Stop Pukul Anak Fahami Mereka Sebelum Menghukum


Stop pukul anak! Fahami mereka sebelum menghukum. Masih ramai ibu bapa yang cenderung menggunakan pukulan sebagai cara mendidik anak apabila mereka merasa geram.
Stop Pukul Anak! Fahami Mereka Sebelum Menghukum
Melihat anak lambat bertindak atau kurang responsif kepada arahan sering kali membuatkan kita hilang sabar. Namun, adakah tindakan ini benar-benar membantu anak kita, atau sebenarnya hanya menambah tekanan kepada mereka?
Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memahami bahawa pukulan, kritikan negatif, atau jeritan tidak akan membantu anak menjadi lebih baik. Sebaliknya, ia hanya menjatuhkan keyakinan diri mereka dan memberi kesan buruk kepada perkembangan emosi mereka.
Kenapa Anak Lambat Bersiap? Anak yang lambat bersiap mungkin bukan kerana mereka sengaja melambatkan diri, tetapi kerana mereka menghadapi cabaran dalam mengurus fokus. Contohnya, semasa mereka hendak mandi, tiba-tiba teringat mereka perlu mencari baju dahulu. Ketika mencari baju, mereka pula teringat hendak berkongsi cerita tentang kucing yang beranak di bilik kepada ibu.
Keadaan ini menjadikan mereka lambat bertindak dan susah untuk mengatur aktiviti dengan baik. Kadang-kadang, ini berakhir dengan kerja yang tidak siap dan mereka hanya termenung atau mengelamun.
Dalam situasi ini, anak memerlukan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa, bukan kritikan atau pukulan.

Kesan Negatif Kritikan Dan Hukuman Fizikal Menurut kajian dan pengalaman, hukuman fizikal seperti pukulan hanya memberi kesan buruk kepada jiwa anak-anak. Mereka mungkin:
*Menjadi semakin rendah diri.
*Kehilangan keyakinan untuk mencuba perkara baru.
*Cepat putus asa apabila menghadapi cabaran.
*Lebih mudah stres dan murung.
*Menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.
Lebih menyedihkan, pengalaman negatif ini berpotensi mempengaruhi kehidupan mereka hingga dewasa. Anak yang sering dikritik atau dipukul mungkin tumbuh menjadi individu yang kurang yakin, moody, dan takut untuk menghadapi cabaran baru.

Anak Adalah Amanah Kita Sebagai ibu bapa, kita harus ingat bahawa anak adalah amanah yang perlu kita pelihara dengan kasih sayang dan pendidikan yang betul. Melabel anak dengan perkataan seperti “lembab”, “bodoh”, atau “degil” hanya akan merosakkan jiwa mereka. Sebaliknya, kita perlu memahami keperluan sebenar mereka dan menyediakan sokongan yang sesuai.
Contohnya, jika anak kita lambat bersiap, cuba fahami apa yang mengganggu fokus mereka dan bantu mereka mengatur langkah dengan lebih baik. Bersabar dan beri bimbingan secara berterusan.
Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Hindarilah hukuman fizikal dan kritikan negatif, kerana ia hanya akan membawa kesan buruk kepada perkembangan jiwa dan emosi mereka.
Anak-anak kita adalah cerminan kasih sayang dan bimbingan kita. Mari kita bantu mereka membesar dengan keyakinan diri, kebahagiaan, dan jiwa yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Baca artikel lain juga: Bahaya Pukul Anak Bawah 3 Tahun Yang Sedang Menangis, Dia Sedang Berperang Dengan Emosinya
Rasa Nak Marah, Tarik Nafas! Boleh Pause Emosi Taklah Terlepas Pukul Anak
Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Pukul Anak Kecil. Boleh Ke Parents Buat Macam Tu?
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Stop Pukul Anak! Fahami Mereka Sebelum Menghukum appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stop-pukul-anak-fahami-mereka-sebelum-menghukum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 118 hits
Anak anak selebriti ini nampak sangat mirip dan hampir 100 sama dengan ibu bapa mereka sehinggakan ramai yang perlu lihat berkali kali untuk bezakan Berikut Murai kongsikan anak selebriti manakah yang mempunyai wajah seakan sama dengan ibu ...
Kelantan Pesara Tentera Didakwa Pukul Dera Dua Anak Tiri

Kelantan Pesara Tentera Didakwa Pukul Dera Dua Anak Tiri

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 104 hits
ROSALWANI CHE SOHAnggota polis mengiringi Nurul Haida selepas didakwa atas pertuduhan mendera dua anak tirinya di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisret Kota Bharu hari ini FOTO ROSALWANI CHE SOHKOTA BHARU Seorang pesara tentera didakwa seca...
Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan MerekaKegiatan rumah tahfidz pun bermanfaat untuk warga sekitar sehingga pengurusan terus menerus berusaha wal...
Tahniah Raysha Rizrose Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah Raysha Rizrose Selamat Bersalin Anak Sulung

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 105 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Raysha Rizrose yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka seorang bayi perempuan semalam Berita gembira itu dikongsikan oleh kakaknya Nelydia Senrose di Insta Story Menerusi hantaran tersebut Nely...
Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 126 hits
Hadirnya cahaya mata pertama membuatkan kita terpaksa mendahulukan anak dalam segala hal Namun jangan hanya kerana anak kita abaikan segalanya pada pasangan kita Anak kecil bukan alasan untuk tidur bersama Benar dengan saiz katil yang kecil...
Misha Omar Kongsi Detik Bermakna Anak Pertama Kali Beraksi Di Pentas

Misha Omar Kongsi Detik Bermakna Anak Pertama Kali Beraksi Di Pentas

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 171 hits
Setiap ibu pasti berbangga apabila anak anak mereka mencapai pencapaian yang membanggakan Begitu juga dengan penyanyi Misha Omar berkongsi pengalaman manis mengenai anak terunanya Muhammad Idris Ezzwa yang tampil pertama kali di khalayak ra...
Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak Anak

Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 274 hits
nbsp Kisah Menarik di Sebalik Nama Anak Anak Kalau dulu dulu sedap je nama nama klasik yang diberikan kepada anak anak kita kan Tapi tidak sekarang yang dicantum cantumkan menjadi nama yang lebih panjang dan masih sedap didengar tapi agak p...
Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 122 hits
Ramai tumpang bahagia lihat perkongsian pengguna TikTok apabila anak anaknya meraikan hari lahir bapa mereka di depan pintu sewaktu menyambut lelaki berkenaan pulang ke rumah Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myra mez...
Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam

Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 249 hits
Sebahagian peserta Umrah Anak Muda Kelantan bergambar kenangan bersama pihak pengurusan Andausia sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah 1 Andalusia taja umrah percuma kepada anak muda KelantanKUALA LUMPUR Seramai 66 anak muda jat...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia