China Tak Pernah Bina Empayar Maritim Di Laut China Selatan Kedutaan


China komited dengan pendekatan ‘dual-track’ berhubung isu Laut China Selatan dan menegakkan prinsip kebersamaan dalam mencari penyelesaian pertikaian melalui rundingan dengan semua negara terlibat, kata Kedutaan China di Malaysia.
Jurucakap Kedutaan, yang menyangkal kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), mengatakan China berpegang teguh pada prinsip saling menghormati dan bersama-sama negara anggota Asean, menangani isu berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa, keamanan dan kestabilan di perairan yang dipertikaikan.
“China sering mengetengahkan dasar luar yang mesra, semua negara, besar atau kecil, kaya atau miskin, kuat atau lemah, adalah sama.
“Dengan kerjasama China dan Asean, situasi di Laut China Selatan secara keseluruhan bertambah baik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pada 13 Julai, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu kenyataan berkata tuntutan Beijing untuk sumber luar pesisir di sebilangan besar Laut China Selatan sama sekali tidak sah.
Mengenai tuduhan AS, jurucakap itu berkata China mengehadkan pengembangan minyak dan gas serta aktiviti penangkapan ikan di Laut China Selatan di perairan di bawah bidang kuasa China, sesuai dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982 dan undang-undang domestik China.
Reaksi China pada kadar sederhana
“China tidak pernah menimbulkan masalah, tetapi ketika hak maritim kita diceroboh, kita harus bertindak sewajarnya, walaupun reaksi itu semuanya pada kadar sederhana.
“Kami tidak pernah berusaha untuk membina ’empayar maritim’ di Laut China Selatan,” ujarnya.
Sebaliknya, beliau berkata ada negara tertentu terus menguatkan kedudukannya di Laut China Selatan dengan menempatkan kapal perang dan pesawat tempur selain menjalankan latihan ketenteraan secara berlebihan.
“Negara ini sering mendekati dan memasuki perairan serta ruang udara China secara haram dekat kawasan tertentu di Laut China Selatan, mengancam kedaulatan dan keamanan China.
“Cukup jelas siapa sebenarnya yang berusaha membangunkan ‘kerajaan maritim’ dan bermain politik di Laut China Selatan,” katanya.
Merujuk kepada keputusan Tribunal Timbang Tara 2016 yang memihak kepada Filipina, jurucakap kedutaan itu berkata mahkamah timbang tara itu sendiri ditubuhkan secara tidak sah dan China tidak menerima dan mengiktirafnya.
Jurucakap itu menegaskan China komited untuk menangani perbezaan melalui rundingan dan dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Malaysia, demi memelihara keamanan serta kestabilan di Laut China Selatan.
Katanya, biarpun China dan Malaysia berada di posisi berbeza dan mempunyai pertindihan tuntutan, kerajaan kedua-dua negara menangani perselisihan serta perbezaan itu menerusi dialog dan rundingan, dengan keikhlasan.
Beliau berkata China sentiasa bersedia bekerjasama dengan Malaysia dengan saling mempercayai dan terus menyelesaikan masalah berkaitan melalui rundingan dua hala.
“Harapan kami kedua-dua pihak dapat bekerjasama sebaiknya untuk melaksanakan DoC (Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan) dan mendorong konsultasi CoC (Kod Tata Laku di Laut China Selatan).
“Sehingga pertikaian dapat diselesaikan, China akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Malaysia bagi mengetepikan perbezaan, menggalakkan pengembangan bersama sumber minyak dan gas, meningkatkan kerjasama mengenai maritim dan pemeliharaan sumber perikanan, untuk mewujudkan Laut China Selatan yang aman dan damai,” katanya.
– Bernama
The post China tak pernah bina ’empayar maritim’ di Laut China Selatan – Kedutaan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/20/china-tak-pernah-bina-empayar-maritim-di-laut-china-selatan-kedutaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Tercipta Kita Menang Di Laut China Selatan

Sejarah Tercipta Kita Menang Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 386 hits
Berjaya manfaatkan imbangan ancaman 2 kuasa besar China AS 1 ALHAMDULILLAH Terkini khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia sejarah tercipta apabila para perwira kita baru sahaja menyempurnakan misi ekplorasi di Blok ND2 Lala 1 di Laut C...
Guna Pendekatan Minilateralism Tangani Isu Laut China Selatan Penganalisis

Guna Pendekatan Minilateralism Tangani Isu Laut China Selatan Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 14 JULAI Negara anggota Asean perlu segera mencari pendekatan alternatif dalam menangani peningkatan ketegangan di Laut China Selatan berhubung tuntutan wilayah bertindih kerana ia berpotensi menjejaskan keamanan dan kestabilan...
Laut China Selatan Semakin Panas Us Gerakkan Armada Lautnya

Laut China Selatan Semakin Panas Us Gerakkan Armada Lautnya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 232 hits
Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang menegaskan China tidak mempunyai tuntutan wilayah yang sah terhadap Beting Serupai merupakan kenyataan terbaru dan paling tegas dalam isu konflik maritim di Laut China Selatan ...
Ada Lagi Kedutaan Konsulat China Ditutup

Ada Lagi Kedutaan Konsulat China Ditutup

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 311 hits
Washington Presiden Donald Trump tidak menolak kemungkinan akan menutup beberapa lagi misi diplomatik China di Amerika Syarikat lapor agensi berita Sputnik Setakat ini untuk menutup beberapa lagi kedutaan kemungkinan itu ada kata Trump di R...
Dia Pernah Beritahu Nak Berhenti Kerja Meski Gajinya Banyak Sarah Buka Cerita Shuib Ded4h Rahsia Sukses Bisnes

Dia Pernah Beritahu Nak Berhenti Kerja Meski Gajinya Banyak Sarah Buka Cerita Shuib Ded4h Rahsia Sukses Bisnes

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 242 hits
Pelawak dan penyampai radio Shuib menyifatkan kejayaannya dalam bidang perniagaannya kini bukan hanya terletak kepada dirinya seorang Sebaliknya dia menghargai setiap individu yang memberinya kekuatan untuk terus mengembangkan bisnes meski ...
Hiburan Pernah Putus Sebab Orang Ketiga Kasih Ameera Khan Dan Fd Idzham Kembali Bertaut

Hiburan Pernah Putus Sebab Orang Ketiga Kasih Ameera Khan Dan Fd Idzham Kembali Bertaut

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1054 hits
Adat apabila hubungan cinta yang dijalinkan putus di tengah jalan Mungkin sebab tidak serasi atau pun mungkin sebab terdapat masalah lain yang memutuskan jalinan kasih tersebut Meskipun kelihatan bahagia sebelum ini ramai yang terkejut apab...
Ironi Tren Kaos Couple Yang Pernah Dianggap Romantis Padahal Sekarang Mah Nggak Banget

Ironi Tren Kaos Couple Yang Pernah Dianggap Romantis Padahal Sekarang Mah Nggak Banget

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 315 hits
Coba sini ngaku siapa dulu yang pernah ngikutin tren baju couple kayak gini Romantis banget ya kayaknya D
Pernah Beli Bagi Barang Pada Mak Ayah Haram Ambil Balik Kalau Mereka Dah Meninggal Jadi Harta Pusaka

Pernah Beli Bagi Barang Pada Mak Ayah Haram Ambil Balik Kalau Mereka Dah Meninggal Jadi Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 365 hits
Menjadi kebiasaan kita anak anak akan membelikan barangan untuk kegunaan ibu bapa di kampung Tak kiralah dari sekecil kecil barang hinggalah sebesar besar barang Memang niat kita untuk memberi kesenangan pada kedua ibu bapa kita Namun apabi...
Reformasi Dah Habis Tak Pernah Terkubur Jawab Badrulamin

Reformasi Dah Habis Tak Pernah Terkubur Jawab Badrulamin

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 227 hits
Reformasi dah habis Tak pernah terkubur jawab Badrulamin11 July 2020Seorang veteran Reformasi hari ini menafikan dakwaan bahawa gerakan itu kini sudah mati sebaliknya tetap ada cuma dalam bentuk yang berbeza Reformasi tidak pernah terkubur ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash