Cikgu Chan Ikon Jawi Sekolah


KOTA BHARU 20 April - Pandai membaca dan menulis jawi adalah satu kemahiran yang tidak dimiliki ramai orang pada zaman ini, apatah lagi di kalangan yang bukan berbangsa Melayu.
Bagi warga pendidik, Chan Seew Eng, 53, yang berasal dari Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, beliau sangat berterima kasih kepada dua guru pendidikan agama semasa bersekolah rendah dan menengah yang gigih mengajarnya sehingga dapat membaca dan menulis jawi.

Seew Eng yang berkhidmat sebagai guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail (2) di sini berkata, kemahiran yang dimiliki itu membantunya semasa belajar di Institut Bahasa Lembah Pantai sehingga menjadi rujukan pelajar lain termasuk pelajar Melayu.
Chan Seew Eng, 53
“Saya belajar jawi dan agama Islam bermula dari sekolah rendah hingga menengah, saya malas hendak keluar kelas waktu subjek ini jadi lebih baik saya duduk belajar bersama rakan lain.

“Saya ingat lagi dua ustaz yang mengajar saya iaitu arwah Ustaz Abdul Rauf semasa di SK Pulau Gajah dan Ustaz Abdul Wahab di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, kalau silap tulis dalam kelas saya akan turut kena denda ketuk kepala sama seperti pelajar lain,” katanya.

Seew Eng ditemui Utusan Online selepas Kursus Pemantapan Kaedah Pengajaran Jawi Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) anjuran SK Sultan Ismail (2) di sekolah itu di sini hari ini.

Dalam program itu, lebih 50 guru dan murid didedahkan dengan kaedah pengajaran jawi melalui teknik BDN iaitu baca dengan nombor yang telah disampaikan oleh penerima Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah negeri Perak 2017, Wan Mohd Azhar Wan Mahamod.
Sementara itu, Seew Eng berkata, semasa belajar di sekolah menengah dahulu, dia menulis nota subjek agama Islam dalam tulisan jawi dan berjaya mendapat gred C4 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sehingga hari ini saya masih lagi boleh membaca dan menulis jawi walaupun lama telah ditinggalkan.

“Pada pandangan saya, orang Melayu khususnya perlu mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi kerana ia sangat penting, asas untuk belajar al-Quran bermula dari jawi,” katanya.
Mohammad Fadzil MatSementara itu, Guru Besar SK Sultan Ismail (2), Mohammad Fadzil Mat berkata, beliau baru sahaja mengetahui kebolehan yang dimiliki orang kanannya tersebut yang lebih mesra dipanggil Cikgu Chan.

“Cikgu Chan turut mengajar subjek Bahasa Melayu di sini, saya sebenarnya baru saja tahu dia pandai jawi, semasa program ini berjalan Cikgu Chan sedang mundar mandir di luar kelas kerana memantau kerja-kerja menaiktaraf gelanggang badminton.

“Tetapi kerana minatnya kepada jawi, dia beberapa kali menjenguk masuk melihat bengkel yang kita buat ini, selepas ini kita rancang jadikan Cikgu Chan sebagai ikon jawi sekolah supaya dapat menjadi motivasi kepada murid-murid lain,”katanya.

Sumber - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/04/cikgu-chan-ikon-jawi-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabar Ye Nanti Cikgu Belikan Pakaian Baru Cikgu Sebak Murid Sanggup Pakai Seluar Koyak Datang Sekolah

Sabar Ye Nanti Cikgu Belikan Pakaian Baru Cikgu Sebak Murid Sanggup Pakai Seluar Koyak Datang Sekolah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 914 hits
Realiti di sekolah pedalaman demikian kata Cikgu Fr yang memuat naik gambar seorang murid lelaki yang memakai seluar koyak membuatkan netizen sedih melihat keadaannya itu nbsp Menurut Cikgu Fr sekolah sekolah pedalaman selalu dianaktirikan ...
Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR 17 April Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman bahawa sekolah vernakular Cina dan Tamil memusnahkan perpaduan di Malaysia Dominic berkata ken...
Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 451 hits
Gara gara mengalami masalah untuk berjalan kerana masalah berat badan seorang kanak kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas 2 jam dihantar ke sekolah kung fu oleh ibu bapanya BACA Keluarga kanak kanak itu mendakwa Deng Qi berada da...
Aisy Dah Daftar Sekolah

Aisy Dah Daftar Sekolah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 638 hits
Halah halah halah Anak ibu dah nak masuk darjah 1 tapi tahun 2021 lah Rasa macam kecik lagi Baru masuk tadika pulak tu Ni kena daftar untuk masuk darjah 1 pula Cepatnya lah masa berlalu Sekejap saja dah nak masuk darjah 1 pula ABC 123 pun t...
Pil Bunuh Janin Dijual Kepada Pelajar Sekolah

Pil Bunuh Janin Dijual Kepada Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 278 hits
Aktiviti penjualan pil gugur kandungan melalui laman sosial berleluasa termasuk menjualnya kepada pelajar sekolah
Dia Tertidur Rupanya Kanak Kanak Dilaporkan Hilang Rupa Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

Dia Tertidur Rupanya Kanak Kanak Dilaporkan Hilang Rupa Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 422 hits
Dia Tertidur Rupanya Kanak kanak dilaporkan hilang rupa rupanya tertidur dalam bas sekolah Seorang kanak kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3 di sini ditemui selamat selepas tertidur dalam se...
Dibully Teman Sekolah Ini Sosok Dan Alamat Lengkap Nabilla Yang Memulung Demi Beli Sepatu

Dibully Teman Sekolah Ini Sosok Dan Alamat Lengkap Nabilla Yang Memulung Demi Beli Sepatu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 419 hits
Setelah viral sebuah video yang perlihatkan anak SD sedang beradu mulut di depan ruang kelas Video yang diunggah oleh akun Twitter bernama bambangelf pada Senin pagi ini menjadi perhatian publik Pasalnya banyak dari warganet yang penasaran ...
Tentera Israel Tembak Gas Pemedih Mata Ke Arah Sekolah

Tentera Israel Tembak Gas Pemedih Mata Ke Arah Sekolah

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 349 hits
Selasa 16 04 2019 Sejumlah pelajar menderita terkena asap gas pemedih mata setelah tentera rejim Israel menyerang sebuah sekolah yang terletak di perkampungan Urif selatan Nablus Ketua kampung Mazen Shahada berkata anggota tentera rejim men...
Biar Saya Susah Jangan Anak Tak Sekolah Kisah Inspirasi Pemandu Grab Oku Buat Netizen Insaf

Biar Saya Susah Jangan Anak Tak Sekolah Kisah Inspirasi Pemandu Grab Oku Buat Netizen Insaf

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 521 hits
The ReporterAda di kalangan kita yang sihat tubuh badannya yang sempurna anggota badan dan akal pemikirannya tetapi malas bekerja dengan hidup mengharapkan ehsan orang Tetapi tidak bagi Pemandu Grab ini Galang anak Jabai Biarpun kudung akib...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak