Cikgu Terkedu Jumpa Murid Kelas Belakang Selepas 20 Tahun Di Airport




Sampai di airport, cikgu tak sangka murid kelas belakang yang diajarnya 20 tahun lalu kini sangat mengejutkan. Allahu. Baca cerita penuh. Tolong jangan abaikan artikel ni.
TIDAK CEMERLANG AKADEMIK BUKAN MAKNA GAGAL HIDUP
Semua beranggapan, jika kita cemerlang dalam akademik, masa depan akan terjamin. Kerjaya bagus, dapat beli rumah dan kereta besar serta mampu memiliki pelbagai aset yang lain.
Bagaimana dengan mereka yang tidak cemerlang akademik sebaliknya hanya cemerlang dalam bidang kemahiran? Adakah anak-anak ini tidak layak untuk hidup sempurna dan berkerjaya hebat seperti orang lain?
Perkongsian saudara FB Jumat Mat Salleh mengenai kejayaan luar biasa bekas pelajar yang kurang cemerlang akademik, memang terbaik.
Walau akademik ada kekurangan, tetapi dia mampu pakai kereta mewah. Yang penting usaha, komitmen, dedikasi, perancangan dan bijak dalam mengatur kehidupan.
Jom kita baca perkongsian ini.
JANGAN HI NA PELAJAR KELAS BELAKANG

Semalam, sebelum saya menyampaikan ceramah di salah sebuah sekolah di KB, ada majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Ketua Sektor JPN Kelantan.
Justeru itu, dalam ucaptama perasmian tersebut beliau sempat menyampaikan kisah pengalaman beliau yang juga seorang guru.
Beliau menyatakan bahawa beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 40 tahun.
Beliau menyampaikan ucapan itu di hadapan para guru-guru & pelajar sekolah berkenaan.
Antara yang menarik minat saya apabila beliau menceritakan kisah salah seorang pelajar beliau yang merupakan pelajar sekolah vokasional TVET dan hanya mengambil sijil kemahiran sahaja kerana pelajar tersebut memang tidak cemerlang dalam akademik.
Apa yang berlaku setelah 20 tahun berlalu dan pada detik itulah mereka dipertemukan semula.
Kisah pertemuan mereka bermula melalui facebook apabila suatu hari cikgu ini hendak pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu kursus dan beliau menyatakan dalam facebook sekiranya ada bekas pelajar yang berkelapangan untuk bertemu dengan beliau.
Cikgu tersebut memaklumkan ramai yang respons dan termasuklah pelajar yang beliau ceritakan.
Pelajar tersebut begitu bersungguh-sungguh hendak menjemput sendiri cikgu tersebut di Airport.
Setibanya cikgu tersebut di Airport Subang, beliau terus tunggu di pintu balai ketibaan. Tidak berapa lama datang seorang lelaki dari kejauhan melambai tangan pada beliau.
Namun, dek kerana terlalu lama tidak bersua beliau tidak cam pelajar tersebut sehinggalah pelajar tersebut menyapanya dan perkenalkan diri.
Ketika itu cikgu tersebut bertanya mana kereta yang hendak dinaiki?
Lantas pelajar itu tadi menunjukkan sebuah kereta Ferrari yang diparking tidak berapa jauh di situ.
Ketika itu, cikgu berkenaan agak terkejut namun beliau buat selamba sahaja.
Beliau menceritakan bahawa ketika sedang menaiki kereta tersebut beliau terpaksa meriba beg pakaian kerana kereta tersebut hanya ada 2 seat dan bahagian belakang agak sempit.
Pelajar tersebut bertanya adakah cikgu tersebut dah makan atau belum. Cikgu tersebut menjawab belum lantas pelajar tersebut membawanya makan di salah sebuah restoran terkemuka di KL.
Setibanya mereka di sana rupanya pelajar tersebut telah tempah makanan untuk mereka.
Ketika duduk di meja makan cikgu berkenaan melihat banyak makanan pelbagai jenis telah dihidangkan untuk mereka.
Dek kerana makanan yang terlalu banyak cikgu bertanya ada lagi ke orang lain yang akan makan bersama mereka? Namun pelajar tersebut memberitahu hanya mereka berdua dan cikgu tersebut hanya mampu tersenyum.
Ketika sedang makan pelajar tersebut bertanya pula perihal penginapan cikgu di KL. Namun cikgu berkenaan belum booking mana-mana penginapan lagi.
Usai mereka makan bersama, pelajar tersebut membawanya ke salah sebuah hotel bertaraf 5 Bintang di KL.
Pelajar tersebut membayar semua kos penginapan cikgu tersebut.
Pelajar berkenaan memberitahu cikgu tersebut beliau merupakan seorang usahawan. Pelajar tersebut sangat berterima kasih kepada cikgu tersebut kerana sentiasa memberinya dorongan dan ia menjadikan beliau seorang yang berjaya.
Demikian beliau menceritakan kepada kami betapa sebenarnya pencapaian akademik itu bukanlah semata-mata penentu kejayaan.
Beliau juga berpesan kepada guru-guru agar jangan memandang hi na pelajar yang duduk di kelas belakang.

Kerana bagi beliau mungkin ada pelajar cerdik yang berjaya sehingga bergelar Dr, Lawyer & sebagainya namun telah lupa tunduk kembali ke bumi.
Namun, ada juga pelajar yang biasa-biasa yang berjaya namun sangat menghargai guru.
Beliau juga berpesan bahawa seandainya guru ikhlas berbakti kepada anak-anak didik maka suatu saat di hujung hidup kita akan sejahtera.
Memang benar kata-kata cikgu berkenaan bahawa kejayaan itu adalah hak semua orang yang mahu berusaha.
Terima kasih saya ucapkan juga kepada guru-guru saya yang juga banyak menabur bakti kepada saya sehinggalah saya bergelar seorang motivator.
“Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang Jua.”
Sumber: GPS Bestari via Facebook Jumat Mat Salleh Master Trainer SuperbMind



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/cikgu-terkedu-jumpa-murid-kelas-belakang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 4 Tahun Maut Selepas Makan Rambutan Pernah Ada Penyakit Asma Sebelum Ini

Kanak Kanak 4 Tahun Maut Selepas Makan Rambutan Pernah Ada Penyakit Asma Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 292 hits
Seorang kanak kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN Mangsa yan...
800 Murid Di Telupid Belajar Dalam Kelas Kanopi Terbuka

800 Murid Di Telupid Belajar Dalam Kelas Kanopi Terbuka

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 294 hits
TELUPID Hari pertama persekolahan bagi lebih 800 pelajar SK Pekan Telupid berbeza dari hari biasa di dalam bilik darjah apabila mereka terpaksa belajar dalam kelas di bawah kanopi terbuka Ini kerana sebahagian bumbung bangunan di sekolah be...
Selepas 2018 Tahun 2019 Ujian Sebenar Kerajaan Ph

Selepas 2018 Tahun 2019 Ujian Sebenar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 384 hits
Dec 30 2018 0 Comments TEMPOH pemerintahan Pakatan Harapan menjelang tahun 2019 ini akan memasuki fasa kedua iaitu fasa yang mencabar dan menggugat selepas melepasi fasa bulan madu sejak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Sejak 9 Mei 2018
11 Tips Mengajar Kelas Belakang

11 Tips Mengajar Kelas Belakang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 426 hits
Mengajar kelas belakang merupakan satu cabaran buat wargapendidik Ada yang suka ada juga yang tak suka Bergantung kepadaapa niat dan tindakan kita selaku guru Saya juga pernah kongsikan 6 kelebihan mengajar kelasbelakang Dan kali ini saya c...
Baru Pagi Semalam Saya Jumpa Anak2 Saya Tiga Anak Pergi Sekelip Mata Selepas Ditelan Ombak Besar

Baru Pagi Semalam Saya Jumpa Anak2 Saya Tiga Anak Pergi Sekelip Mata Selepas Ditelan Ombak Besar

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 361 hits
Luluh hati seorang ibu dan bapa ini apabila anak mereka telah ditemui mati lemas dalam kejadian lemas di Pantai Sura Dungun Terengganu Dalam kejadian 6 40 petang semalam ketiga adik beradik ini telah mandi di pantai tersebut dengan ditemani...
Hukuman Dikenakan Serta Merta Selepas Pekerja Huawei Tweet Selamat Tahun Baru Guna Iphone

Hukuman Dikenakan Serta Merta Selepas Pekerja Huawei Tweet Selamat Tahun Baru Guna Iphone

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 338 hits
Ucapan Selamat Tahun Baru baru baru ini pada 31 Disember yang telah diucapkan oleh Huawei menerusi laman Twitter mereka telah menimbulkan kekecohan kerana pada status tersebut menunjukkan ianya dimuatnaik menggunakan iPhone Dua orang pekerj...
Sukarelawan Menangis Bawa Jenaz4h Budak 5 Tahun Ini Selepas Tahu Kisahnya

Sukarelawan Menangis Bawa Jenaz4h Budak 5 Tahun Ini Selepas Tahu Kisahnya

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 431 hits
Sukarelawan Menangis Bawa Jenaz4h Budak 5 Tahun Ini Selepas Tahu Kisahnya Semalam memetik laporan media Bernama seorang kanak kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail pada tengah malam dipercayai akibat didera ...
Mimpi Jumpa Bini No 2 Rupa2nya Dah 6 Tahun Kahwin

Mimpi Jumpa Bini No 2 Rupa2nya Dah 6 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 363 hits
Dengar cerita suami nak kahwin lagi dari mulut boleh buat kaum isteri mengamuk jadi lebih baik lah bisik awal awal pada orang rumah sebelum keadaan jadi lebih buruk Ini kalau nak ikutkan rasa marah memang jadi tak best tetapi rasanya kaum p...
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 537 hits
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian NetizenKagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula