China Luluskan Undang Undang Pengawal Pantai Malaysia Berhadapan Masalah Besar


Malaysia akan menghadapi masalah besar dengan Undang-Undang Pengawal Pantai China (Coast Guard Law) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kongres Rakyat negara itu, badan pengubal undang-undang tertinggi China.

Undang-undang kontroversi itu yang diluluskan hari ini memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantai China untuk menembak mana-mana kapal asing (yang memasuki perairan yang didakwa sebagai miliki China).

Ia (undang-undang pengawal pantai) memberi kebenaran kepada China untuk “mengambil apa-apa tindakan bersesuaian) untuk menghentikan atau mencegah ancaman daripada kapal-kapal asing.

Selain itu, undang-undang terbabit juga membenarkan anggota pengawal pantai China untuk merobohkan apa-apa struktur yang dibina di atas terumbu yang didakwa China sebagai miliknya dan menaiki (boarding) serta memeriksa mana-mana kapal asing yang berada di perairan yang Beijing dakwa sebagai miliknya. Undang-undang Pengawal Pantai China itu juga membenarkan pengwujudan “zon larangan” (exclusion zone) untuk mengelak kapal-kapal asing dan krew mereka daripada memasukinya.

Beting Patinggi Ali ini terletak di dalam perairan Sarawak tetapi dianggap oleh China sebagai wilayahnya yang paling selatan.

Mengapa admin kata Malaysia akan berhadapan masalah dengan undang-undang ini?

Ok, bayangkan kapal-kapal atau nelayan kita yang mahu menangkap ikan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang yang China dakwa sebagai milik mereka di bawah “Nine Dash Line.” Di bawah Undang-Undang Pengawal Pantai China ini mereka boleh ditembak kerana memasuki perairan China.

Nelayan kita yang mahu ke Beting Patinggi Ali atau mana-mana pulau yang didakwa China sebagai miliknya (walaupun ia terletak di belakang rumah kita) boleh ditembak, ditangkap oleh anggota kapal-kapal pengawal pantai negara itu dan mungkin dibawa balik ke China untuk dibicarakan.

Akhirnya, merengkok 20 tahun dalam penjara China.

Apa akan jadi kepada resort di Pulau Layang-Layang dan apa-apa struktur yang kita bina di Pulau Layang-Layang dan terumbu karang lain di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh China? Ya kemungkinan besar ia akan dirobohkan oleh China sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang China itu.

Peruntukan “zon larangan” (exclusion zone) di bawah undang-undang China ini boleh menyebabkan kita bakal “kehilangan” pulau dan terumbu-terumbu karang yang telah kita duduki sekian lama dan menganggapnya sebahagian daripada Malaysia.

Undang-Undang Pengawal Pantai yang diluluskan oleh China hari ini adalah suatu undang-undang yang menghalalkan penjajahannya terhadap negara asing.

Jika kita tidak berbuat sesuatu untuk menentang undang-undang pengawal pantai China, kita sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada sebahagian besar perairan kita di Laut China Selatan (yang dituntut oleh China).

Ini adalah suatu undang-undang extra-territorial yang sudah semestinya tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, walaupun jurucakap kerajaan China Hua Chunying sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters berkata, undang-undang pengawal pantai itu selaras dengan undang-udang antarabangsa.

Tetapi apa opsyen yang kita ada?

Jika China “park” kapal-kapal pengawal pantainya yang setiap satu beratnya mencecah 10,000 tan-12,000 tan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang dan tidak membenarkan kapal atau bot nelayan kita menghampirinya, apa yang boleh kita buat. –DSA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/china-luluskan-undang-undang-pengawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mulakan Tindakan Undang Undang Ke Atas Eu

Malaysia Mulakan Tindakan Undang Undang Ke Atas Eu

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 176 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALIPUTRAJAYA Malaysia memulakan tindakan undang undang terhadap Kesatuan Eropah serta negara negara anggotanya dengan memfailkan suatu permohonan konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian P...
Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 325 hits
Kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 yang akan bermula 21 Jan ini ialah kajian klinikal pertama dilakukan di Malaysia KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 akan bermula 21 Jan ini...
Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA PPBM Terengganu tidak melihat keputusan akar umbi Umno termasuk di Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum ke 15 sebagai masalah besar Pengerusi PPBM negeri Razali Idris berkata isu lebih be...
Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 339 hits
Kematian seorang kanak kanak berusia 7 tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong air dan mempunyai kesan kecederaan di badannya benar benar menyentap perasaan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini Anak kecil yang tak berdosa itu ...
Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 264 hits
Harga minyak mentah kembali ke dalam dinamik negatif pada hari Selasa pagi di tengah keadaan yang tegang dengan tahap permintaan untuk emas hitam yang terbatas dengan latar belakang wabak coronavirus yang sedang berlangsung dan pertumbuhan ...
Mayat Warga Malaysia Tak Utuh Ditemukan Nelayan Di Pantai Bengkalis

Mayat Warga Malaysia Tak Utuh Ditemukan Nelayan Di Pantai Bengkalis

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 233 hits
Adapun identitas mayat itu bernama Ahmad Nurizan Bin Muhammad Jenis beralamat di Block E 65 R Awam Kandang Melaka Tengah Bandar Melaka Malaysia
Apple Memindahkan Lagi Pengeluaran Peranti Dari China India Vietnam Dan Malaysia Menjadi Pilihan

Apple Memindahkan Lagi Pengeluaran Peranti Dari China India Vietnam Dan Malaysia Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 252 hits
Pandemik dan perang perdagangan menyebabkan Apple memulakan proses untuk tidak lagi mengeluarkan peranti peranti mereka dari China tahun lalu Sebelum ini Vietnam dan India dipilih sebagai pusat pengeluaran produk kelas permulaan sahaja sepe...
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 289 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID 19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perintah itu kata pakar undang undan...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur