Cina Pun Menyampah Dong Zong Rasis
siti hafidah 'Patut bantu orang Cina jadi rakyat Malaysia bukan Tanah Besar'
BANGI – Tidak semua masyarakat Cina negara ini bersetuju dengan sikap kumpulan pendesak Cina, Dong Zong yang kerap mencetuskan kontroversi, termasuk membantah pembelajaran jawi di sekolah vernakular
Tinjauan Ismaweb mendapati, rata-rata pengguna media sosial menyampah dengan kumpulan pendesak Cina itu malah menyarankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengharamkan Dong Zong
“Siapa Dong Zong untuk mendakwa mewakili masyarakat Cina? Adakah kita benarkan mereka mewakili kita? Tidak masuk akal,” kata Angelica Chay
Sementara Toh Cheng See pula mengakui tidak pernah menyukai Dong Zong, bahkan meminta ‘keyboard warrior’ menghormati pendapat orang lain dan bersetuju setiap individu mempunyai idea yang berbeza
“Sesetengahnya pelik, anda hanya mempunyai idea yang berbeza namun mereka akan mempersoalkan malah menghentam anda,” kata beliau
Bahkan ada juga pengguna media sosial daripada kaum India membidas Dong Zong, berikutan tindakan biadab mereka membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular
“Kewujudan mereka tiada kredibiliti. Kebanyakan orang Cina fikir jawi adalah Islam
“Jawi bukan Islam. Oleh itu, saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong rasis malah antikebangsaan
“Dong Zong sepatutnya membantu orang Cina di Malaysia untuk menjadi lebih rakyat Malaysia bukan kepada Tanah Besar,” kata beliau
Dong Zong sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular
Kumpulan pendesak Cina itu turut mengadakan petisyen membantah pembelajaran jawi dan khat yang dianggap sebagai langkah Islamisasi ke atas bukan Melayu di negara ini
Tun Dr Mahathir menganggap pertubuhan itu sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara, termasuk dalam isu pembinaan Sekolah Wawasan sebelum ini
Katanya, sikap sama Dong Zong dapat dilihat apabila pertubuhan itu masih membantah pembelajaran jawi dan khat di sekolah vernakukar, sedangkan keputusan itu dibuat pada 2012 oleh kerajaan terdahulu
Dr Mahathir tegas mempertahankan kenyataannya walaupun dinafikan oleh sesetengah pihak berhubung perkata itu malah berkata, Dong Zong rasis kerana selalu membuat kenyataan tanpa memikirkan perasaan kaum-kaum lain di negara ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/cina-pun-menyampah-dong-zong-rasis.html