Come True Caf The Starhill Lokasi Sempurna Sambutan Hari Lahir Bersama Keluarga


KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2025 - Ada sesuatu yang istimewa apabila hari lahir diraikan dengan cara sederhana, tetapi penuh makna. Tahun ini, Ruby.my memilih untuk menyambut hari lahir dengan makan-makan santai bersama suami dan anak-anak di Come True Café, Eslite Spectrum, The Starhill Kuala Lumpur.

Bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang waktu berkualiti yang kami luangkan bersama, di tengah suasana kafe yang tenang, hangat dan begitu menenangkan jiwa. Seawal jam 10 pagi kami bertolak ke Bukit Bintang. Kehadiran kami di sambut oleh pelayan yang mesra. Bertanyakan berapa orang tetamu dan memberi pilihan kami untuk duduk di dalam atau di luar. 
Hati ini memang teringin makan-makan berlatarbelakangkan Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit88 dan melihat suasana trafik di Bukit Bintang. Kami memang suka tengok pemandangan bangunan pencakar langit dan kesibukan kota. Jadi kami pilih meja di luar. Pelayan kafe siap sambungkan meja untuk kami sekeluarga. 


Suasana Tenang di Come True Café
Terletak di aras satu eslite Spectrum Kuala Lumpur, Come True Café membawa aura tersendiri. Dari jauh lagi, dekorasinya yang minimalis dengan pencahayaan lembut menarik perhatian sesiapa yang lalu. Aroma kopi yang harum menyambut setiap tetamu yang melangkah masuk.

Ruby suka suasananya, tidak terlalu sesak, muzik latar yang lembut, dan ruang yang sesuai untuk keluarga kecil kami berbual tanpa gangguan. Paling istimewa, pelayan kafe iaitu encik Alexis yang ramah menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan layanan mesra.

Hidangan Brunch Penuh Cita Rasa
Menu di Come True Café menggabungkan kreativiti dengan cita rasa moden. Kafe ini dalam kategori Muslim-friendly. Kami memilih beberapa hidangan menarik daripada kategori Brunch, Salad, Creative Pizza dan Soufflé Pancake. Di sini, hidangan dalam portion besar dan boleh kongsi bersama seisi keluarga. 
Golden Soft Shell Crab Sourdough Toast (RM37) 


Hidangan ini menjadi pilihan utama Ruby. Roti sourdough dibakar garing di luar tetapi lembut di dalam, disapu homemade garlic & nuts mash potato dan dihidangkan bersama deep-fried soft shell crab yang rangup sempurna. Setiap suapan ada keseimbangan rasa lemak, masin dan wangi bawang putih yang tidak keterlaluan.

Fried Chicken with Avocado Sourdough Croissant (RM28)


Suami memilih menu ini dan ternyata kombinasi croissant sourdough dengan homemade avocado paste memang menyelerakan. Ayam gorengnya juga rangup dan tidak berminyak. Sesuai untuk peminat croissant yang suka rasa creamy dan savory pada masa sama.

Seared Duck Breast Salad (RM28)

Kami turut cuba salad ini, dan ternyata ia antara menu sihat yang tetap menyenangkan selera. Hirisan smoked duck breast disusun cantik bersama epal Fuji, sos buah markisa dan yogurt blueberry buatan sendiri. Ada rasa manis, masam dan sedikit masin yang seimbang segar di lidah! 
Japanese Teriyaki Beef Pizza (RM35) 

Anak-anak memang peminat pizza, jadi pilihan ini memang untuk mereka. Pizza dengan sos teriyaki dan hirisan daging lembut ini disukai semua. Lapisan keju cair bersama aroma daun bijan menambah rasa ‘Japanese fusion’ yang menarik.

Pencuci Mulut Penuh Pesona – Pink Lady Strawberry Soufflé

Sebagai birthday girl, Ruby pilih pencuci mulut paling cantik di menu iaitu Pink Lady Strawberry Soufflé (RM44).

Dihidangkan dengan potongan strawberi segar, homemade pink strawberry sauce, buah-buahan kering dan pancake gebu yang lembut seperti awan. Setiap suapan terasa ringan dan manisnya cukup-cukup, sesuai dinikmati bersama kopi atau teh.

“A dessert full of girlish charm”  memang tepat seperti yang tertera di menu. Rasanya membawa suasana manis yang menutup hidangan dengan sempurna.

Minuman Kreatif Menyempurnakan Hari
Come True Café terkenal dengan menu minuman unik dan persembahan visual yang menarik. Kami asyik sebut wow! Wow! Wow! Sebab teruja tengok semua minuman yang kami pilih. Hahaha.

Lavender Mist (RM32)

Minuman ini benar-benar showstopper! Dihidangkan dengan aroma lavender yang dilepaskan menggunakan teknik dry-ice smoking, lapisan warna ungu lembutnya disusun cantik daripada bawah ke atas rose & lavender cordial, susu, kopi, dan buih susu halus di atasnya. Ada juga kelopak bunga boleh dimakan. Setiap hirupan terasa lembut dan menenangkan.

Summer Mango Nitro (RM22)

Minuman cold brew coffee dengan rasa buah mangga segar, memberi kombinasi menyegarkan pilihan suami yang gemarkan sesuatu yang lebih ringan.

Come True Fruit Tea & Varlhona Au Lait (RM17.50)

Kedua-dua minuman ini menjadi kegemaran anak-anak. Fruit tea memberi rasa manis semula jadi buah, manakala Varlhona Au Lait menggunakan coklat premium yang lembut dan tidak terlalu pekat.

Momen Bersama Yang Paling Bermakna
Tiada lilin besar, tiada kek bertingkat. Hanya tawa kecil dari anak-anak, dan pandangan suami yang cukup membuat saya rasa bersyukur. 


“Kadang-kadang, sambutan paling indah adalah yang sederhana — bila kita dikelilingi orang yang benar-benar bermakna.”
Kami menikmati setiap hidangan dengan perlahan, berbual tentang travel trip, permainan video rancangan hujung minggu dan peperiksaan UASA. Walaupun ringkas, momen ini memberi makna mendalam pada perjalanan hidup saya sebagai isteri dan ibu.

Terima Kasih, Come True Café
Terima kasih kepada Come True Café Eslite Spectrum The Starhill Kuala Lumpur atas layanan mesra dan pengalaman menjamu selera yang begitu berkesan.

Kafe ini bukan sekadar tempat makan, tetapi ruang yang menyatukan keluarga dalam suasana harmoni dan damai. Sesuai untuk sarapan pagi, brunch, perbualan santai, atau sambutan istimewa. 

📍 Lokasi & Info

Come True Café Eslite Spectrum Kuala Lumpur
Level G, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.00 pagi – 9.00 malam

Sambutan hari lahir kali ini mengingatkan Ruby bahawa kebahagiaan tidak perlu dicari jauh. Ia hadir bila kita menghargai momen kecil bersama keluarga. Dan hari itu di Come True Café segalanya benar-benar terasa come true.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/10/come-true-cafe-starhill-lokasi-sempurna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Statistik Negara 2025 Di Lipis 17 19 Oktober Ini Tonjol Peranan Data Sebagai Nadi Kehidupan Rakyat

Sambutan Hari Statistik Negara 2025 Di Lipis 17 19 Oktober Ini Tonjol Peranan Data Sebagai Nadi Kehidupan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 164 hits
PUTRAJAYA Sambutan Hari Statistik Negara 2025 akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober ini di Sungai Koyan Kuala Lipis di Pahang dengan sasaran lebih 5 000 penyertaan sekali gus menjadi platform meliterasikan statistik serta mendekatkan raky...
Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum

Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 117 hits
Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran kita semua pasti menanti nantikan ucapan serta kejutan istimewa dari orang tersayang Lebih bermakna apabila dapat menyambut...
Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 132 hits
KUALA LUMPUR Sebuah perkongsian di TikTok mengundang sebak ramai apabila video yang dimuat naik pada Khamis lalu rupa rupanya menjadi kenangan terakhir antara dua beradik Dalam video tersebut Zafran berkongsi kisah tentang adik lelakinya Ai...
The Prophet By Kahlil Gibran

The Prophet By Kahlil Gibran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 468 hits
Norsanina blogspot comOf course Here s a blog ready summary of The Prophet by Kahlil Gibran written in a reflective human tone that suits a thoughtful or spiritual blog like yours The Prophet by Kahlil Gibran A Journey of the Soul Kahlil Gi...
Selamat Hari Lahir Mak Tersayang Ke 68 Tahun

Selamat Hari Lahir Mak Tersayang Ke 68 Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 191 hits
Hari ini hari yang istimewa insan yang paling bermakna dalam hidup aku iaitu Tiap kali tiba tarikh ini hati aku jadi sayu bukan sebab sedih tapi sebab aku teringat betapa banyak pengorbanan mak selama ni Dari aku kecil yang tak tahu apa apa...
What Travelers Need To Know About The Continuing Government Shutdown

What Travelers Need To Know About The Continuing Government Shutdown

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 144 hits
By Christine Chung and Gabe Castro Root from NYT Travel https ift tt 0cy37EF
Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Strawberry Smoothie

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

Kenangan Zaman Kanak Kanak Di Kampung Tandak Machang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modenas Z15gt Vs Yamaha Y16zr Siapa Raja Supermoped Tempatan

Tuaian Kangkung Pada Hari Ke 26

Oms Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi

15 Pantang Larang Dalam Tik Tok

Pinjaman Mikro Di Malaysia Risiko Dan Peluang Untuk Peminjam

Tak Semua Benda Perlu Dicerita Bila Terlebih Oversharing