Cisco Lancar Program Pembiayaan Sifar Peratus Untuk Pks Malaysia


Syarikat teknologi Cisco memperkenalkan program pembiayaan baharu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk membeli produknya tanpa dikenakan faedah dan bayaran pendahuluan serta tempoh pembayaran bulanan secara tetap selama tiga tahun.
Dalam kenyataan hari ini, Cisco berkata tawaran itu terbuka kepada semua portfolio produknya termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan.
Beliau berkata pelancaran program itu adalah ketika Malaysia mula melonggarkan langkah-langkah berkaitan COVID-19 yang menyaksikan pelbagai sektor ekonomi memulakan semula operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Cisco berkata gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan dan aktiviti perniagaan yang berkurangan di negara ini telah menjejaskan PKS, menyebabkan mereka berusaha lebih keras untuk mengekalkan operasi selepas pandemik itu.
Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Albert Chai berkata pandemik itu telah memberikan impak besar kepada perniagaan dan perubahan dalam pemikiran apabila mereka kini lebih terbuka terhadap idea menyepadukan teknologi dalam pelbagai aspek perniagaan serta mempercepatkan perjalanan transformasi digital untuk mengharungi keadaan semasa dan mendorong pertumbuhan pada masa depan.
Beliau berkata pada masa ini, PKS menumpukan kepada teknologi untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan memulakan semula operasi dengan mematuhi panduan, membuka peluang pertumbuhan baharu dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi secara keseluruhan.
“Program baharu ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada PKS yang ingin dilengkapkan dengan peralatan dan penyelesaian yang diperlukan untuk mempercepatkan perniagaan mereka dalam era digital baharu. Ini akan memudahkan PKS tempatan untuk memulakan perjalanan mereka.
“Ketika dunia mengharungi ketidaktentuan ekonomi, kami di Cisco komited untuk menjalankan tugas bagi meringankan beban PKS di Malaysia,” kata Chai.
Program pembiayaan sifar peratus itu akan memberikan PKS akses kepada pengupaya teknologi yang diperlukan daripada Cisco tanpa mengganggu belanjawan mereka.
PKS akan menikmati pelan sewaan pembayaran penuh selama tiga tahun dengan membuat pembayaran yang sama selama 36 bulan bagi pembelian dari Cisco yang berharga antara US$20,000 dan US$300,000 (RM85,600 dan RM1.28 juta) dan akan memiliki sepenuhnya peralatan itu ketika tempoh kontrak berakhir.
— BERNAMA
The post Cisco lancar program pembiayaan sifar peratus untuk PKS Malaysia appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/08/cisco-lancar-program-pembiayaan-sifar-peratus-untuk-pks-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Melonjak 18 2 Peratus Pada Mei

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Melonjak 18 2 Peratus Pada Mei

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR 9 JULAI Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia melonjak 18 2 peratus pada Mei 2020 berbanding bulan sebelumnya memandangkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka oleh kerajaan menurut Jabatan Perangkaan Ketua Perangkawan Datu...
Diskaun 20 Peratus Tiket Malaysia Airlines Cara Dapatkan Kod Promo

Diskaun 20 Peratus Tiket Malaysia Airlines Cara Dapatkan Kod Promo

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 542 hits
DISKAUN 20 PERATUS TIKET MALAYSIA AIRLINES CARA DAPATKAN KOD PROMO Berita gembira kepada pelajar guru dan pensyarah bakal menerima diskaun 20 peratus bagi tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad untuk penerban...
Daftar Program 100 Go Digital Untuk Usahawan Pks

Daftar Program 100 Go Digital Untuk Usahawan Pks

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 588 hits
DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL UNTUK USAHAWAN PKS Program 100 Go Digital yang dilancarkan Malaysia Digital Economy Corporation Ia dilancarkan untuk memberi pendedahan dan kemahiran pemasaran digital kepada usahawan IKS APA ITU PROGRAM 100 GO...
Pembiayaan Selangor Advanse Pks Cara Permohonan Semakan Kelulusan Online

Pembiayaan Selangor Advanse Pks Cara Permohonan Semakan Kelulusan Online

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 535 hits
PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANSE PKS CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELULUSAN ONLINE APA ITU PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANSE PKS Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif pembiayaan Selangor Advance bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana di...
234 Rakyat Malaysia Terkandas Di Arab Saudi Selamat Tiba

234 Rakyat Malaysia Terkandas Di Arab Saudi Selamat Tiba

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Seramai 234 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12 51 tengah hari tadi Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata semua mereka berangk...
Laporan Portal Malaysia Kini Beri Gambaran Negatif Terhadap Zahid Hamidi

Laporan Portal Malaysia Kini Beri Gambaran Negatif Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 567 hits
RM447 000 di isu Cergas Murni untuk bayar gangster tiada kaitan dengan tertuduhSEKALI lagi laporan portal berita Malaysia Kini terhadap kes perbicaraan membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran negatif terhadap Presiden ...
Maritim Malaysia Buka Kertas Siasatan Tragedi Bot Terbalik

Maritim Malaysia Buka Kertas Siasatan Tragedi Bot Terbalik

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 343 hits
Bernama Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob bersama pegawai berbincang sebelum meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot terbalik di Muara Kuala Kemasin Bernama BACHOK Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sudah membuka ke...
Malaysia And Singapore To Decide On Travel Bubble Passenger Categories

Malaysia And Singapore To Decide On Travel Bubble Passenger Categories

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 327 hits
Malaysia and Singapore are set to announce which passenger categories will be allowed to travel between the two neighbouring countries During his Covid 19 briefing today Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah shared that t...
Agresifnya Pendakyah Kristian Di Malaysia

Agresifnya Pendakyah Kristian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 402 hits
Disebabkan beberapa kes mahkamah antara saya dan pemimpin DAP adalah melibatkan isu Kristianisasi di Malaysia saya telah membeli dan membaca buku buku tertentu untuk lebih mendalami isu ini Antara buku yang baru sahaja saya beli dan baca ad...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video