Ciri Ciri Program Affiliate Yang Perfect Untuk Anda Sertai


Apa beza antara program affiliate dengan program referral?
 
Saya rasa, kedua-dua ini lebih kurang sama sahaja. Hanya nama sahaja yang berbeza.
 
Cara kerja, lebih kurang sama. Sistem upah (reward) hampir sama. Namun jika kita perhalusi, kedua-dua konsep ini memang ada perbezaan.
 
Ringkasnya, dalam program affiliate kita akan dibayar apabila berjaya menghasilkan jualan dan pelanggan yang kita sasarkan biasanya adalah terdiri daripada individu yang kita tak kenali. Kita target kelompok pelanggan yang menepati ciri-ciri tertentu dari pelbagai lokasi misalnya.

Manakala dalam situasi program referral atau rujukan, kita mengajak individu yang kita kenali, sama ada mereka ini adalah ahli keluarga, saudara terdekat atau kenalan untuk menjadi pelanggan, daftar sebagai ahli atau menjadi pengguna perkhidmatan tertentu.
 
Artikel kali ini, saya nak kongsikan kepada anda semua, beberapa ciri program affiliate (atau referral) yang saya boleh klasifikasikan sebagai PERFECT. Kalau terjumpa program affiliate yang menepati kriteria macam yang saya senaraikan dekat bawah ini, saya syorkan anda join.

 
Buat betul-betul, fokus, dan In Shaa Allah anda juga bakal dapat raih komisen yang lumayan menerusi program tersebut.
 
(1) Program affiliate tersebut menawarkan komisen affiliate yang berulang (recurring commision) Maksudnya sekali kita buat jualan pada pelanggan tersebut, kita akan dapat nikmati komisen dari dia sepanjang hayat, atau setidak-tidaknya sampai satu tempoh masa.
 
Komisen berulang ini biasanya dikaitkan dengan elemen subscription atau langganan terhadap perkhidmatan tertentu. Macam sebelum ini, saya sertai program rujukan Tone Excel WOW.
 
Selagi mana pelanggan tersebut masih lagi menggunakan simkad TE dan masih lagi melakukan tambah nilai, maka selagi itulah saya layak untuk menerima komisen dari dia. Sekarang ini dah agak susah nak cari program affiliate atau rujukan yang menawarkan struktur komisen seperti ini.
 
(2) Mempunyai ciri berbilang tingkat (tier-affiliate program) Ciri berbilang tingkat ini kalau nak memudahkan kefahaman, tengok bisnes jenis Multilevel Marketing atau singkatannya MLM.
 
Ada level-level tertentu. Upline boleh dapat over riding komisen dari downline. Seronoknya program affiliate macam ini, kita boleh dapat passive income, walaupun dah agak jarang buat kerja-kerja pemasaran.
 
Saya pernah menulis tentang program affiliate yang menawarkan lebih dari satu level komisen sebelum ini.
Jemput baca disini ya: Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat 
 
(3) Proses pengesahan komisen yang pantas Perkara ini walaupun saya tak berapa suka, namun saya sedia maklum ianya adalah perkara yang perlu.
 
Sesetengah pengendali program affiliate, akan meletakkan tempoh 30 hari untuk proses pengesahan komisen. Selepas itu, komisen akan dibayar pada bulan seterusnya.
 
Proses ini sahaja adakalanya boleh mengambil masa hampir 60 hari. Ia agak lama dan sebagai affiliate, kita rasa tertunggu-tunggu duit komisen.
 
Sebenarnya tempoh 30 hari itu diperlukan, bagi memberi masa kepada pelanggan. Ada sesetengah produk menawarkan jaminan pulangan wang balik dalam masa 30 hari. Jika pelanggan tak minta refund, maka komisen akan dibayar.
 
Namun kalau dalam masa 30 hari tu, pelanggan minta wang dikembalikan, maka komisen kita akan dibatalkan untuk transaksi tersebut.
 
(4) Pembayaran komisen ke akaun bank yang sentiasa tepat waktu Untuk point ini, saya puji program affiliate yang dikendalikan oleh pihak Klikjer. Biasanya bayaran komisen akan mula dikreditkan ke akaun bank pada setiap minggu pertama.

Minggu pertama pada setiap bulan itu ibarat hari gaji bagi para affiliate klikjer. 
 
