Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19
AssalamualaikumBismillah
Sebelum aku nak berkongsi tentang pengalaman temuduga Pembantu Pengurusan Murid kali kedua ini, aku nak korang baca info beberapa perkongsian tentang Pembantu Pengurusan Murid di blog aku.
Baca Sini : Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Di situ aku senaraikan macam mana aku memohon jawatan ini, bagaimana nak selesaikan masalah pendaftaran (Kod Verifikasi), cara semak dan kemaskini permohonan dan banyak lagi. Jangan terlepas info tau. Terutama sekali yang ingin memohon jawatan Pembantu Pengurusan Murid dan bakal ditemuduga.
Kalau yang pernah baca blog aku, korang memang tahulah bahawa ini merupakan temuduga aku yang kedua.
Temuduga pertama aku gagal disebabkan kurang persediaan dari aspek etika berpakaian, persediaan mental menghadapi soalan-soalan temuduga. Aku memang sedar banyak sangat kekurangan semasa temuduga pertama.
Kalau nak tahu pengalaman temuduga pertama serta soalan yang ditanya boleh baca Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-2 Walaupun aku gagal temuduga, at least korang dapat gambaran lah kan macam mana sesi temuduga tersebut dijalankan.
Untuk pengalaman temuduga aku kali kedua, sama seperti temuduga pertama. Temuduga aku dijalankan di lokasi yang sama iaitu Pusat Kegiatan Guru Daerah Kudat.
Aku terpaksa turun dari Kota Kinabalu ke Kudat selepas Subuh kerana perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Mujurlah tidak sesak, jadi aku sampai ke Kudat jam 7 juga.
Sebelum temuduga pastikan korang isi perut dulu ya sebab sesi temuduga itu mengambil masa yang panjang. Ada yang temuduga habis petang sebab menunggu giliran untuk dipanggil.
Kalau nama korang dalam senarai yang terakhir, memang lambatlah giliran korang dipanggil. Kalau pengalaman sebelum ini tidak ikut senarai nama. Siapa yang dah bersedia boleh terus hantar fail dokumen untuk disemak.
Bingung dokumen apa yang perlu di bawa? Boleh baca Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19.
Sebelum temuduga
Korang terus ke lokasi temuduga masing-masing. Sampai saja di lokasi temuduga, korang perlu sign kehadiran. Selepas itu duduk sehinggalah nama korang dipanggil.Semak semua dokumen. Pastikan tiada yang tercicir. Apabila nama dipanggil, korang kena bagi borang semakan dan fail yang berisi dokumen seperti sijil dll.Tunggu sehingga giliran dipanggil. Biasanya sebelum masuk bilik temuduga kumpulan korang diminta untuk tunggu di ruangan menunggu 5 minit sebelum temuduga dijalankan.Semasa Temuduga
Ketuk pintu sebelum masuk. Ucapkan Assalamualaikum atau selamat pagi.Berdiri sehinggalah panel temuduga meminta korang untuk duduk. Jangan nervous, tegang ke. Tarik nafas perlahan dan senyum. Duduk dalam keadaan yang sopan. Dengar arahan dan jawab apabila diminta. Biasanya panel temuduga terdiri daripada 2 orang. Sebelum temuduga dijalankan panel akan terangkan bagaimana sesi dijalankan. Sebagai contoh dalam sesi temuduga apa yang dilihat adalah dari segi etika pemakaian, keyakinan, kemahiran berfikir, pengetahuan berkaitan isu semasa dan soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipilih.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19
Di bawah aku telah senaraikan beberapa soalan yang ditanya semasa sesi temuduga. Aku cuba beri sedikit gambaran sahaja. Tidak semestinya soalan-soalan ini akan ditanya pada sesi temuduga yang akan datang.
At least korang lebih bersedia dan dapat meramal soalan yang mungkin akan ditanya pada sesi temuduga.
Ceritakan sedikit latar belakang anda, pengalaman kerja dan apa yang anda lakukan sekarang? Ceritakan semua apa yang anda ingin ceritakan kepada kami...Apakah tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah?Kenapa anda memilih untuk berpakaian sedemikian? (Maksudnya panel itu tanya, kenapa korang memilih untuk memakai baju yang dipakai ketika itu...) Contohnya, aku semasa temuduga aku berpakaian baju kurung. Mengapa anda memilih jawatan Pembantu Pengurusan Murid dan berikan sebab kami perlu memilih anda untuk memegang jawatan ini?Apakah pilihan raya yang baru-baru dijalankan? (Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...)Mengapakah kerajaan kalah pada pilihan raya tersebut?Sekiranya guru tidak hadir di dalam kelas, apakah yang harus dilakukan oleh Pembantu Pengurusan Murid?Sekiranya anda diterima bekerja dalam sektor kerajaan, boleh atau tidak kakitangan kerajaan post status di media sosial? Kalau boleh nyatakan sebab? Kalau tidak boleh berikan sebab anda mengapa tidak boleh?Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti NGO selain di sekolah/universiti atau di tempat kerja?Sekiranya anda dipilih, adakah anda sanggup untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?
Itulah antara soalan-soalan yang ditanya. Memang agak banyak berbanding temuduga pertama aku. Soalan yang ditanya tidaklah juga susah sangat pun.
Cuma semasa kita menjawab tu kadang-kala panel akan tiba-tiba memotong jawapan kita dan bertanya soalan yang lain pula. Jadi kadang-kadang tu aku dah fikir nak jawab apa tiba-tiba hilang macam tu sahaja. Hahaha >,<
Mungkin itu adalah skills mereka untuk menguji kita. Yang penting yakin sahaja dengan apa yang kita jawab. Aku pun yakin sahaja. Hopefully dapatlah.
Kalau tak dapat pun mungkin bukan rezeki lagi kot. Yang penting pengalaman tu yang berharga, sekurang-kurangnya aku dapat juga berkongsi di blog kan.
Semoga perkongsian ini membantu korang sebab aku faham sangat kita mahukan info yang banyak lagi pasal temuduga ini. Aku doakan apa sahaja temuduga yang korang bakal hadapi, semoga Allah permudahkan semuanya buat korang.
Sekiranya aku berjaya temuduga tersebut, nanti aku kongsi di blog pula apa jawapan aku semasa temuduga. hehe~ Kalau tak berjaya tu maksudnya jawapan aku tu tak boleh pakai lah. Hahaha >,<
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke
[email protected] Sesiapa yang sudi boleh klik mana-mana iklan di blog ini. Setiap iklan yang ada dalam blog ini adalah sumber pendapatan yang diperoleh oleh penulis. Aku hargai sangat!
Jangan lupa undi Blog Sii Nurul untuk THE PUBLIC'S FAVOURITE WEBSITE AWARD ya~ Undian boleh dibuat di → https://www.mwa.my/2019/oct/sii-nurul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2019/11/contoh-soalan-temuduga-pembantu.html