Aktiviti Agama Berlebihan Di Sekolah Jejas Prestasi Murid Keluh Ibu Bapa


Ibu bapa dan ahli keluarga murid yang belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yang dilihat seperti terlalu mementingkan amalan-amalan agama yang mengganggu pelajaran.
Ramai mendapati amalan ritual dan aktiviti keagamaan mencapai suatu tahap yang memberi kesan kepada prestasi akademik.
Kegiatan-kegiatan itu memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.
“Seingat kami tidak pernah anak ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok,” kata Amir, bapa seorang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor.

Ibu bapa murid-murid ini memberitahu FMT keadaannya lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Tingkatan 3 dan 5.
Mereka berkata pelajar diminta menghadiri sesi wajib solat berjemaah, serta ritual tidak wajib seperti solat tahajud, solat hajat, dan tazkirah, di mana mereka perlu bangun seawal 3 pagi.
Aduan kepada pengetua sia-sia: ibu bapa diberitahu ritual-ritual itu untuk mendapatkan “keberkatan” dan memastikan pelajar dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sekaligus menaikkan kedudukan dan nama sekolah, kata Amir kepada FMT.
“Masalahnya kedudukan sekolah tak akan naik sebab kamu nak bertanding siapa lebih Islamik, bukan siapa lebih cerdik,” tambahnya.
Aduan sama tentang bau keagamaan dan pelambangannya di sekolah-sekolah kerajaan bukan berasrama juga semakin meningkat, di sebalik perdebatan terbuka yang berterusan mengenai polarisasi dalam sistem pendidikan.
Ramai penganalisis dan pakar bimbang sekolah-sekolah kebangsaan tidak lagi berbilang kaum; pada masa sama terdapat seruan menyeru kerajaan berusaha ke arah sekolah satu aliran bagi memupuk perpaduan.
Amir, 43, juga merupakan produk MRSM. Dia gembira apabila anaknya terima tawaran memasuki sekolah lamanya, kerana yakin akan tumpuannya pada pendidikan berkualiti tinggi.
Obsesi kuasa ghaib Seorang ibu pula bercakap mengenai pengalaman luar biasa anak perempuannya dengan obsesi terhadap kuasa ghaib di sekolahnya.
Wanita itu memberitahu FMT anak perempuannya itu diminta hadir ke sesi mengusir makhluk halus kerana dia tidak dapat menyertai kelas bacaan Al-Quran kerana menghadiri kelas tambahan Biologi.
“Anak saya dituduh malas mengaji dan didakwa ada gangguan jin sehingga diruqyah ustaz tersebut. Ini sangat melampau,” katanya yang tidak mahu dinamakan.
Dia berkata guru berkenaan tetap mahu anak perempuannya menyertai kelas bacaan Al-Quran, walaupun selepas guru biologi minta pelajar itu diberi pengecualian.
“Akhirnya, anak saya gugurkan subjek tersebut ketika menduduki SPM tahun lepas,” katanya.

Amir juga sedar tentang kelas bacaan Al-Quran itu, atau Talaqqi, mengatakan ia dikenakan bayaran yuran sekolah tambahan sebanyak RM200.
FMT difahamkan oleh ibu bapa bahawa kelas Talaqqi selepas waktu sekolah sudah jadi wajib dihadiri bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4.
“Kalau tak pergi, kena denda. Kalau ambil ujian, tak lulus, kena denda juga, kemudian kena ambil ujian sekali lagi,” katanya, dan menambah pelajar yang tidak hadir ke kelas itu atau gagal ujian akan diminta menghafal ayat Al-Quran.
Haiqal terkejut apabila anak saudaranya beritahu tentang “peraturan tidak masuk akal” di sekolahnya, seperti perlu memakai seluar panjang bawah kain baju kurung sekolah; pakai kemeja T labuh ketika bersukan dan sarung tangan.
Haiqal diberitahu ini bagi mengelakkan pelajar lelaki melihat susuk tubuh pelajar perempuan.
“Kami tiada peraturan seperti ini dahulu, tetapi masih berjaya menjaga diri sendiri dan berpakaian dengan baik ke sekolah,” katanya, yang anak saudaranya belajar di sebuah sekolah MRSM di Perak.
Amir berkata pelajar diajar mempersoalkan banyak amalan tradisi orang Melayu Islam, mengatakan ia bid’ah.
“Mereka mula mempersoalkan amalan agama di rumah mengatakan amalan ibadat mereka tiada asas dan bersifat bid’ah,” katanya. “Inikah yang para pentadbir sekolah katakan ‘keberkatan’?”
The post Aktiviti agama berlebihan di sekolah jejas prestasi murid, keluh ibu bapa appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/aktiviti-agama-berlebihan-di-sekolah-jejas-prestasi-murid-keluh-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sampai Kerana Kerja Anak Kita Kena Sawan Guru Tegur Ibu Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Sakit

Jangan Sampai Kerana Kerja Anak Kita Kena Sawan Guru Tegur Ibu Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Sakit

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 550 hits
Jangan sampai kerana kerja anak kita kena sawan di sekolah demikian kata guru lelaki ini yang kesal ada sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan kerja dari anak mereka yang tidak sihat dan tetap dihantar ke sekolah Jangan sampai kerana k...
Ibu Bapa Guru Di Sekolah Ini Guna Kaedah Kotak Mudah Alih Bagi Atasi Masalah Beg Berat

Ibu Bapa Guru Di Sekolah Ini Guna Kaedah Kotak Mudah Alih Bagi Atasi Masalah Beg Berat

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 463 hits
Kotak yang bernilai RM15 90 disediakan buat semua murid di dalam kelas yang mana turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing masing small Cover image via small Antara perkara yang sering diusulkan para ibu bapa ialah beg yang di...
Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 539 hits
Bapa kanak kanak itu berdegil tidak mahu kuarantin anak dan meninggalkan hospital tersebut Ekoran daripada tularnya laporan polis mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di J...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 315 hits
JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak berusia dua tahun yang juga suspek coronavirus telah dibawa keluar ibu bapanya daripada dikuarantinkan di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam Tindakan yang mewujudkan kebimbangan di kalangan masyarakat i...
Bagaimana Anda Mahu Diingati Sebagai Ibu Bapa

Bagaimana Anda Mahu Diingati Sebagai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 278 hits
Suatu hari nanti kita cuma akan menjadi salah satu kenangan untuk mereka Persoalannya kenangan bagaimanakah yang mahu kita cipta untuk mereka ingati Membesar dengan kasih sayang Atau membesar sendiri dengan kasih sayang ciptaan visual upin ...
039 Jangan Lupa Ibu Bapa Hormati Adik Beradik 039

039 Jangan Lupa Ibu Bapa Hormati Adik Beradik 039

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 287 hits
TIADA apa yang diharapkan oleh seorang ibu selain mendoakan anaknya bahagia dengan jalan dipilih walaupun masing masing berlainan agama Bagi Rujilin Gomili 43 walaupun terpisah agama tidak sesekali hubungan kekeluargaan dan ikatan persaudar...
These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 454 hits
Dalam perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus di China yang dikatakan berpunca dari makanan eksotik 26 kes kematian telah direkodkan dan lebih 900 orang yang disahkan positif virus tersebut Penularan virus itu dilaporkan bermula di ...
Kurang Dapat Perhatian Remaja Prank Ibu Bapa Dakwa Diculik Dan Mata Dicungkil

Kurang Dapat Perhatian Remaja Prank Ibu Bapa Dakwa Diculik Dan Mata Dicungkil

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 374 hits
Seorang remaja bertindak membohongi ibu bapanya dengan mendakwa dirinya telah diculik oleh sekumpulan orang menaiki sebuah kereta berwarna hitam Dia juga mendakwa bahawa dirinya diancam penculik sehingga diugut matanya akan dicungkil serta ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids