Maritim Malaysia Buka Kertas Siasatan Tragedi Bot Terbalik


Bernama  Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob (dua, kanan) bersama pegawai berbincang sebelum meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot terbalik di Muara Kuala Kemasin. - Bernama
BACHOK: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah membuka keratas siasatan berhubung tragedi bot terbalik di perairan Kemasin, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata kertas siasatan itu dimulakan sejak hari pertama kejadian dengan melihat pelbagai sudut terutama menjurus kepada kemalangan yang berlaku di laut

"Penemuan daripada hasil siasatan itu akan digunakan untuk kepentingan bersama apabila kejadian serupa berlaku," katanya pada sidang media hari kelima kejadian bot karam di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 71 anggota pelbagai agensi dan nelayan tempatan diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 450 batu nautika persegi bagi mencari dua lagi mangsa yang belum ditemui iaitu Arman Ismail, 43, dan Encik Wadi Bakar, 45

BACA: Mayat keenam tragedi bot terbalik di Bachok ditemui

Bagi memastikan operasi menyelamat lebih berkesan, Muhd Nur Sham berkata pihaknya tidak akan mengurangkan anggota bertugas sebaliknya meningkatkan jumlah aset termasuk menggunakan helikopter.

"Untuk esok, operasi akan diperluaskan menjurus ke Pulau Perhentian... kita juga akan menggunakan khidmat helikopter bagi memantau keadaan dari udara.

"Kita juga meminta rakan nelayan yang berada di laut untuk turut sama memerhatikan kemungkinan terjumpa mangsa," katanya.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, sebuah bot dinaiki 20 pemancing termasuk tekong terbalik dibadai ribut kerana ombak besar di kawasan tersebut. Kejadian itu meragut enam nyawa, 12 lagi terselamat manakala dua lagi masih hilang.

Operasi hari kelima ditangguhkan pada jam 7 malam dan akan disambung semula 6 pagi esok.
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/maritim-malaysia-buka-kertas-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Bot Terbalik Satu Lagi Mangsa Maut Ditemui Pagi Tadi

Tragedi Bot Terbalik Satu Lagi Mangsa Maut Ditemui Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 603 hits
Bachok 30 Jun Satu lagi mayat mangsa bot terbalik di perairan Bachok ditemui pasukan penyelamat pada 8 pagi hari ini Menurut laporan jenazah mangsa telah tiba di Jeti Projek Pemasaran Ikan Kuala Kemasin pada 2 15 petang tadi Dalam kejadian ...
Tragedi Bot Terbalik Saya Berpaut Pada Pelampung Pukat Mangsa

Tragedi Bot Terbalik Saya Berpaut Pada Pelampung Pukat Mangsa

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 339 hits
SEBAIK bot yang kami naiki terbalik saya terus mencapai pelampung pukat untuk menyelamatkan diri selain sempat menarik seorang lagi mangsa yang juga selamat dalam kejadian itu kata Muhammad Faris Ramli 22 Muhammad Faris seorang daripada 12 ...
Isteri Dah Merayu Untuk Tidak Ke Laut Tak Sangka Suami Akhirnya Mati Lemas Dalam Tragedi Bot Terbalik

Isteri Dah Merayu Untuk Tidak Ke Laut Tak Sangka Suami Akhirnya Mati Lemas Dalam Tragedi Bot Terbalik

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 360 hits
Saya sudah merayu kepadanya untuk tidak ke laut namun dia tetap berkeras untuk pergi juga kata Rosmaliza Rosdin 42 isteri kepada seorang lelaki yang lemas selepas bot yang dinaiki 20 pemancing termasuk tekong dan awak awak terbalik selepas ...
Mayat Ke 7 Tragedi Bot Terbalik Ditemukan

Mayat Ke 7 Tragedi Bot Terbalik Ditemukan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 449 hits
Mayat ke 7 tragedi bot terbalik ditemukan nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jul 2020 3 47PM
4 Pemancing Tragedi Bot Karam Masih Hilang Foto Terakhir Undang Sebak

4 Pemancing Tragedi Bot Karam Masih Hilang Foto Terakhir Undang Sebak

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 298 hits
Keterujaan sekumpulan pemancing mencandat sotong bertukar tragedi setelah bot dinaiki mereka terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin di Bachok Dalam kejadian itu empat pemancing maut empat lagi h...
Sekurang Kurangnya 28 Maut Tragedi Feri Terbalik Di Bangladesh

Sekurang Kurangnya 28 Maut Tragedi Feri Terbalik Di Bangladesh

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 268 hits
Dhaka Anggota penyelam menemukan sekurang kurangnya 28 mayat selepas sebuah feri penumpang terbalik di Bangladesh kata seorang pegawai pada Isnin lapor agensi berita Anadolu Puluhan lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat di...
Satu Mayat Warga Indonesia Mangsa Kejadian Bot Terbalik Ditemui

Satu Mayat Warga Indonesia Mangsa Kejadian Bot Terbalik Ditemui

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 306 hits
Johor Bahru Polis Pengawal Pantai Singapura telah menemui mayat seorang wanita hari ini yang merupakan salah seorang daripada tiga warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Piai dekat Pontian semala...
Cuba Lari Dari Apmm Tiga Pati Jatuh Ke Laut Setelah Bot Terbalik Di Perairan Tg Piai

Cuba Lari Dari Apmm Tiga Pati Jatuh Ke Laut Setelah Bot Terbalik Di Perairan Tg Piai

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 418 hits
JOHOR BAHRU 7 Julai Tiga pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dipercayai jatuh ke laut apabila bot yang dinaiki mereka terbalik ketika cuba melarikan diri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Piai dekat ...
Siasatan Terowong Ghaib Lim Guan Eng Di Buka Semula Bekas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan

Siasatan Terowong Ghaib Lim Guan Eng Di Buka Semula Bekas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 743 hits
Antara kes berprofil tinggi yang sangat sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk di bawa ke mahkamah ialah kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau ...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Melayu Terbahagi 4

Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng

Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants