Cita Cita Yang Tak Pernah Menjadi




Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, ‘ya’ inilah bidang yang mereka ingin ceburi.


Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.


Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan. Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah ‘tidak!’


Okeylah, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!


Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa sahaja?


Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.


Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya.


“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya). Samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)


di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
~ Al- Hadid: 20


Justeru itu, janganlah terlalu berbangga bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah hak Pencipta seluruh alam ini.


Penulis : Norden Mohamed


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ifathi.com/2021/04/cita-cita-yang-tak-pernah-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri The Lord Of The Rings Menjadi Rancangan Tv Paling Mahal Yang Pernah Dibuat Hanya Untuk Satu Musim

Siri The Lord Of The Rings Menjadi Rancangan Tv Paling Mahal Yang Pernah Dibuat Hanya Untuk Satu Musim

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 324 hits
Sehinggakini kita tidak melihat apa apa perkembangan dari siri terbitan Amazon The Lord of the Rings tetapi difahamkan ia akan menjadi siri televisyen yang paling mahal yang pernah dibuat jika hendak dibandingkan dengan rancangan televisyen...
Riza Sativa Kapolsek Di Wilayah Sejuta Ormas Yang Pernah Bercita Cita Jadi Hakim

Riza Sativa Kapolsek Di Wilayah Sejuta Ormas Yang Pernah Bercita Cita Jadi Hakim

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 515 hits
Di mata Riza jabatan tugas dan tanggungjawabnya yang diamanatkan negara harus dilaksanakan dengan maksimal Sebagai aparat pelayan dan pengayom masyarakat dia ingin selalu dekat dengan warga di wilayah hukumnya
Selain Lisa Blackpink 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

Selain Lisa Blackpink 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 335 hits
Gangguan seksual adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh semua orang Hal ini boleh menyebabkan trauma untuk jangka masa yang panjang Beberapa K Pop idol pernah menjadi mangsa gangguan seksual Anda ingin tahu siapakah K Pop idol ...
Makethebatfleckmovie Trending Di Twitter Peminat Mahu Filem The Batman Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Makethebatfleckmovie Trending Di Twitter Peminat Mahu Filem The Batman Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 352 hits
Suatu ketika dahulu Ben Affleck sepatutnya menjadi mengarahkan dan membintangi filem The Batman Dia menulis skrip bersama penulis buku komik Geoff Johns tetapi disebabkan masalah dalam kehidupan peribadinya dan mungkin pengalamannya bekerja...
3 Nama Yang Menjadi Kontributor Terbaik Bulan Maret Siapa Saja Ya Intip Profil Mereka Yuk

3 Nama Yang Menjadi Kontributor Terbaik Bulan Maret Siapa Saja Ya Intip Profil Mereka Yuk

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 299 hits
Berawal dari sebuah tugas yang diberikan oleh salah satu mata kuliah Claresta ingin agar Hipwee menjadi salah satu wadah yang menaungi tulisannya
5 Petanda Hati Menjadi Keras

5 Petanda Hati Menjadi Keras

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 207 hits
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu BillahAbu Hurairah r a berkata Hati adalah raja sedangkan anggota badan adalah tentera Jika raja itu baik maka akan baik pula lah tenteranya Jika raja itu buruk maka akan buruk pula tenteranya Hati ...
Menjadi Perbualan Di Kalangan Warganet Wanita Ini Dedah Bagaimana Cara Dia Rentas Negeri Tanpa Ada Sekatan Jalanraya

Menjadi Perbualan Di Kalangan Warganet Wanita Ini Dedah Bagaimana Cara Dia Rentas Negeri Tanpa Ada Sekatan Jalanraya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 339 hits
Ternyata satu perkongsian ini tular dan menjadi perbualan di aplikasi Tiktok kerana memaparkan seorang wanita dikatakan merentas negeri
Perjalanan Ayana Moon Menjadi Mualaf Nggak Punya Agama Dari Kecil Dan Baru Belajar Islam Saat Sd

Perjalanan Ayana Moon Menjadi Mualaf Nggak Punya Agama Dari Kecil Dan Baru Belajar Islam Saat Sd

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 313 hits
Ketertarikannya belajar agama Islam berawal dari rasa penasarannya mengapa Muslim berpakaian tertutup dan nggak makan babi
Cara Cara Buat Nekbat Secara Homemade Mudah Memang Menjadi

Cara Cara Buat Nekbat Secara Homemade Mudah Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 329 hits
Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras Untuk menikmatinya Nekbat perlu dimasak terlebi...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain