Coklat Dubai Sedap Ke Jenama Harga Keistimewaan


Coklat Dubai, Sedap ke? – Jenama, Harga & Keistimewaan
Bagi peminat coklat, mesti selalu teruja nak cuba sesuatu yang baru dan luar biasa, kan? 
Lagi-lagi kalau coklat tu tengah viral di media sosial. Memang terliur-liur tengok orang lain buat review.  Salah satu coklat viral yang tengah jadi bualan sekarang ialah Coklat Dubai. 
Coklat Dubai ni bukan sekadar sedap tapi packagingnya cantik, rasanya pun luar biasa. Tak hairanlah kenapa ramai sanggup borong bila travel ke UAE. Sekarang ni semakin ramai seller jual online kat Malaysia sebab permintaan memang tinggi. 
Kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya Coklat Dubai ni, kenapa semua orang sibuk nak cuba, berapa harga dia, dan kat mana boleh beli, jom baca artikel ini sampai habis. Kita bongkar semua pasal coklat viral ni!
BACA JUGA: 30+ Makanan Popular Di Malaysia – Wajib Cuba!
Apa itu Coklat Dubai? Coklat Dubai ni  bukan jenama coklat tertentu. Tetapi merujuk kepada coklat yang datang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), terutamanya dari Dubai. 
Coklat ini menjadi viral di beberapa negara termasuk Malaysia kerana keunikan rasa serta teksturnya yang luar biasa. 
Coklat Dubai juga terkenal sebagai produk eksklusif yang sukar didapati. Biasanya akan habis terjual dalam beberapa minit selepas mula dijual setiap hari. Memang laku keras!

Populariti coklat ini melonjak selepas menjadi viral di media sosial terutamanya di TikTok sehingga ramai yang sanggup beratur panjang atau menempah dari luar negara untuk merasainya.
Secara ringkas, Coklat Dubai ialah coklat mewah yang menggabungkan coklat susu, pistachio, kunafeh, atau tahini.
Yang buat coklat ni unik adalah gaya pembuatannya yang nampak eksklusif dan ‘handcrafted’. Banyak juga coklat Dubai datang dalam bentuk ‘luxury gift box’ atau bungkusan cantik yang sesuai dijadikan hadiah. 
Keistimewaan Salah satu sebab kenapa Coklat Dubai jadi kegilaan ramai adalah kombinasi rasa yang jarang kita jumpa pada coklat biasa. 
Bayangkan coklat dengan gabungan rasa lapisan coklat susu, isi pistachio yang manis-lemak, kunafa di tengah-tengah dan kadang-kadang ada perisa tambahan macam saffron atau badam Arab. Selain itu, coklat ini juga sangat menarik dari segi visual.
Satu lagi kelebihan coklat ini, packaging dia memang on point! Kotak elegan, rekaan moden dan sesuai sangat untuk dijadikan hadiah mewah untuk orang tersayang atau diri sendiri.
Dan paling penting, semua coklat Dubai dihasilkan mengikut piawaian halal. Jadi memang tak ragu-ragu kalau nak beli. 
Kenapa Coklat Dubai Popular? Coklat Dubai ini mula viral di media sosial terutama TikTok dan Instagram. Ramai influencer dan traveller berkongsi video unboxing, makan coklat ini sambil tunjukkan tekstur dalamannya yang meleleh dan menggiurkan. Daripada situ, ramai yang mula cari dan ‘terjebak’ untuk merasai coklat mewah ini. 
Selain tu, Dubai sendiri terkenal sebagai destinasi percutian yang mewah. Jadi, bila ada coklat yang berasal dari sana, secara automatik orang kaitkan dengan kemewahan dan kualiti tinggi. Kombinasi rasa + visual + faktor “viral” buatkan coklat ni jadi rebutan.
Tambahan pula, bila masuk musim perayaan macam Ramadan, Aidilfitri atau Krismas, permintaan coklat mewah macam ni memang meningkat sebab ramai suka hadiahkan coklat sebagai buah tangan.
Contoh Jenama Walaupun orang panggil semua coklat dari UAE sebagai ‘Coklat Dubai’, ada beberapa jenama terkenal yang sering disebut dan jadi pilihan utama pembeli:
Vlinder Chocolate Delice Gourmet Mirzam Chocolate Makers Symphony Chocolates Fix Dessert Chocolatier Läderach & Lindt BLaban elit Bolci

Cocoraw Chocolates, ChocoLoco Caffe, The Bakestry, Osha and Terra Cafe: Ini adalah contoh pengeluar tempatan di Malaysia yang menghasilkan versi “Coklat Dubai” mengikut trend viral walaupun bukan jenama asal UAE.
NOTA: Jika anda ingin membeli coklat ini secara online, pastikan anda menyemak nama jenama, bahan dan asal produk untuk mengelakkan pembelian produk tiruan atau yang tidak asli. Jenama-jenama di atas adalah antara yang paling dipercayai dan sering disebut dalam kalangan peminat coklat premium Dubai.
Harga Harga coklat ini bergantung pada jenis, jenama dan kuantiti. Tapi secara umum, harga dia memang sedikit mahal berbanding coklat biasa.
Sebagai contoh, satu bar Fix Dessert Chocolatier dijual sekitar £15 (~RM90) di UAE, manakala kotak dengan enam varian boleh mencecah AED 385 (~RM480). 
Tempat Nak Beli Sekarang ni, nak dapatkan coklat ini di Malaysia dah tak susah macam dulu. Berikut antara tempat yang korang boleh dapatkan coklat ni:
Shopee & Lazada – Banyak seller tempatan bawa masuk stok dari UAE. Cari dengan kata kunci “Coklat Dubai Malaysia” atau nama jenama terus.
TikTok Shop – Ramai seller viral buat live dan review produk. Kadang-kadang ada harga promosi dan free gift.
Instagram Seller – Ada juga seller kecil-kecilan yang ambil stok terus dari Dubai dan jual secara preorder.
Kedai Produk Timur Tengah / Arab – Sesetengah pasar raya besar atau kedai Arab ada jual, terutama waktu Ramadan.
Beli Terus Dari UAE – Kalau korang atau kenalan pergi Dubai, bolehlah beli terus dari kedai coklat terkenal kat sana macam Patchi, Al Nassma atau Vivel. Jangan lupa cuba tau!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/coklat-dubai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=coklat-dubai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaecoo Malaysia Tampil Dengan Jenama Baru Omoda Jaecoo

Jaecoo Malaysia Tampil Dengan Jenama Baru Omoda Jaecoo

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 157 hits
JAECOO hari ini meraikan ulang tahun pertamanya di Pameran Automotif Malaysia 2025 dengan memperkenalkan imej jenama yang serba baharu Kini jenama tersebut akan dikenali sebagai OMODA JAECOO Sempena pelancaran je
Infinix Gt 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144hz Ram 12gb Harga Bermula Rm1 299

Infinix Gt 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144hz Ram 12gb Harga Bermula Rm1 299

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 120 hits
Infinix GT 30 Pro kini hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi telefon pintar gaming generasi ketiga dalam siri GT yang direka khas untuk pemain mudah alih Model ini merupakan telefon rasmi untuk kejohanan Mobile Legends Bang Bang Profession...
Storan Ssd Pcie Gen 5 Terpantas Di Dunia Dilancar Harga Bermula Rm847

Storan Ssd Pcie Gen 5 Terpantas Di Dunia Dilancar Harga Bermula Rm847

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 93 hits
Sandisk telah melancarkan SSD terbaru mereka WD BLACK SN8100 NVMe dengan PCIe Gen 5 0 yang menawarkan prestasi dan kecekapan tenaga terbaik dalam industri Direka khas untuk pemain permainan tegar pencipta kandungan dan aplikasi kecerdasan b...
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 147 hits
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 3 sen kepada RM3 07 seliter dan harga runcit diesel di Semen
Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 178 hits
Xiaomi sekali lagi muncul sebagai pengeluar telefon pintar teratas di Malaysia bagi suku pertama 2025 menurut laporan Canalys Xiaomi menguasai 18 bahagian pasaran dalam penghantaran unit dan mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 11 yang men...
Jam Tangan Jenama Casio Dengan Fungsi Step Tracker

Jam Tangan Jenama Casio Dengan Fungsi Step Tracker

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 143 hits
Saya pernah ada hasrat nak dapatkan sekurang kurangnya satu peranti yang boleh digunakan untuk menyukat berapa banyak jumlah langkah yang saya dah buat dalam satu satu masa Sebelum ni saya jatuh hati dengan gadget Xiaomi Mi Band 2 ini Saya ...
Resipi Kek Belacan Sarawak Petua Buat Kek Rasa Lebih Sedap

Resipi Kek Belacan Sarawak Petua Buat Kek Rasa Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 153 hits
Kek Belacan sejenis kek yang tidak asing lagi andai berkunjung ke Sarawak Lembut padat memang sedap Bagi anda yang nak cuba hasilkan sendiri kek ini Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya Bolehlah cuba buat untuk keluarga Selamat mencuba RE...
Ayam Masak Halia Nak Lagi Sedap Letak Minyak Bijan

Ayam Masak Halia Nak Lagi Sedap Letak Minyak Bijan

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 130 hits
Ayam masak halia ini kena sediakan lebih halia yang banyak sebab menggunakan banyak bahan ini Inilah yang memberikan lauk ini rasa segar dan tak muak dimakan Tip hidangan ini tambah sedap adalah penggunaan minyak bijan di akhir proses memas...
Kembali Sebagai Duta Jenama Mewah Won Bin Tiada Rencana Kembali Berlakon

Kembali Sebagai Duta Jenama Mewah Won Bin Tiada Rencana Kembali Berlakon

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 135 hits
Terbaru sebuah platform perkhidmatan gaya hidup mengumumkan bahawa pelakon Won Bin telah dipilih sebagai model jenama eksklusif baharu mereka Artikel Berkaitan Dalam iklan yang baru dilancarkan Won Bin memancarkan karisma abadi sambil menge...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi