Cikgu Jadi Runner Ambil Hantar Anak Murid Kurang Berkemampuan Ke Sekolah
Seorang insan yang bergelar guru sanggup melakukan apa sahaja demi memberi didikan yang terbaik buat anak murid mereka. Pengorbanan serta kasih sayang yang dilimpahkan mereka ini sememangnya tiada tolok bandingnya sehingga mereka ini turut dianggap sebagai ‘ibu bapa’.
Seperti kisah yang dikongsikan seorang guru ini di laman Facebooknya, dia menceritakan pengalamannya membantu seorang murid yang sedang mengalami masalah sehingga membuatkan kanak-kanak itu tidak mampu menghadirkan diri ke sekolah selama hampir dua minggu.
Dah dua minggu tak datang sekolah
Mulai hari ini kita bantu anak murid ni. Hampir 2 minggu tak datang sekolah kerana tiada kenderaan. Hanya ada sebuah motosikal yang rosak. Pergi kerja atau ke mana-mana hanya menaiki bas. Mak ayah kerja syif yang berbeza. Mak kerja pagi, ayah jaga baby 9 bulan dan 4 tahun di rumah kerana tidak mampu hantar rumah pengasuh apatah lagi taska. Mak balik malam, ayah pula pergi kerja.
‘Cikgu, maafkan kami sebab tak dapat hantar anak ke sekolah kerana ada masalah pengangkutan.’ ‘Tak apa puan, saya akan ambil dan hantar setiap hari sehingga anak puan dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah. Jangan abaikan sekolahnya kerana dia baru tahun 1. Panjang lagi perjalanan dia.’
‘Syukur alhamdulillah. Terima kasih cikgu. Maaf kerana menyusahkan cikgu.’ ‘Tak mengapa puan. Itu memang tugas kami sebagai guru.’
Jangan malu untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup. Pendidikan adalah paling utama. Belajarlah rajin-rajin. Bantu ibu bapa kamu bila besar nanti. Semoga berjaya wahai anak muridku.
Netizen terharu
Perkongsian guru ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terharu dengan usaha dan kesungguhan yang dibuat oleh pendidik itu terhadap anak muridnya.
Bahkan, mereka juga turut mendoakan agar kehidupan murid itu dan keluarganya dipermudahkan pada masa akan datang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OHBULAN
The post Cikgu Jadi ‘Runner’, Ambil & Hantar Anak Murid Kurang Berkemampuan Ke Sekolah appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/cikgu-jadi-runner-ambil-hantar-anak-murid-kurang-berkemampuan-ke-sekolah/