Ckom8 Bermula Umur Bawah 15 Tahun Pun Boleh Join




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta karya akan dicetak.

BERITA BAIK! Cabaran Komik Online Malaysia / CKOM pada kali ini ada tambahan kategori iaitu bawah umur 15 tahun. Jadi adik-adik yang berbakat boleh sertainya jangan lepaskan peluang ini.

Tema #CKOM8 kali ini ialah 'SEKOLAH'.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia. Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia. TEMA SEKOLAH
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 Muka surat berdasarkan tema ‘SEKOLAH’. Anda boleh ceritakan pelbagai perkara yang berlaku di sekolah, ada kisah seram, lucu, cinta dan banyak lagi. Jangan hanya tertumpu kisah cikgu dan anak murid sahaja. Penjaga bangunan, warden, mak cik cleaner dan banyak lagi ada cerita yang anda boleh kongsikan.
SYARAT DAN PERATURAN UMUM Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.Pelukis / penulis yang telah ada komik solo di bawah terbitan pihak Komik-M tidak layak sertainya.Pemenang CKOM ke-6 dan CKOM ke-7 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) tidak layak sertainya. Untuk lihat pemenang CKOM sebelum ini klik siniPelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah berwarna.Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.Hakcipta karya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan. SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.Penggunaan perkataan dialog ringkas tidak dibenarkan.Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.Oleh kerana komik akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu mengikut garis panduan Komik-M daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Anda boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikmMelanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak. CARA PENGHANTARAN KOMIK Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui borang yang disediakan.Penghantaran komik hendaklah mengikut kategori. Untuk kategori bawah 15 tahun, hanya untuk berumur 15 tahun kebawah sahaja. Untuk terbuka pelbagai umur boleh sertai.Lukisan komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.Fail format adalah dalam bentuk format .jpeg atau .png sahaja.Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10pg) tidak melebihi 12MB.PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.AMARAN! Jangan muatnaik karya komik penyertaan anda dimana-mana media sosial sepanjang pertandingan ini berjalan.Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari (jika komik anda tiada masalah).PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja sebagai PREVIU.Tarikh tutup penghantaran pada 12 Februari 2023 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan. PENGADILAN DAN PEMARKAHAN Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak. HADIAH KATEGORI TERBUKA Tempat Pertama : Wang Tunai RM 2500Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1500Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 10005 x Saguhati : Wang Tunai RM 700.Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak. KATEGORI PELAJAR (UMUR BAWAH 15 TAHUN) Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1000Tempat Kedua : Wang Tunai RM 800Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 6005 x Saguhati : Wang Tunai RM 500.Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami -> [email protected]

* Dikemaskini 13/12/2022


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog.matkomik.com/2022/12/ckom8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dah Boleh Join K Pop Ni Kecantikan Tengku Ratu Buat Netizen Terpegun Disamakan Dengan Artis Korea

Hiburan Dah Boleh Join K Pop Ni Kecantikan Tengku Ratu Buat Netizen Terpegun Disamakan Dengan Artis Korea

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 75 hits
Seperti yang ramai sudah ketahui Que Haidar merupakan seorang pelakon yang hebat serta diminati ramai Bahkan bukan saja dirinya menjadi perhatian umum tetapi anak anak perempuannya turut menjadi bualan ramai Kecantikan dua puteri Que iaitu ...
Tahun 2023 Selang Sebulan Buka Sekolah Hari Raya Mulai Sekarang Dah Boleh Rancang

Tahun 2023 Selang Sebulan Buka Sekolah Hari Raya Mulai Sekarang Dah Boleh Rancang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 112 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru 2023 yang dijangkakan lebih mencabar jika dibandingkan pada tahun ini Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah atau pun baka...
Uu Baru Diresmikan Umur Warga Korea Selatan Bisa 2 Tahun Lebih Muda

Uu Baru Diresmikan Umur Warga Korea Selatan Bisa 2 Tahun Lebih Muda

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 102 hits
Menurut umur Korsel bayi baru lahir sudah dihitung berumur satu tahun kemudian setiap tahun baru usianya ditambah lagi satu tahun Jadi umur mereka lebih tua satu sampai dua tahun dari umur sebenarnya secara internasional
Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 114 hits
Apabila disoal mengenai khabar angin bakal berkahwin tidak lama lagi oleh rakan penyampai radio Shuib Sepahtu sememangnya rasa terkejut dan menafikan dakwaan tersebut Melalui laporan Harian Metro Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad...
Kerja Dari Rumah Dengan Hanya Menulis Boleh Jana Pendapatan Dengan Blog Dan Social Media

Kerja Dari Rumah Dengan Hanya Menulis Boleh Jana Pendapatan Dengan Blog Dan Social Media

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 167 hits
Saya mula menulis blog tahun 2009 Masa tu tengah trend menulis blog sebagai diari online Kurang lebih macam tu lah Kalau dulu menulis blog untuk suka suka Siapa sangka dengan hanya menulis blog boleh jana pendapatan juga Kerja pun dari ruma...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024