Cincin Ketat Kasut Tak Muat Jangan Cemas Ibu Hamil Mungkin Alami Water Retention


Kebanyakan wanita hamil pasti akan melalui keadaan di mana ada anggota badan yang membengkak terutamanya jika kandungan mulai membesar. Ia adalah situasi yang normal jika seseorang wanita hamil mengalami rasa kebas dan bengkak pada bahagian-bahagian tertentu pada tuuh mereka. Ia disebabkan water retention dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan serba sedikit tentang keadaan ini.
PUNCA TANGAN, KAKI DAN LIDAH MENJADI BENGKAK DAN KEBAS SEMASA HAMIL “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor”.
Wa alaikum mus salam. Wanita yang hamil, biasa akan mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki, mulut dan lidah.
Artikel Menarik: [Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya, Boleh Ke ‘Survive’ Lepas Minum Tanpa Termuntah]
Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas dan akan hilang sebaik saja anak yang dikandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.
PUNCA KEBAS BERBEZA SEMASA HAMIL Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian badan yang terlibat. Jika ia melibatkan bahagian tangan, selalunya disebabkan oleh Carpal Tunnel Syndrome, terutamanya bagi wanita yang banyak menggunakan tangan atau jari. Air dalam tisu di tangan, menyebabkan bengkakan dan memberikan tekanan pada saraf meridian (meridian nerve) sehingga rasa kebas.
Selain daripada tangan, Carpal Tunnel Syndrome juga boleh menyebabkan kebas di jari dan juga bahu. Keadaan ini selalunya bermula pada usia kehamilan berlaku pada trimester pertama dan boleh menjadi lebih buruk pada trimester kedua.
BENGKAK & KEBAS PADA LIDAH Ada juga wanita yang hamil yang mengalami rasa bengkak dan kebas pada lidah atau mulut mereka. Ini berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu. Wanita hamil lebih mudah mengalami alahan pada makanan berbanding dengan wanita lain.

Kaki bengkak dan kebas pada kaki juga disebabkan hal yang sama, seperti tangan. Rasa kebas ini boleh menjadi lebih buruk, selepas berjalan atau selepas duduk diam atau berbaring untuk waktu yang lama.
Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]
Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku dan perlu diperiksa oleh doctor. Ia boleh disebabkan oleh masalah saraf yang lebih serius seperti ‘sciatica’. Saya tidak menggalakkan puan menggunakan sebarang ubat semasa hamil, lagipun kebanyakan kes ia akan hilang sendiri selepas melahirkan anak nanti.

Walau bagaimanapun, jika keadaan ini bertambah teruk atau berterusan selepas melahirkan anak, saya mencadangkan puan berunding dengan doctor yang merawat puan.
Wallahu a’lam.
Artikel Menarik: [Hati Lembu Memang Sedap Dimakan, Tapi Awas Ibu Hamil! Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim]
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah bengkak dan kebas pada anggota badan. Sekiranya didapati keadaan menjadi ‘luar biasa’, jangan bertangguh untuk merujuk masalah anda kepada doktor.
The post Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cincin-ketat-kasut-tak-muat-jangan-cemas-ibu-hamil-mungkin-alami-water-retention/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 441 hits
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa Malah setiap ibu hamil alahan mereka juga berbeza beza Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan ...
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 361 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 518 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Media Sosial Membuat Seorang Ibu Milenial Lebih Rentan Alami Kecemasan

Media Sosial Membuat Seorang Ibu Milenial Lebih Rentan Alami Kecemasan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 204 hits
Saat seseorang menjadi ibu level kecemasannya memang meningkat drastis Faktor eksternal seperti komentar di media sosial atau melihat influencer tak dipungkiri juga berdampak pada kondisi psikis
Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 378 hits
Tabiat minum kopi memang sesuatu yang sukar dielakkan terutamanya jika seseorang itu hantu kopi Rasa seperti tidak lengkap jika tidak menikmati minuman beraroma itu dalam sehari Apabila seseorang wanita hamil dan kebetulan pula dia penggema...
Pelanggan Celcom Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan Panggilan Dan Data Sehingga 13 Disember

Pelanggan Celcom Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan Panggilan Dan Data Sehingga 13 Disember

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 416 hits
https ift tt eA8V8J kini pihak Celcom telah mengeluarkan notis rasmi mengatakan pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom mungkin mengalami gangguan pada perkhidmatan data dan panggilan dari 9 Disember hingga 13 Disember 2019 kelak Gangguan ...
5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir Yang Cik Suami Perlu Tahu

5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir Yang Cik Suami Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 326 hits
Bencana alam seperti banjir adalah satu situasi yang tidak boleh dijangka Paras air boleh meningkat secara mendadak jika hujan tidak turun tidak henti henti Ekoran dari kejadian banjir banyak rumah yang tenggelam dan juga penduduk yang dipi...
17 Ibu Hamil Di Semarang Tertular Hiv Aids Gara Gara Suami Doyan Main Psk

17 Ibu Hamil Di Semarang Tertular Hiv Aids Gara Gara Suami Doyan Main Psk

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 185 hits
17 Ibu Hamil di Semarang Tertular HIV AIDS Gara Gara Suami Doyan Main PSK Saat ini pihaknya sedang memantau proses kelahiran anak dari ibu yang tertular HIV AIDS tersebut Ia mengupayakan agar anaknya tidak tertular dengan berbagai antisipas...
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 281 hits
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan Macam macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi a...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos