Sejarah Ringkas Ethereum Mata Wang Kripto Kedua Terbesar Dunia Selepas Bitcoin
euthereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia - imej dari google
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera
Dengan kewujudan teknologi blockhain (blok rantai dan terdiri dari senarai rekod dan rakaman data berterusan melalui kaedah dan jagaan kriptographi). Teknologi blockhain inilah teknologi yang menciptakan penggunaan mata wang kripto sekaligus menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double spending)
Pada tahun 2008 sistem blockchain di cipta oleh Satoshi Nakamoto
Pada tahun 2009 bitcoin, mata wang pertama kripto / digital wujud turut di cipta oleh Satoshi Nakamoto pencipta blockchain
Pada Febuari 2013 nilai bitcoin hanya USD30, Namun pada Mac 2013 harga bitcoin meningkat sehingga USD74.90, dimana peningkatan ini ialah 70% sekaligus jumlah pasaran bitcoin mencecah USD1 billion
Buat pertama kali dalam sejarah bitcoin memecah rekod harga USD1000 pada bulan November 2013
Dalam 5 tahun sahaja pengaruh bitcoin telah tersebar di seluruh dunia dan nilainya meningkat sehingga USD600 pada tahun 2014
simbol ethereum dan simbol pengasas Euthereum Vitalik Buterin - imej dari google
Selepas 5 tahun terciptanya bitcoin. Pada tahun 2014, Vitalik Buterin dan tiga rakannya iaitu Mihai Alise, Anthony Di lorio & Charles Hoskinson mencipta ETHEREUM, yang kini muncul sebagai mata wang digital kedua terbesar di dunia
Vitalik Buterin berketurunan Rusia dan Kanada. Beliau merupakan programmer (pengaturcara) yang juga merupakan pengasas majalah bitcoin
Pada tahun 2014 Ethereum di perkenalkan sebagai ICO (Initial Coin Offering)
Menyedari betapa kuat dan hebatnya pengaruh bitcoin dan pasaran yang besar serta komuniti kuat bitcoin, Vitalik Buterin tahu bahawa ETHEREUM sukar untuk menandingi pengaruh dan komuniti bitcoin apa lagi memecah masuk komuniti ini sebagai mata wang digital baru.
Sesuatu harus dilakukan agar ethereum juga boleh berdiri seiring bitcoin dan mengurangkan dominasi bitcoin sebagai satu-satunya wang digital berpengaruh di dunia blockhain.
Tidak seperti platform bitcoin yang stand alone (berdiri sendiri) dan tidak boleh dikongsi. Hanya bitcoin sahaja berada di dalamnya
Platform Ethereum mengambil langkah sebaliknya. Vitalik Buterin telah membuka platform euthereum kepada semua pihak yang berminat untuk membuat coin (duit / mata wang) digital baru dengan menggunakan 'smart contract' (kontrak pintar yang menggantikan peguam). Platform ETHEREUM ini diberi nama ERC20 (Blockchain ledger) yang menggunakan blockhain tulen (genuine).
bagaimana platform Ethereum beroperasi - imej dari google
Untuk memahami apa beza platform bitcoin dan platform euthereum dengan mudah
Kita jadikan telefon pintar jenama APPLE dan Android sebagai contoh
Aplikasi (platform) iphone ialah apple store dan Aplikasi (platform) android adalah android store yang sering menggunakan google play
Platform apple store hanya iphone sahaja boleh guna. Telefon android dan jenama lain selain apple tidak mungkin boleh gunakan aplikasi apple store
Ini kerana applikasi APPLE STORE adalah ekslusif, ia di paternkan, bermaksud, stand alone (berdiri sendiri)
Ini berbeza dengan android. Platform Android tidak di paternkan. Ia boleh digunakan oleh semua handphone. Pengguna paling ramai didunia ialah pengguna Android kerana platform android boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia open (terbuka)
Maka untuk mudah faham, platform bitcoin umpama apple store
Platform Ethereum, umpama Android store
Apabila platform ETHEREUM dibuka, maka beratus-ratus mata wang kripto / digital baru menandatangai 'smart contract' (seperti peguam digital) dengan ethereum untuk membuat coin / mata wang kripto sendiri. Smart contract ini tentu sekali ada bayarannya
Bayaran dari smart contrat ini digunakan untuk mengurus dan meningkatkan lagi kualiti serta potensi platform Ethereum ini sejajar dengan kelajuan teknologi yang semakin berkembang saat ke saat setiap hari
Platform Ethereum ini pada mulanya di perkenalkan dengan nama ERC20, kemudian di dipertingkatkan (upgrade) dari semasa ke semasa dan kini menjadi ERC223. Rujukan untuk ERC223 ini boleh di lihat di sini etherscan.io
Dengan menggunakan cara open platform (platform terbuka) ini, maka sekelip mata sahaja, komuniti dan pengaruh ethereum meningkat dan mula disebut-sebut dalam dunia digital selain bitcoin.
Kini apabila sebut sahaja bitcoin, maka pemain cripto dan mereka yang tahu mengenai cryptocurrency pasti akan menyebut Ethereum sebagai pesaing terdekat bitcoin.
Sambungan mengenai Ethereum dan maklumat mengenai euthereum yang lebih mendalam, serta beza bitcoin dan ethereum akan di terangkan di artikel akan datang
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2020/01/sejarah-ringkas-ethereum-mata-wang.html