Convocation Prasekolah Anugerah Kecemerlangan Anak


Hari ni aku nak kongsikan tentang tentang dua momen manis yang berlaku baru-baru ni dan serentak dalam keluarga kami. Anak aku yang enam tahun, yang masih prasekolah, baru-baru ni terlibat dalam majlis convocation di sekolah.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kami sekeluarga dapat merasa semua ni. Pejam Celik pejam celik dah setahun. Cepat betul awak besar Airis. Tahun depan dah masuk darjah Satu. 
Cikgu Tahun Satu dah buat group whatsapp dan orentasi Tahun Satu bakal berlangsung pada pertengahan bulan februari. Dah boleh sediakan barang-barang keperluan sekolah ni. 


Convocation Prasekolah & Anugerah Cemerlang Anak Manakala anak kedua aku yang tahun depan nak masuk Tahun Tiga, Raudah dapat Anugerah cemerlang PBD. Syukur sangat sebab kedua-dua mereka berjaya melalui pengalaman yang sangat berharga.

Apa yang lebih bermakna, aku juga dijemput ke majlis Apresiasi Kemenjadian Murid untuk meraikan pencapaian mereka.

Jemputan hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka menerima anugerah cemerlang, terlibat buat persembahan, murid prasekolah dan ahli PIBG.






Majlis Apresiasi Anugerah Cemerlang PBD Lain eh dulu dan sekarang. Majlis Kecemerlangan dan tukar kepada Majlis Apresiasi. Kisah anak aku yang darjah dua juga ada cerita manisnya sendiri. Dalam majlis apresiasi, dia menerima anugerah Cemerlang PBD – mewakili kelas Tahun Dua, Murid tahap 1.
(aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sebagai ibu, aku rasa sangat terharu dan bangga. Walaupun aku tak terlibat dalam sesi pembelajaran langsung, aku tetap rasa berbangga melihat usaha anak aku dihargai.




Ikutkan aku termasuk kategori ibu bapa yang “suka menyibuk” kalau bab sekolah. Rajin je mulut aku bertanya dengan Guru Kelas kalau ada apa-apa info.





Jadi aku selalu bagi semangat dekat anak-anak untuk buat yang terbaik kalau nak naik pentas terima hadiah.

Apa yang lebih penting, aku tahu mereka berusaha bersungguh-sungguh. Itu yang paling bermakna bagi aku.


Penguasaan Pentaksiran Murid PBD & PBS Memang pening ya sistem Pendidikan sekarang terutama semenjak peperiksaan besar dimansuhkan dan tak guna Gred sebagai tanda aras pencapaian murid.

Waktu pertama kali aku kongsi tentang PBD pada tahun 2019, Ikhwan lah jadi bahan eksperimen sebab masa tu sekolah baru melaksanakan PBD lepas tu ditambah baik dengan PBS pula.

Apa aku faham PBS ni lebih holistik. Boleh baca perkongsian aku dekat sini; Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Apa aku tulis berdasrkan apa jadi waktu tu dan aku percaya semestinya Kementerian Pendidikan menambah baik sistem dari masa ke semasa.





 

Persembahan Prasekolah – Sketsa Muzikal Upin Ipin

Salah satu momen yang tak dapat dilupakan adalah ketika anak aku yang kecil terlibat dengan persembahan pentas di majlis convocation. Dah jadi tradisi sekolah, anak prasekolah akan buat persembahan setiap tahun.

Cikgu pilih persembahan Upin Ipin Sketsa Muzikal Pengembala Biri-Biri dan Serigala. Memang seronok melihat dia dan rakan-rakan prasekolah lain berlatih dan akhirnya tampil dengan penuh keyakinan. Latihan tak sampai sebulan membuahkan hasil.




Aku sendiri rasa bangga sebab aku dan rakan-rakan turut terlibat membantu cikgu melatih mereka. Bukan setakat itu saja, kami berjaya hasilkan baju biri-biri, prop bunga dan pokok, serta watak yang terlibat. 
Airis pegang watak biri-biri. 










Walaupun hanya beberapa minit di pentas, rasa puas hati melihat anak-anak kecil ini beraksi dengan berani dan gembira sangat tak ternilai.

Aku tak boleh nafikan, aku sedikit teruja bila dapat membantu. Kami mewakili PEWARIS yang fungsinya macam PIBG tapi fokus bantu Prasekolah.

Walaupun bukan menjadi cikgu, tapi rasa seolah-olah sebahagian daripada usaha mereka buat persembahan ini buat aku rasa sangat dekat dengan anak-anak. Mereka memang seronok, dan walaupun ada yang sedikit gugup, tapi akhirnya semua berjalan lancar.






Secara keseluruhan, hari itu adalah hari yang penuh dengan rasa bangga dan syukur. Bukan sekadar melihat anak-anak berjaya, tetapi juga melihat mereka menikmati proses pembelajaran dan berkembang dengan cara mereka sendiri.

Bukan niat aku mahu menunjuk, cuma sekadar berkongsi momen gembira ini sebagai ibu yang bersyukur. Semu aini rezeki Allah beri. Semoga mereka terus berkembang dan mencapai impian mereka, dengan langkah kecil yang penuh makna.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/01/convocation-prasekolah-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manis Sederhana Intan Najuwa Kongsi Momen Majlis Tahnik Anak

Manis Sederhana Intan Najuwa Kongsi Momen Majlis Tahnik Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 250 hits
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 15 Disember yang lalu pelakon cantik jelita Intan Najuwa tampil berkongsi momen bahagianya ketika mengadakan majlis tahnik anak sulungnya Imane Lunara Menerusi TikTok Intan atau nama sebenar...
Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan MerekaKegiatan rumah tahfidz pun bermanfaat untuk warga sekitar sehingga pengurusan terus menerus berusaha wal...
Anak Pak Lah Beritahu Anak Saya Kini Giliran Kami Mencuri Kata Dr Mahathir

Anak Pak Lah Beritahu Anak Saya Kini Giliran Kami Mencuri Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 143 hits
Malaysiakini nbsp Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwanya pernah berlaku antara anaknya dan anak Abdullah Ahmad Badawi yang menyebut anak perdana menteri kelima negara itu dikatakan menyatakan niat untuk menggunakan kedudu...
Berjalan 500 Km Untuk Pulang Ke Kampung Selepas Dihalau Isteri Anak Tiri

Berjalan 500 Km Untuk Pulang Ke Kampung Selepas Dihalau Isteri Anak Tiri

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 112 hits
AgensiWARGA emas dikenali sebagai Phon dihalau oleh isteri dan anak tiri FOTO Ihsan Agensi Buriram Thailand Warga emas bukan sahaja diusir keluar dari rumahnya di daerah Satuek oleh isteri dan anak tirinya Lebih menyedihkan dia terpaksa ber...
Polis Selesai Siasat Anak Menteri Kes Dakwaan Paksa Gugur Kandungan

Polis Selesai Siasat Anak Menteri Kes Dakwaan Paksa Gugur Kandungan

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 125 hits
Malaysiakini nbsp Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya ...
Level Up Kemahiran Matematik Anak Anda Dengan Kangaroo Math Competition

Level Up Kemahiran Matematik Anak Anda Dengan Kangaroo Math Competition

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 152 hits
Level Up Kemahiran Matematik Anak Anda dengan Kangaroo Math Competition Kangaroo Math Competition ialah pertandingan matematik antarabangsa yang terkenal dan diiktiraf di seluruh dunia Ia direka untuk menguji kemahiran pemikiran matematik p...
Stop Pukul Anak Fahami Mereka Sebelum Menghukum

Stop Pukul Anak Fahami Mereka Sebelum Menghukum

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 95 hits
Stop pukul anak Fahami mereka sebelum menghukum Masih ramai ibu bapa yang cenderung menggunakan pukulan sebagai cara mendidik anak apabila mereka merasa geram Stop Pukul Anak Fahami Mereka Sebelum Menghukum Melihat anak lambat bertindak ata...
Suami Reda Pemergian Isteri Meninggal Dalam Tidur Lepas Susukan Anak Selamat Jalan Bidadariku

Suami Reda Pemergian Isteri Meninggal Dalam Tidur Lepas Susukan Anak Selamat Jalan Bidadariku

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 146 hits
Kehilangan yang paling meninggalkan kesan Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka Menurut perkongsian menerusi amirul n4fis di laman Threads suri hati hidupnya itu menghembuskan n...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah