Mana Wanita Lagi

Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone