Clo Kelapa Vs Sakura


 Menulis Hasil Pembelajaran Kursus (CLO- Course Learning Outcome) boleh membantu pembentukan pentaksiran pembelajaran. Antara yang dicadangkan sebagai isi CLO ialah (1) kata kerja (2) isi subjek (3) tahap pencapaian, dan (4) latar atau konteks pencapaian.

Contoh 1:
Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis statistik deskriptif.
CLO ini menggunakan kata kerja 'mengenalpasti' dan 'statistik deskriptif' sebagai isi subjek. Tahap dan konteks pencapaian tidak menjadi elemen wajib.
Cumanya, jika dimasukkan kedua-dua elemen pilihan ini, saya fikir ia akan memberi maklumat tambahan tentang darjah kesukaran sesuatu kata kerja. Pada saya, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada klasifikasi kata kerja mengikut taksonomi Bloom dalam menilai kesesuaian kata kerja yang digunakan dalam CLO.
Contoh 2. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis statistik deskriptif secara konsisten (yakni tidak rawak) daripada senarai statistik.
Contoh 3. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis statistik deskriptif secara konsisten (yakni tidak rawak) daripada sebuah artikel jurnal.
Adakah CLO 2 sama mudah dengan CLO 3? Dan adakah CLO2 sama mudah dengan CLO 1? Walaupun kata kerja 'mengenalpasti' digunakan dalam ketiga-tiga CLO, saya berpendapat konteks serta tahap pencapaian perlu diambil kira dalam menilai darjah kesukaran sesuatu CLO.
Contoh 4.Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat menerangkan pertimbangan pemilihan ujian-t dan ANOVA sehala.
Kata kerja 'menerangkan' selalu dikaitkan dengan aras kognitif yang rendah. Jika pertimbangan pemilihan ujian statistik memang dibentangkan dalam pembelajaran, makan CLO ini melibatkan daya kognitif 'mengingat'.
Contoh 5.Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat menerangkan pertimbangan ujian-t dan ANOVA sehala berdasarkan reka bentuk kajian yang diberi.
Adakah CLO 5 sama mudah dengan CLO 6? Pelajar tidak didedahkan dengan reka bentuk kajian yang diguna dalam pentaksiran. Mereka tidak pernah melihatnya. Jadi, mereka perlu memerah otak untuk memahami dan kemudiannya memadankan rekabentuk kajian dengan ujian statistik yang sesuai. Satu tugasan seperti ini mungkin melibatkan berberapa sub-tugasan kognitif.
Contoh 6Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat merekabentuk satu kajian eksperimental berdasarkan objektif kajian yang diberi.
Wow. 'Merekabentuk'. Kata kerja aras tertinggi tu. Benarkah? Masihkah ia di aras tinggi jika cikgu dah beri contoh rekabentuk kajian berdasarkan objektif kajian di dalam kelas? Aras tinggi atau aras rendah? Pentaksiran ini hendak menguji keupayaan merekabentuk atau mengingat?
Dalam satu perbincangan dengan seorang guru sekolah menengah, saya agak terkejut apabila guru tersebut 'merungut' tentang soalan KBAT yang keluar dalam peperiksaan. "Kami ajar murid guna contoh pokok kelapa. Sekali yang keluar dalam exam pokok sakura!"
Saya dapat rasakan kekecewaan guru yang telah melatih murid-murid menghafal contoh jawapan berdasarkan soalan tentang pokok kelapa. Dan murid kemudiannya mengatakan mereka tidak bersedia untuk menjawab soalan tentang pokok sakura. Saya sendiri lebih kecewa kerana pentaksiran aras tinggi dimanipulasikan sehingga menjadi pentaksiran aras rendah. Tabiat 'spot' soalan melarikan fokus daripada kemahiran berfikir yang sepatutnya dibina dan disuburkan.
Jadi, perlukah kita menolak CLO hanya berdasarkan kata kerja yang digunakan? Memilih kata kerja mengikut klasifikasi taksonomi Bloom tidak patut dibuat secara rigid dan memaksakan penggunaan kata kerja 'aras tinggi' sehingga menghasilkan CLO yang jelik dan pelik.
Wallahu a'lam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/12/clo-kelapa-vs-sakura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Je Buat Jeli Kelapa Muda Segar Enak Rasanya Makan Sejuk Sejuk

Mudah Je Buat Jeli Kelapa Muda Segar Enak Rasanya Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 720 hits
Bagi anda yang biasa makan jeli kelapa pasti tahu kesedapannya Lagi lagi bila dimakan sejuk sejuk memang tak cukup sebekas Biasa jeli kelapa ni akan dijual di kedai makan atau pasar malam Harga yang biasa dijual antara RM1 50 hingga RM2 seb...
Mensos Juliari Korupsi Warganet Ternyata Bapak Yang Ganti Indomie Jadi Mie Sakura

Mensos Juliari Korupsi Warganet Ternyata Bapak Yang Ganti Indomie Jadi Mie Sakura

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 612 hits
Menteri Sosial Juliari P Batubara ditetapkan sebagai tersangka kasus korupsi bantuan sosial Covid 19 oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Akun Instagram Kementerian Sosial pun diramaikan komentar terkait hal tersebut Dalam unggahan Juliari Bat...
Sakura Band Monopoli Chord

Sakura Band Monopoli Chord

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 328 hits
C C CSetiap mimpi mimpi kuCKau ada dalam bayangan FTak pernah terfikir FKau datang dengan harapan AmSegalanya indah C Fsemua hanya tuk seketikaCGenggam tanganCKita berduaFJangan pernahFLupa ceritaAm Semua tentang kitaGHingga akhir waktu nya...
Cara Tanam Pokok Kelapa Yang Betul

Cara Tanam Pokok Kelapa Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 492 hits
Bagaimanakah cara tanam pokok kelapa yang betul Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap cara tanam pokok kelapa yang betul bermula dari segi penyediaan tanah hingga kawalan penyakit dan perosak Isi Kandungan Pengenalan Keperluan Asas ...
Rincian Tarif Pungutan Ekspor Produk Kelapa Sawit Usai Alami Kenaikan

Rincian Tarif Pungutan Ekspor Produk Kelapa Sawit Usai Alami Kenaikan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 203 hits
Penyesuaian tarif pungutan ekspor tersebut merupakan tindak lanjut keputusan Komite Pengarah Badan Pengelola Dana Perkebunan Kelapa Sawit yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto
Pekebun Kecil Kelapa Sawit Diseru Guna Teknologi Untuk Tingkatkan Hasil

Pekebun Kecil Kelapa Sawit Diseru Guna Teknologi Untuk Tingkatkan Hasil

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 242 hits
BernamaIndustri kelapa sawit terutamanya pekebun kecil yang kini mencecah setengah juta disaran menggunakan mekanisasi dan teknologi REUTERS KUALA LUMPUR Industri kelapa sawit terutamanya pekebun kecil yang kini mencecah setengah juta disar...
Lempeng Kelapa Sambal Sardin Juadah Popular Rakyat Malaysia

Lempeng Kelapa Sambal Sardin Juadah Popular Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 1176 hits
Lempeng Kelapa Sambal Sardin Juadah Popular Rakyat MalaysiaKadang kadang boleh naik pening memikirkan juadah minum petang untuk keluarga Apakata petang ini kita pakat buat lempeng kelapa
Gelar Dua Pernikahan Dan Karaoke Restoran Di Kelapa Gading Disegel Amp Denda Rp50 Juta

Gelar Dua Pernikahan Dan Karaoke Restoran Di Kelapa Gading Disegel Amp Denda Rp50 Juta

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 201 hits
Puluhan pengunjung dan tamu restoran Golden Leaf International mengikuti rapid test saat razia protokol kesehatan selama pandemi virus corona dalam masa pemberlakuan pembatasan sosial berskala besar transisi
Cencaru Sumbat Kelapa Dah Tak Payah Lauk Lain

Cencaru Sumbat Kelapa Dah Tak Payah Lauk Lain

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 526 hits
Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah Makan dengan nasi panas memang dah tak payah lauk lain dah Sumbat inti penuh penuh baru terlebih sedap ikan tuh Kalau nak tahu ramuan kel...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Mangkuk Seramik Bunga Tulip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri