Ciri Ciri Pusat Sumber Sekolah Yang Baik


CIRI-CIRI SEBUAH PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BAIK

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini

Sajak ‘Di Perpustakaan’ oleh Shafie Abu Bakar’ ini sudah cukup menggambarkan kepada kita tentang maknanya dan fungsi perpustakaan yang dahulunya dikenali juga sebagai khutubkhanah. Perpustakaan merupakan sebuah bangunan ataupun bilik yang mengumpulkan bahan-bahan bacaan sama ada berbentuk fiksyen ataupun ilmiah. Dalam era globalisasi ini, fungsi perpustakan menjadi lebih vital dan bukan sekadar gedung buku malah ruang lingkup mengandungi pelbagai kemudahan di satu tempat yang dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah. Apabila kita bercakap tentang pusat sumber sekolah, kita perlu fokus kepada pusat sumber yang selesa dan kondusif untuk seluruh warga sekolah. Janganlah hanya sekadar ada pusat sumber sahaja, tetapi situasinya amat mengecewakan. Pihak sekolah seyogia berusaha menampilkan pusat sumber yang benar-benar berfungsi sebagai pusat sumber kerana saya  berpendapat hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau usaha digandakan sudah pasti  sebuah pusat sumber idaman dapat direalisasikan. Saya mahukan sebuah pusat sumber yang fungsional, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, yang hanya ada label pusat sumber tetapi kosong tidak berpengunjung. Terdapat banyak ciri pusat sumber yang baik. Mari kita telusuri bersama-sama akan ciri-ciri pusat sumber yang baik.
Sebagai pembuka tirai perbincangan, sebuah pusat sumber yang baik, letaknya wajar di kawasan sekolah yang benar-benar strategik. Lokasinya yang strategik dapat menarik kunjungan berkala warga sekolah. Pelajar tidak akan teruja pergi ke pusat sumber kalau letaknya nun jauh di sudut sepi, di belakang sekolah, diletakkan pula  bersebelahan dengan tempat pelupusan sampah sekolah atau diletakkan nun jauh di puncak bangunan sekolah di tingkat lima bangunan sekolah tanpa ‘lift’ atau eskalator, pelajar terpaksa memanjat ratusan anak tangga untuk sampai ke pusat sumber sekolah. Saya cadangkan pusat sumber diletakkan di tingkat paling bawah, di bahagian depan bangunan sekolah, bersebelahan taman, atau pusat rekreasi sekolah. Suasana cukup nyaman dan indah. Sambil mengulang kaji pelajaran, pelajar boleh menikmati panorama sekolah yang indah lagi menakjubkan. Yang jelas ciri paling utama sebuah pusat sumber ialah lokasinya yang strategik yang memukau kehadiran dan kunjungan pelajar ke pusat sumber sekolah.
Hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah kemudahan bahan bacaan yang mencukupi merupakan ciri unggul sebuah pusat sumber sekolah. Bahan bacaan, bahan rujukan, cd, rakaman video, akhbar dan majalah mencukupi untuk kemudahan dan keperluan pengunjung setia pusat sumber sekolah. Perkhidmatan kaunter pinjaman yang profesional yang terdiri daripada pengawas pusat sumber yang terlatih dan Guru Pusat Sumber yang berwibawa sentiasa memantau perjalanan dan pengurusan pusat sumber agar memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Semua bahan bacaan mempunyai kod dan rekod dari segi jumlah dan spesifikasi mata pelajaran. Kalau untuk Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi, ada kodnya yang tersendiri begitulah untuk buku-buku bagi subjek yang lain. Akhbar dan majalah pula disediakan yang terkini dan mencukupi untuk tatapan dan bacaan pelajar. Ternyata kemudahan yang mencukupi  merupakan ciri eksklusif pusat sumber yang menggamit kehadiran pelajar untuk datang dan pergi dan datang kembali ke pusat sumber sekolah.
Tidak dapat saya nafikan pula, ciri pusat sumber yang baik ialah pusat sumber yang dihebahkan, dipromosikan, disebarluaskan mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti kemudahan Intenet berkelajuan jalur lebar, pendingin udara yang sejuk selesa, kipas dan lampu, kerusi meja yang mencukupi, rak buku yang kemas teratur, jendela yang luas dengan hiasan langsir yang sederhana indah. Dalam panorama yang unik menarik, pelajar pasti akan menjadikan pusat sumber sebagai tempat menelaah, menyelidik, membuat ulangkaji atau berdiskusi di ruang legar yang disediakan khusus oleh pengurusan pusat sumber. Kemudahan menggunakan Internet diberikan mandat seluas-luasnya kepada  semua pengunjung pusat sumber. Pusat sumber jua memaparkan peraturan dan disiplin pada dinding utama pusat sumber, yang perlu dipatuhi ketika berada di pusat sumber sekolah. Jadi, saya yakin, kemudahan asas yang serba-serbinya lengkap menjadi penanda aras  sebuah pusat sumber yang baik.
Kesimpulannya memang sebuah pusat sumber yang baik menjadi idaman setiap pelajar sekolah. Pelajar menjadi pengunjung setia pusat sumber sekolah. Saya amat bersyukur kerana pusat sumber sekolah saya mempunyai ciri-ciri unggul sebuah perpustakaan sekolah, apatah lagi  pusat sumber sekolah saya telah dinobatkan sebagai pusat sumber terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/11/ciri-ciri-pusat-sumber-sekolah-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ciri Ciri Wanita Baik Untuk Pasangan Hidup

10 Ciri Ciri Wanita Baik Untuk Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 505 hits
Berbagi 10 Mampu memiliki sosok wanita yang baik sebagai pendamping hidup merupakan dambaan setiap pria dan mungkin saja anda yang membaca info ini Wanita yang tepat adalah wanita yang bisa membuatmu bertumbuh menjadi pria yang lebih baik B...
Johor Komited Tambah Baik Infrastruktur Prasarana Sekolah Agama Seluruh Negeri

Johor Komited Tambah Baik Infrastruktur Prasarana Sekolah Agama Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 380 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kelantan Tidak Mampu Urus Ekonomi Dengan Baik Guan Eng

Kelantan Tidak Mampu Urus Ekonomi Dengan Baik Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta bagi membayar gaji kakitangan awam di negeri itu Kata...
Pandang Pertama Tronsmart Spunky Beat Cukup Baik Tetapi Belum Sempurna

Pandang Pertama Tronsmart Spunky Beat Cukup Baik Tetapi Belum Sempurna

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 370 hits
Tronsmart adalah adalah satu syarikat yang hadir dengan TWS tersendiri Dalam artikel lepas telah saya ulas Tronsmart Spunky Pro iaitu variasi TWS mereka yang Pro Ia bersaiz kecil ringan tetapi padat dengan fungsi dan boleh dikatakan hebat T...
Mitra Driver Sambut Baik Gojek Rangkul Aksi Positif Komunitas

Mitra Driver Sambut Baik Gojek Rangkul Aksi Positif Komunitas

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 303 hits
Solidaritas sesama mitra driver berinisiatif untuk menjaga amanah kota dengan membentuk GBRP tersebut Saat ini sudah ada 80 anggota lebih yang aktif membersihkan ranjau tiap minggunya
Akta Oku Tidak Cukup Taring Perlu Ditambah Baik Kata Ras Adiba Radzi

Akta Oku Tidak Cukup Taring Perlu Ditambah Baik Kata Ras Adiba Radzi

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 425 hits
Akta OKU 2008 perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilindungi kata Ras Adiba Radzi Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LUMPUR 11 Nov Akta Orang Kurang Upaya 2008 sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilind...
Sederhana Cantik Dan Baik Ini Deretan Artis Indonesia Hobi Pakai Daster

Sederhana Cantik Dan Baik Ini Deretan Artis Indonesia Hobi Pakai Daster

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 497 hits
Deretan artis Indonesia yang memakai daster pasti enggak akan bisa lepas dari kecantikannya Seperti istri Ruben Onsu Sarwendah
Kembali Semula Ke Sekolah Setelah 27 Tahun

Kembali Semula Ke Sekolah Setelah 27 Tahun

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 575 hits
Setelah 27 tahun berlalu akhirnya kami dipertemukan semula dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang Biarpun tidak semua dapat bersama sama dalam majlis ini tapi kehadiran rakan rakan satu kelas dan satu sekolah amat bermakna Lebih menarik lagi m...
Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Mcdonald S Malaysia

Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 683 hits
OK Ini satu lagi usaha murni daripada McDonald s Malaysia untuk pendidikan anak anak di negara kita Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia McDonald s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya Persatuan Kebajikan Ronald McDonald tela...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti