Combine Loan Kereta Rumah Lppsa Suami Isteri
COMBINE LOAN KERETA RUMAH LPPSA SUAMI ISTERI (Pengalaman Join Loan)
Kepada anda yang merancang untuk membuat pinjaman tetapi tidak mampu menggunakan pendapatan gaji keseorangan, anda boleh membuat combine loan dengan pasangan anda, iaitu dua penama dalam satu pinjaman. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU COMBINE LOAN
Pinjaman bersama adalah permohonan pinajaman yang melibatkan daripada dua atau lebih individu untuk membuat sesautu pinjaman bagi mendaoatkan milikan yang sama.
SIAPA YANG BOLEH MOHON COMBINE LOAN
Berikut adalah merupakan golongan yang boleh mohon pinjaman bersama iaitu:
Pasangan berkahwin / belm berkahwin /akan berkahwin
Kawan
Rakan pelaburan
Sesiapa sahaja selagi dua atau lebih individu bersedia menjadi pihak pinjaman bersama boleh digunakan
KELEBIHAN & KELEMAHAN COMBINE LOAN
Berikut adalah merupakan antara kelebihan dan keburukkan yang akan diperolehi sekiranya membuat pinjaman bersama iaitu
KELEBIHAN
Jumlah pendapatan bersama anda kini lebih tinggi berbanding syarat pendapatan yang ditetapkan bank untuk pinjaman diluluskan.
Gabungan pendapatan meningkatkan bajet pinjaman perumahan
Kelulusan pinjaman mudah kerana gabungan pendapatan
Berkongsi wang pendahuluan dan kos pembelian
KELEMAHAN
Rekod kredit kedua-dua pemohon akan dinilai
Berpotensi kehilangan akses inisiatif pembelian rumah pertama
Berpotensi kehilangan akses pengecualian Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT)
Penilaian pinjaman di antara bukan ahli keluarga lebih kritikal
Sekiranya berlakunya pergaduahan atau perpisahan antara kedua pihak
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen asas bagi memohon pinjaman bersama ini iaitu:
Dokumen pengenalan diri
Bagi pemohon Malaysia
Salinan kad pengenalan baru (Kad Pengenalan)
Bagi pemohon asing
Salinan pasport rasmi dengan tempoh sah minimum 6 bulan; atau
Pemohon adalah pemastautin tetap Malaysia
Bukti pembelian
Bagi pemohon Malaysia dan asing
Perjanjian Jual Beli (SPA); atau
Borang tempahan pemaju
Dokumen pendapatan
Pemohon gaji
Slip gaji 3 bulan terkini; dan
Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini, atau penyata bank 3 bulan sebagai bukti gaji dikreditkan
Pemohon komisen
Penyata komisen 6 bulan terkini; dan
Penyata bank 6 bulan terakhir sebagai komisen bukti dikreditkan
Bekerja sendiri
Dokumen pendaftaran perniagaan;
Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini; dan
Resit pembayaran cukai pendapatan terkini (Borang B / BE)
CARA PERMOHONAN COMBINE LOAN (Pekerja Swasta / Sendiri)
Berikut adalah merupakan cara permohonan pinjaman bersama iaitu:
Pastikan tetdapat pasangan bersama yang bersetuju untuk melaksanakan pinjaman bersama ini
Kemudian, perlu ada perbincangan serius tentang implikasi pinjaman rumah bersama ke atas kewangan dan peribadi anda berdua. Pastikan juga anda memikirkan pelan pemilikan yang lebih jelas menurut undang-undang jika berlaku situasi tidak diingini
Seterusnya ialah memilih pinjaman yang anda ingin mohon. Terdapat beberapa bank dan institusi kewangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pinjaman rumah bersama seperti Maybank, CIMB, Hong Leong Bank dan lain-lain lagi
Hadir ke institusi kewangan pilihan anda bersama beserta dokumen yang diperlukan
Sebaik sahaja bank menawarkan kelulusan awal perjanjian pinjaman, latar belakang anda akan diperiksa bagi menentukan kelayakan.
Tempoh untuk kelulusan awal adalah berbeza, tetapi persetujuan lisan boleh berlaku sepantas 24-48 jam.
Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan menjadi penerima pinjaman rumah dalam masa terdekat.
CARA PERMOHONAN COMBINE LOAN LPPSA (Pekerja Kerajaan)
Kepada penjawat awam, anda juga boleh membuat permohona pinjaman bersama asalkan pasangan anda juga merupakan penjawat awam. Untuk syarat kelayakan, boring permohonan dan cara permohonan, anda boleh merujuk pada pautann di bawah:
Permohonan Pembiayaan Bersama (LPPSA)
SITUASI SEKIRANYA BERLAKU PERPISAHAN JIKA DIBUAT PINJAMAN BERSAMA (Combine Loan)
Perkara seperti ini tidaklah diminta untuk berlaku, tetapi tidak mustahil juga ianya akan berlaku kerana selalunya pinjaman bersama ini akan mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan. Sekiranya berlaku perpisahan, terdepat beberapa cara untuk diselesaikan iaitu:
Pastikan pada peringkat awal dituliskan dalam satu dokumen perundangan yang menetapkan hak dan kewajiban setiap pihak sekiranya berlaku perpisahan seharusnya menjadi asas perjanjian pinjaman anda.
Jual Hartanah tersebut dan bahagikan hasilnya sama adil bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat semula sebahagian wang yang telah dibelanjakan
Beli bahagian pasangan anda iaitu salah seorang akan menanggung pinjaman rumah sepenuhnya dengan membeli bahagian pihak satu lagi sekiranya terdapat persetujuan
Setuju dengan pemilikan bersama iaitu Hanya seorang terus tinggal di rumah itu, tetapi seorang lagi walaupun sudah keluar masih berkongsi komitmen kewangan dan masih berhak ke atas nilai hartanah itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
SIAPAKAH YANG LAYAK JADI PENJAMIN PINJAMAN KERETA RUMAH MARA (Risiko & Keburukan)
MAYBANK PERSONAL LOAN 2023 (Syarat Pinjaman Peribadi Maybank)
LOAN KEDAI MOTOR KERETA (Berapa Interest & Pengalaman)
The post COMBINE LOAN KERETA RUMAH LPPSA SUAMI ISTERI (Pengalaman Join Loan) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/combine-loan.html