Masakan Chinese Muslim Yang Popular Di Kuala Lumpur Restoran Chopsticks By Muhammad Oon
Salam sejahtera kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama tak buat review tempat makan sekarang ni sangat sibuk dengan kerja hakiki dan kalau ada pun terpaksa peram lama sebab nak cari masa untuk pergi dan tulis kat blog. Tapi kali ni dah dapat ilham untuk menulis satu lagi restoran masakan chinese muslim yang popular di Kuala Lumpur
Kalau sebut mesti korang kenal punya nama restoran ni iaitu Chopsticks By Muhammad Oon. Mereka dah ada empat cawangan utama iaitu di Jalan Kemuja Bangsar, di Lorong Rahim Kajai 13 TTDI, Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur, dan yang terbaharu adalah cawangan di Tamarind Square Cyberjaya. Maha dijemput untuk majlis memperkenalkan restoran baharu buka ini
Ramai tahu yang restoran ini begitu popular dengan pelbagai menu sekitar lebih kurang 2000 jenis hidangan. Bagi korang yang penggemar Makanan Laut, daging atau korang yang lebih suka rasa yang lebih lembut atau pedas. Masakan cina ini begitu sinonim dengan style Wok Hei iaitu cara masakan haba yang membakar mengeluarkan rasa yang terbaik. Sebab itu selalu nampak kat dapur restoran cina ni ada kuali hitam bukan sebab kerak tapi itulah kuali yang tahan panas dan lasak untuk memasak pada suhu tinggi
Restoran ini juga masih dalam proses permohonan persijilan Halal yang akan dapat tidak lama lagi. Tapi mereka sangat mengutamakan bahan yang segar dan berkualiti serta pembekal bahan utama dari pembekal yang ada persijilan Halal. Sebab tu korang boleh datang makan sini tanpa rasa was-was tau
Kali ini mereka memperkenalkan set menu yang boleh diorder untuk makan dalam kuantiti yang ramai 2 ke 4 orang. Untuk SET A RM169 sahaja iaitu dalam set ini ada pembuka selera mereka Chopsticks Signature Platter. Manakala menu utama ada Golden Glazed Prawn, Savoury Black Pepper Beef, Tofu Treasure Pot, Stir-Fried Baby Kailan with Garlic, Golden Omelette dan Fragrant Steamed White Rice. Juga ada sekali pencuci mulut Mango Pudding dan juga minuman khas mereka iaitu Basil Seed Lychee Syrup
Bagi SET B pula RM309 sahaja dengan ada pembuka selera juga menu utama iaitu Crispy Roasted Chicken (Half), Kum Heong Lala, Tom Yam Seafood Soup, Savoury Black Pepper Beef, Signature Nyonya Fish Fillet, Kangkung Belacan, Sauteed Eggplant with Dried Shrimp, Golden Omelette dan Fragrant Steamed White Rice. Juga ada pencuci mulut Mango Pudding dan juga buah-buahan potong. Tetap ada minuman istimewa mereka
Kalau yang biasa datang sini antara menu best sellers mereka adalah Kum Heong Lala. Maha suka juga rasa lala mereka ni. Semua menu dalam set ini sangat padan dan sesuai untuk dinikmati dengan keluarga dan juga kalau datang beramai-ramai dengan kawan-kawan. Segar penuh rasa rempah dan tiada yang menghampakan
Manakala set terakhir iaitu SET C pula adalah RM569 untuk makan 9 ke 10 orang. Ada juga pembuka selera serta menu utama yang lebih banyak iaitu Thai Style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper, Crispy Roasted Chicken, Golden Glazed Prawn, Crispy Golden Yam Basket, Curry Chicken in Fried Mantau, Kum Heong Lala, Ginger & Spring Onion Beef, Spinach with Goji Berry dan Fragrant Steamed White Rice. Dilengkapi pencuci mulut iaitu Mango Puddding dan juga buah-buahan potong serta ada minuman istimewa mereka
Kat dalam set ini Maha paling suka adalah mereka punya Curry Chicken in Fried Mantau. Korang boleh tengok size besar Mantau kat bawah kuah kari tu. Kalau makan begitu sahaja pun dah sedap apa lagi dicicah dengan kari yang pekat dan ada isi ayam serta kentang yang banyak..
Mereka juga ada lagi best seller menu ala-cart lain seperti Signature Hokkien Mee yang mendapat Top3 Best Seller in GrabFood tau. Kemudian ada juga Ginger & Spring Onion Beef, Creamy Butter Chicken dan Salted Egg Prawn. Ni boleh diorder berasingan tau.
Dah banyak menu yang Maha kongsikan ni. Kalau korang tak datang cuba rugi sangat. Memang rekemen untuk mencari kelainan dalam makanan harian korang. Mungki boleh makan tengahari atau makan malam. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan sambung balik pukul 5.00petang hingga 10.00 malam. Kalau dah cuba nanti komen kat sini nak tahu pendapat korang jugakan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua
Promosi dan juga untuk segala info terkini boleh ikuti laman sosial mereka:Facebook: https://www.facebook.com/Chopsticks.MOInstagram: https://www.instagram.com/chopsticksbymo
Juga boleh tempahan online di GrabFood di sini:Restaurant Chopsticks By Muhammad Oon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2023/11/masakan-chinese-muslim-yang-popular-di.html