China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain


Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain | Hari ketiga di Lijiang kami melawat Jade Dragon Snow Mountain atau Yulong Snow Mountain. Hari ni lagi awal, 5.30 pagi dah kena berkumpul. Giler penat nak sampai ke jalan besar atas nun. Aku diberi tempat sebelah driver. Masa tengah solat dia panggil minta passport jadi terpaksa solat balik. Heran agaknya tengok aku solat 😄

Sebenarnya sebelum fly ke Kunming aku dah berurusan dah minta owner hotel tempah pakej je JDSM sebab daripada apa yang ku baca, hanya 10,000 tiket dijual untuk ke puncak. Dia kata takpe... hang mai dulu nanti kita sembang. Sudahnya masa nak tempah pada 19/1 tu dah tak boleh, ejen kata kena tempah tiga hari lebih awal, kami pula dah beli train ticket balik ke Kunming tarikh tu. Frust okeh! Jadinya dari harga asal 600 yuan dikurangkan kepada 480 sahaja sebab tak naik ke kawasan paling atas

JDSM ni popular dan istimewa kerana terletaknya glasier paling selatan di Hemisfera Utara. Gunung ini memanjang sehingga 35 km dan lebar 20 km. Salji meliputi kesemua tiga belas puncak dengan Shanzidou menjadi puncak tertinggi di altitud 5,600 meter


Sehari Di Jade Dragon Snow MountainJDSM tak jauh mana pun 20 km je dari bandar Lijiang dan di sepanjang jalan tu driver bercerita atau bagi taklimat lah kot. Semua dalam mandarin, wo pu che tau. Kami berhenti di satu tempat untuk dengar taklimat fasal penggunaan tong oksigen. Kena sidai beb dalam sejuk pagi tu. Semua bahasa dia, sesekali kami bertanya kat penumpang lain. Owh... dia suruh beli tong oksigen dan ubat untuk mengelak Acute Mountain Sickness. Aku dah bawa sesiap pil AMS jadi tak naklah aku beli ubat sampai 59 yuan, pil tu pun kena makan sebiji je. Aku tanya driver kena beli ke tong gas tu sedangkan dia akan bagi nanti (dah termasuk dalam pakej). Dia kata yang dia bagi 400ml tak cukup, jadi kami pun belilah 39 yuan setong. Kengkawan, kalau rasa perlu hang beli ja sesiap di Lijiang baru 15 yuan. Kami cukup je yang 400 ml tu 😒. Kat sini aku makan pil AMS tu

Sesampai di parkir pemandu bas  bagi down jacket tapi dia tak bagi semua, dia tak nak bagi kat aku sebab dia kata winter jaket aku dah cukup tebal. Dia tak tahu masa tunggu dia disribute tu aku tengah menggigil kesejukan. Acik dia... bagi je lah. Kemudian kami dibawa ke bangunan utama bertentangan dengan Impression Show of Lijiang menunggu matahari terbit. Perlahan-lahan puncak gunung berubah warna.
Oh wowww... cantiknya... subhanallah!


Bila matahari terbit.
Itulah yang keluar dari mulut bila tengok perubahan warna puncak gunung bila matahari mula menyinar warna berubah daripada gelap ke warna oren. Gambar aku tak cantik hang kena datang tengok sendiri betapa indahnya alam. Sungguh

Kemudian kami naik shuttle bas untuk ke cable car. Nak naik bas pun kena scan tiket kemudian sebelum naik cable car kita foreigner ni beli tiket 60 yuan. Sampai je kat atas kita boleh pilih nak berjalan atau naik tram untuk sampai ke Spruce Meadow, kami of course naik tram 😄. Aku tak rasa pening cuma berjalan sikit pun rasa penat sebab kawasan pergunungan kurang oksigen. Jalan dalam 100m 200m sedut oksigen, jalan lagi... sedut lagi. Luas kawasan tu dan sangat cantik bergambar berlatar belakangkan Yulong Mountain yang dilitupi salji. 
Landskap Spruce Meadow berubah mengikut musim. 





Kami dipecahkan kepada dua kumpulan, berenam sekumpulan. Oleh kerana kami berdua tak faham mandarin, driver/tour guide pula tak boleh bercakap selain mandarin dan tak ikut naik sampai atas, TG suruh kami ikut satu pasangan China ni. Dengan mereka kami juga apps translator juga. TG mesej kat kawan aku lain, dia cakap dengan pasangan tu apa entah. Kami ikut je lah. Pasangan tu naik bas sampai ke bawah kami ikut. Rupanya mereka tak ke Blue Moon Valley, nak makan tengahari katanya. Kami kata kat TG yang kami nak ke BMV sebab Impression of Lijiang Show mula 1.20 petang dia kata lepas show nanti naik, sekarang tak sempat. Walaupun rasa buang masa melangok je (sebab kami tak makan tengahari) tapi terpaksa ikut. Kami pun habiskan masa dengan melawat Glacier Geology Museum berhampiran Snow Kitchen Restaurant. Kuranglah sejuk sikit duduk dalam tu. 

Impression show of Lijiang sangat menarik, hangpa jangan lepaskan peluang tengok. Penceritaan mengenai kehidupan petani, melepaskan anak perempuan yang baru berkahwin... sound effect pun best. Jangan tak tengok. Pemandangan pun superb berlatar belakangkan Yulong Mountain

Lepas show TG kata tak naik pulak grrrr.... ya Allah geramnya! Aku tak tahulah kawan aku salah faham ke.. salah soalan ke... pasangan tu tak faham ke sebab banyak kali juga dia call TG masa kat Spruce Meadow.. TG keliru bagi arahan kat 12 orang ke... akhirnya lepas show aku duduk dalam bas je sampai 5.30 petang tunggu yang lain. Tak pernah lagi dalam memana solo trip aku terlepas itinerary yang TG aturkan. Masalah betholl bila tak boleh roaming terpaksa bergantung kepada orang. Aku suruh kawan naik tapi tak dapat sebab kena bayar shuttle bas sekali lagi. Ehh.. geram sungguhlah. Dahlah tak dapat naik ke Glacier Park, Blue Moon Valley pun terlepas 😠
Sepanjang perjanan balik tu aku hati bengkek je. So kengkawan, ada baiknya bila anda ke sana nanti cuba cari TG yang english/malay speaking dan tanya ada bayaran lain tak. Kalau pergi secara persendirian atau dengan private group boleh je pergi waktu lain cuma tak dapat tengok matahari terbitlah. Kami ke sana hari Selasa pun pengunjung terlalu ramai jadi tempahlah awal. 
Okaylah, balik

Dari JDSM ke bandar Lijiang setengah jam je tapi sangkut tengah bandar sebab sesak waktu orang balik kerja. Selepas Maghrib kami keluar jalan-jalan lagi untuk malam terakhir

Gambar The Glasier Park dari sini. Takde tiket jadi tak dapat naik sini.







© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/02/china-matahari-terbit-di-jade-dragon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 194 hits
Kunming revisited Pengembaraan kali ini sepatutnya berlapan tetapi tujuh orang tarik diri asalnya sebab berita kehadiran tentera China di perairan Malaysia kemudian kes human metapneumovirus pula Aku mengikuti rapat kes ini sebab dah excite...
Bomoh Ditahan Pos Mayat Bayi Kepada Pelancong China

Bomoh Ditahan Pos Mayat Bayi Kepada Pelancong China

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 128 hits
Sinar HarianPolis memeriksa kotak mengandungi dua mayat untuk dipos ke Chiang Mai Foto Sinar Harian AgensiBANGKOK Seorang bomoh Siam ditahan polis selepas mengupah seorang lelaki untuk membuat penghantaran dua mayat bayi menggunakan perkhid...
Pemilik Rumah Degil Di China

Pemilik Rumah Degil Di China

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 103 hits
Apabila penghuni bangunan lama ini di China enggan berpindah pembina dibiarkan dengan hanya satu pilihan Pemaju hartanah China menawarkan wang kepada penghuni banggunan iniuntuk berpindah dari pangsapurinya supaya bangunan itu boleh diroboh...
China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 199 hits
Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City Kami sampai awal di Kunming Railway Station Untuk warga asing kita terus ke kiri ke kaunter manual Ini untuk yang beli tiket secara online lah Mereka hanya imbas passport kemudian pergilah ke gate yang te...
Ragam Gadis Gadis Cantik Di China Pasti Anda Rasa Pelik

Ragam Gadis Gadis Cantik Di China Pasti Anda Rasa Pelik

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 108 hits
Beijing beauties walk their crabs down the street in Sanlitun drawing many gawkers We assume they didn t have time to walk their jumbo shrimp or crayfish
Perang Tarif As China Apple Turut Berdepan Risiko Siasatan

Perang Tarif As China Apple Turut Berdepan Risiko Siasatan

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 174 hits
China dilapor sedang mempertimbangkan untuk membuka siasatan pelanggaran undang undang persaingan terhadap dasar Apple dan yuran App Store Perkara ini berlaku sehari selepas China mengumumkan langkah langkah yang menyasarkan perniagaan Amer...
Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk Perak Harga Tiket Dan Waktu Operasi

Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk Perak Harga Tiket Dan Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 161 hits
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya anda boleh nikmati keindahan pemandangan ladang bunga matahari di Malaysia sendiri Tak perlu merentas sempadan ke Thailand atau ke negara musim bunga lain Jangan tak percaya di Ladang Bunga Matahari ya...
Beli Dragon Fruit Di Kuala Pilah

Beli Dragon Fruit Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum SA Memang suka makan dragon fruit kat area Kuala Pilah Banyak je gerai gerai Jual dragon fruit kalau x salah ada banyak ladang gak area Kuala Pilah ni So sempat la SA singgah gerai tapi jalan ni beli RM10 Ada 3 biji pasti di...
Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 247 hits
Play GD Online has the slot game that you ve been searching for It is a combination of thrilling high stakes gameplay with ancient stories and unpredictable winnings This game isn t just similar to traditional slot machines It s much more t...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global