Bila bayaran dibuat pada satu sela masa yang konsisten, jadi lagi mudah untuk kita atur rancangan, sama ada untuk pergi bercuti bersama keluarga, bayar hutang dan sebagainya.
 
(5) Produk yang dijual adalah produk keperluan Satu perkara yang saya suka mengenai produk keperluan ini ialah kita tak perlu nak bersusah payah menerangkan tentang kelebihan, manfaat, dan ciri-ciri produk kepada bakal pelanggan.
 
Cukup sekadar kita beritahu, apa produk yang dijual. Oleh sebab produk tu sememangnya produk keperluan, mereka memang sudah faham tentang produk tersebut.
 
(6) Pelanggan dapat membeli pelbagai produk dalam satu masa Sekiranya produk dijual menggunakan laman web berkonsepkan ecommerce, biasanya dalam sesebuah laman web itu akan ada banyak produk yang dijual.
 
Tengok laman web Lazada, Shopee, dan juga bookcafe sebagai contoh. Pelawat yang melayari laman web tersebut dihidangkan dengan macam-macam produk.
 
(7) Pelanggan yang sama ada kebarangkalian untuk beli lagi produk (repeat order) di masa akan datang Faktor repeat order ini juga merupakan salah satu faktor atau ciri yang penting. Produk digital seperti ebook ataupun perisian, lazimnya pelanggan hanya akan beli sekali sahaja.
 
Ini secara tak langsung menutup peluang kita untuk dapatkan komisen dari pelanggan yang sama berulang kali.
 
(8) Kadar permohonan bayaran balik (refund) yang rendah Kadang-kadang rekod komisen yang telah dijana terpaksa dibatalkan sebabnya pelanggan yang buat tempahan produk telah meminta refund.
 
Ada macam-macam sebab kenapa pelanggan meminta bayaran wang balik. Misalnya, pelanggan tak puas hati pada kualiti produk, produk rosak, produk tak sama seperti yang ditempah dan sebagainya.
 
Memandangkan pelanggan telah meminta wang miliknya semula, maka tiadalah komisen untuk kita.
 
(9) Kemudahan dan kepelbagaian cara pembayaran ketika pembelian dilakukan Mudahkan pelanggan buat bayaran, maka akan ada lagi ramai pelanggan akan buat pembelian. Saya ambil contoh jika anda ingin buat pembelian dari laman web Lazada Malaysia.

Pelanggan yang nak buat bayaran untuk produk yang dibeli di Lazada, boleh bayar menggunakan kad debit, kad kredit, Lazada Wallet, bank transfer dan kalau nak bayar melalui 7-eleven pun boleh juga.
 
(10) Tak perlu bayar apa-apa untuk join program affiliate tersebut Umumnya program affiliate adalah percuma. Jika kita berminat nak sertai program affiliate, kita tak perlu bayar apa-apa untuk daftar sebagai ejen.
 
Kita akan buat kerja tanpa sebarang upah, dan hanya akan menerima bayaran jika berjaya buat jualan, tiba-tiba kena bayar pula untuk jadi ejen. Ini satu benda yang agak melampau sedangkan kita dah buat kerja pemasaran secara percuma untuk syarikat pengendali program affiliate tersebut.
 
Sebenarnya, saya juga berpendapat, program affiliate yang perlu bayar untuk join ini adalah sesuatu yang agak bagus juga.
 
Kalau program yang kena bayar baru boleh jadi affiliate, biasanya persaingan antara sesama ejen adalah kurang berbanding yang percuma untuk disertai. Jadi kebarangkalian untuk dapat lagi banyak komisen juga lebih tinggi, memandangkan kurang persaingan sesama ejen.
 
(11) Tidak perlu jual apa-apa produk atau servis untuk layak dapat komisen Program affiliate jenis CPA (cost per action) atau PPL (pay per lead) tidak memerlukan kita untuk buat jualan untuk melayakkan kita dapat komisen.

Kalau anda minat program affiliate yang seumpama ini, bolehlah sertai program affiliate Adhance.my ataupun program referral Involve Asia.
 
(12) Penghantaran produk dilakukan dalam masa yang pantas Kalau produk digital, lazimnya produk akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh masa 24 ke 48 jam. Kalau ambil masa sampai 48 jam, itu satu standard penghantaran produk digital yang sangat teruk.
 
Manakala untuk produk fizikal, saya kira kalau 3 – 5 hari bekerja, adalah satu tempoh masa yang munasabah.
 
Tempoh masa untuk penghantaran ini adalah satu perkara yang penting untuk diperhatikan, kerana ia akan memberi kesan kepada komisen yang kita telah hasilkan. Kalau barang sampai terlalu lama dan pembeli tak puas hati, ada kemungkinan pelanggan itu tadi akan batalkan pesanan.
 
Saya doakan semoga artikel yang ringkas ini bermanfaat untuk anda. Saya doakan juga semoga anda berjaya memperolehi komisen bagi setiap program affiliate yang anda sertai.
 
 
The post Ciri-ciri Program Affiliate yang PERFECT untuk anda sertai appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/program-affiliate-yang-bagus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Pembayaran Komisen Ketiga Dari Program Affiliate Involve Asia

Terima Pembayaran Komisen Ketiga Dari Program Affiliate Involve Asia

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 444 hits
Alhamdulillah saya dah selamat terima income ketiga dari Involve Asia Pembayaran kali ketiga ini agak memuaskan berbanding dengan bayaran bayaran komisen sebelum ini Untuk yang tak berapa tahu tu program affiliate Involve Asia adalah salah ...
Dari Zero Ke Jutawan Jom Sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

Dari Zero Ke Jutawan Jom Sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 398 hits
Dari Zero Ke Jutawan Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman l Assalamualaikum Mesti ada antara kita pernah atau sedang lalui saat saat kesempitan kewangan kan Terasa betapa berat dan susahnya hidup kan Sampai buntu tak tau n...
Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 678 hits
Setiap tahun kita pasti berazam untuk berjaya dalam hidupkan tapi selalu terbabas tak tau hala tuju dan matlamat Kita inginkan hidup yang bebas dari masalah kewangan tekanan kehidupan perniagaan dan peribadi tapi tak tahu macam mana menguru...
Program Sesi Bantuan Dan Nasihat Guaman Percuma Di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson Jom Sertai

Program Sesi Bantuan Dan Nasihat Guaman Percuma Di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson Jom Sertai

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 436 hits
ADMIN Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson Jom sertai Mohon like page untuk maklumat dan jadual terkini Ahli Parlimen Port Dickson
Dakwaan Rtm Tidak Buat Liputan Program Kerajaan Sarawak Adalah Tidak Benar

Dakwaan Rtm Tidak Buat Liputan Program Kerajaan Sarawak Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 16 Mei Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyifatkan Radio Televisyen Malaysia Sarawak telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dalam memberikan liputan kepada semua pihak termasuk jemaah menteri dan Kerajaan Negeri Sar...
Akademik Cadangan Hapus Program Matrikulasi Cetus Kemarahan Orang Melayu

Akademik Cadangan Hapus Program Matrikulasi Cetus Kemarahan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 353 hits
May 15 2019 8 55 AMAhli akademik Teo Kok Seong berkata program matrikulasi adalah sebahagian daripada perlembagaan negara dan kontrak sosial PETALING JAYA Seorang ahli akademik berkata cadangan menutup kolej matrikulasi hanya akan mencetusk...
Rm60 000 Untuk Program Imarah Masjid Surau Islam Terancam Kata Umpas

Rm60 000 Untuk Program Imarah Masjid Surau Islam Terancam Kata Umpas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 382 hits
Pada 14 Mei 2019oleh PENTADBIRKeprihatinan wakil rakyat DAP Parlimen Bentong terhadap pembangunan masjid dan surau diteruskan sempena Ramadan ini menerusi program penyampaian sumbangan kepada rumah ibadat terbabit sekitar daerah Bentong Dal...
Program Ziarah Cakna Ke Rumah Murid

Program Ziarah Cakna Ke Rumah Murid

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 703 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 13 Mei 2019 PK HEM Skkk2 bersama Unit Kaunseling telah mengadakan lawatan ke rumah murid Skkk2 bersama beberapa orang guru bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu murid yang telah kematian suami Terima k...
Zalora Free Shipping Program

Zalora Free Shipping Program

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 263 hits
Zalora Free Shipping ProgramZalora Free Shipping ProgramZalora Free Shipping Program
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025