Blog Performance Update October 2018
Blog performance update : October 2018
So here's the summary for October 2018
Total posts : sebanyak 24 buah entri telah di pos bulan ini
Pageviews : 87,847
Unique Views : 30,386
Ulasan : PV pada bulan lepas (September) adalah sebanyak 71,709 pageviews. Meningkat sedikit bulan ni kepada 87,847. Dan pada bulan Oktober ini, entri berkaitan Belajar Loghat Perak telah mendapat carian yang tinggi dan hit di luar jangkaan sebaik selepas Perak menang Piala Malaysia pada 27 Oktober baru-baru ini.
Betul-betul sukar dipercayai ahaks. Apa kaitan team bola Perak The Bos Gaurus dengan entri tentang belajar bahasa / loghat Perak pula kan?
Adakah disebabkan Perak menang bola, tiba-tiba everybody pun nak mengaku lah yang mereka berasal dari Perak.
So semua pakat duk Google lah serba sedikit kamus a.k.a loghat Perak kat internet, centu?
bhahaha..andaian aku sahaja tu. BTW, I'm from Perak, made in Perak and working in Perak. ahaks.
PENERANGAN GRAF :
Sessions : Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.
Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.
Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.
Users :
Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.
Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.
Pageview :Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.
Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.
Bounce rate :Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah dalam range 10% - 20% sebulan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2018/11/blog-performance-update-october-2018.html