Chopsticks By Muhammad Oon Hidangan Versatile Chinese Muslim
Bagi pengemar hidangan makanan Chinese Muslim, mama nak syorkan korang datang ke Restoran Chopsticks by Muhammad Oon yang terletak di tamarind Square, Cyberjaya. Di restoran ini menawarkan lebih 200 hidangan setiap hari samaada berbentuk ala carte mahupun set dan terdapat makanan laut, masakan ayam, daging, sayur dan pelabagai lagi.
Kalau dah sebut makanan Chinese Muslim ni restoran dia ala-ala kopitiam tapi version moden. Dengan meja marble bulat dengan kerusi bulat sangat sinonim dengan restoran Chinese di Malaysia. Hidangan di Chopsticks berasal daripada menu tradisi kulinari selera Cina Malaysia. Yang semestinya kesemua makanan di sini Halal dari JAKIM dan sangat sesuai kepada seluruh umat Islam.
Untuk pengetahuan semua, Restoran Chopsticks by Muhammad Oon ini mempunya 4 outlet yang boleh datang sendiri di Tamarind Square, TTDI Kuala Lumpur, Sri Hartamas dan Bangsar. Terdapat 2 waktu operasi iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang manakala 5 petang hingga 10 malam serta di buka setiap hari tanpa cuti.
Hidangan yang sering dapat permintaan pelanggan adalah seperti Signature Hokiien Mee, Ginger & Spring Onion Beef, Creamy Butter Chicken, Salted Egg Prawn dan Kum Heong Lala
Bagi yang nak datang menjamu selera di sini atau makan besar dengan kawan serta keluarga, terdapat 3 pilihan set yang boleh dicuba. Antara set tersebut adalah seperti berikut :-
SET A - RM169
Sesuai untuk 2-3 pax dengan 6 menu hidangan utama bersama minuman dan pencuci mulut.
APPETISER Chopsticks Signature Platter MAIN Golden Glazed Prawn Savoury Black Pepper Beef Tofu Treasure Pot Stir - Fried Baby Kailan with Garlic Golden Omelette Fragrant Steamed White Rice DESSERT Mango Pudding DRINK Basil Seed Lychee Syrup
Mama sendiri memang suka makan makanan macam ni kalau masak kat rumah mesti akan letak ginger dan blackpepper banyak sebab rasa dia sangat sesap. Daging pula lembut memang kalau makan macam ni boleh makan sampai habis lah. Walau lauk ini simple tapi rasanya cukup padu
SET B - RM309
Untuk set B ada tambahan dari segi menu utama dan sesuai untuk makan-makan 5-6 pax.
APPETISER Chopsticks Signature Platter MAIN Crispy Roasted Chicken (Half) Kum Heong Lala Tom Yam Seafood Soup Savoury Black Pepper Beef Signature Nyonya Fish Fillet Kangkung Belacan Sauteed Eggplant with Dried Shrimp Golden Omelette Fragrant Steamed White Rice DESSERT Mango Pudding
Assorted Fruits DRINK Basil Seed Lychee Syrup
Ini pula sangat recommended Kum Heong Lala. Kombinasi makanan laut yang segar dengan rasa pedas kicap sangat sesuai orang yang suka makanan laut ni. sampai ke shell lala pun siap jilat sehingga licin!
SET C - RM569
Makan ramai-ramai memang meriah. Jika datang 9-10 pax. Sangat recommended set C.
APPETISER Chopsticks Signature Platter MAIN Thai Style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper Crispy Roasted Chicken Golden Glazed Prawn Crispy Golden Yam Basket Curry Chicken in Fried Mantau Kum Heong Lala Ginger & Spring Onion Beef Spinach with Goji Berry Fragrant Steamed White Rice DESSERT Mango Pudding
Assorted Fruits DRINK Basil Seed Lychee Syrup
Bagi SET C ini boleh makan ramai-ramai dengan keluarga besar atau kawan-kawan bolehlah ambil set ni. Memang berbaloi sebab banyak menunya. Menu wajib bagi yang suka ikan kerapu masak steam lemon ni memang menu yang biasa wajib dimakan beramai-ramai. Rasanya cukup sempurna dapat memukau pelanggan yang menjamu selera di sini.
Nak datang ke sini mudah jer dan parking pun banyak di basement Tamarind Square ni. Bagi yang nak mencari menu masakan Cina Muslim, boleh datang ke Restoran Chopsticks by Muhammad Oon di 4 outlet mereka
Cawangan Chopsticks by Muhammad Oon : Cyberjaya - A-01-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, SelangorBangsar - 40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala LumpurTTDI - 35, Lorong Rahim Kajai 13, TTDI, 60000 Kuala LumpurSri Hartamas - 12-01, Jalan 30/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala LumpurUntuk tempahan makanan di restorang boleh hubungi :Bangsar - 014-9626725Cyberjaya - 011-28248804TTDI - 012-2032727Atau buat pesanan di bit.ly/chopsticksbymo
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2023/11/chopsticks-by-muhammad-oon-hidangan.html