Chin Tong Dakwa Mahathir Pernah Nak Pecat Yeo Bee Yin Sebagai Menteri


 



April 21, 2021Pada awal Jan tahun lalu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, meletakkan jawatannya sebagai menteri pendidikan. Walaupun begitu ia dilihat sebagai langkah yang diarah oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun nampaknya bukan Maszlee saja menteri yang ingin digantikan oleh ahli parlimen Langkawi itu jika melihat kepada kandungan buku baru tulisan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, berjudul Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter.
Buku karya bekas timbalan menteri pertahanan itu dihasilkan sebagai naskhah biografi veteran DAP, Lim Kit Siang, namun ia turut menawarkan beberapa maklumat dalaman mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertahanan selama 22 bulan.
Pada 15 Ogos 2019, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengumumkan syarat baru – dan signifikan – untuk syarikat Lynas Malaysia (Lynas) mendapat lesen daripada kerajaan.
Untuk rekod AELB merupakan agensi yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Ketika itu ia diketuai Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.
Antara syarat yang ditetapkan AELB ialah Lynas mesti memindahkan kemudahan cracking and leaching ke Australia dalam tempoh empat tahun.
Ia adalah proses sama yang menyebabkan penumpukan sisa radioaktif di kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Lynas juga dikehendaki membatalkan rancangan mereka untuk mengkomersialkan sisa buangan mereka – yang didakwa memiliki kadar radiasi rendah – sebagai baja yang dikenali sebagai “Condisoil”.
Hasrat Mahathir dibatalkan
Selain itu AELB mensyaratkan Lynas membina kemudahan deposit kekal (PDF) untuk menyimpan sisa yang sudah dihasilkan sejak 2012 dan berterusan sehingga 2023 iaitu apabila kemudahan proses cracking and leaching mereka dipindahkan ke Australia.
Pengumuman itu dibuat pada Khamis, 15 Ogos 2019. Apabila mesyuarat kabinet berlangung pada Rabu minggu berikutnya (21 Ogos 2019), kata Liew, Mahathir bercadang untuk membuat sedikit rombakan dengan menggantikan Yeo.
“Berita itu terbocor dan kami cemas,” kata Liew.
Tambah anggota Dewan Negara itu lagi, dia kemudian mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku daripada menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.
 
Katanya Lim memberitahu Mahathir mahu melantik orang lain menggantikan Yeo kerana ketegasannya berhubung isu Lynas dan isu-isu lain berkaitan alam sekitar.
Bagaimanapun katanya pemimpin PH berjaya menghalang Mahathir daripada melaksanakan rombakan kabinet itu dan Yeo kekal menjadi menteri berkaitan.
Liew juga tidak menjelaskan secara khusus apa yang membuat Mahathir kecewa dengan tindakan Yeo.
Malaysiakini masih menunggu reaksi daripada pejabat Yeo berhubung dakwaan berkenaan.
Penulis buku Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter, Liew Chin Tong
 
Lebih dua bulan selepas kejadian itu Mahathir bertemu dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison semasa kedua-dua mereka menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-35 di Bangkok, Thailand.
Menurut Mahathir dalam pertemuan berkenaan Morrison meluangkan banyak masa untuk meminta agar syarat-syarat yang ditetapkan Malaysia ke atas Lynas dibatalkan.
Syarat itu akhirnya dikekalkan tetapi kerajaan masih belum dapat menutup sepenuhnya kemudahan Lynas di Kuantan.
Liew mengakui gerakan membantah Lynas oleh DAP sejak 2012 mewujudkan penyokong tegar parti itu yang mengharapkan kilang berkenaan ditutup segera.
Untuk rekod, sama ada Lynas ditutup atau tidak, sisa radioaktif yang terkumpul di Gebeng, Kuantan sejak 2012 tetap masih harus diuruskan.
Feb lalu Malaysiakini melaporkan Lynas bercadang untuk menyimpan sisa buangan mereka di kawasan tadahan air di Bukit Ketam, Kuantan walaupun pada awalnya syarikat terbabit menafikan ia adalah kawasan tadahan air.
PDF adalah sebahagian daripada kemudahan pembuangan sampah bersepadu yang lebih luas yang mempunyai pembabitan kerabat diraja Pahang.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melepaskan pegangan saham langsungnya dalam projek itu berikutan laporan Malaysiakini.  












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/chin-tong-dakwa-mahathir-pernah-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Halang Rancangan Dr M Pecat Yeo Dakwa Chin Tong

Pemimpin Ph Halang Rancangan Dr M Pecat Yeo Dakwa Chin Tong

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 244 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah bercadang memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga Teknologi Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Perkara itu didedahkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dalam kandun...
Nak Kena Pecat Ke Khairy

Nak Kena Pecat Ke Khairy

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 279 hits
KANGAR Gesaan supaya pemimpin UMNO yang sedang berkhidmat sebagai menteri agar melepaskan jawatan masing masing menjelang Ogos tidak boleh diguna pakai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menegaskan beliau hanya berpegang ...
Mahathir Perlekeh Usaha Umno Nak Jadi Dominan Semula

Mahathir Perlekeh Usaha Umno Nak Jadi Dominan Semula

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 224 hits
Dr Mahathir berkata Bersatu juga tidak mampu menentang Umno dalam pilihan raya umum akan datang Lelaki yang memimpin Umno selama dua dekad dan menjadikan parti itu dominan sehingga berjaya memenangi lima pilihan raya umum dengan bergaya mem...
Takkan Menteri Agama Nak Berdusta Di Bulan Puasa

Takkan Menteri Agama Nak Berdusta Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 202 hits
MALAYSIA DATELINETokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin yakin Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Albakri bercakap benar ketika berkata beliau menaiki kapal terbang eksekutif semasa di Arab Saudi atas tajaan pihak tertentu Takkan lah Menteri Agama ...
Orang Suruh Letak Jawatan Beramai Ramai Dia Pulak Nak Selamat Dengan Jawatan Kluster Menteri

Orang Suruh Letak Jawatan Beramai Ramai Dia Pulak Nak Selamat Dengan Jawatan Kluster Menteri

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 170 hits
Panas Lagi kluster menteri desak UMNO buat pemilihan parti segeraAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak parti itu supaya mengadakan pemilihan parti secepat mungkin untuk menyelesaikan isu isu dalaman par...
Dah Lama Saya Terfikir Nak Bunuh Diri Ibu Tikam 3 Anaknya Sampai Mati Sebab Tak Pernah Rasa Bahagia

Dah Lama Saya Terfikir Nak Bunuh Diri Ibu Tikam 3 Anaknya Sampai Mati Sebab Tak Pernah Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 370 hits
The ReporterSeorang ibu didakwa membunuh tiga anaknya sendiri hanya kerana dia merasakan dirinya tidak pernah menjalani kehidupan yang bahagia Wanita bernama Selma Cice 27 menikam anaknya Mehmet Emin 10 Semanur 8 dan Mahmut 4 menggunakan pi...
Puteri Umno Anggap Mahathir Sebagai Penasihat Kerajaan Pn

Puteri Umno Anggap Mahathir Sebagai Penasihat Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 239 hits
Seorang pemimpin sayap wanita muda dalam Umno menyifatkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat kerajaan Perikatan Nasional Exco Puteri Umno Malaysia Dr Masliha Harun berkata demikian ketika mengulas ke...
Teng Chin Tong Yang Tawarkan Diri Untuk Diperbodoh Muhyiddin

Teng Chin Tong Yang Tawarkan Diri Untuk Diperbodoh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 256 hits
Bekas menteri pertahanan Liew Chin Tong tidak patut mengadu berkaitan rampasan kuasa Muhyiddin Yassin dalam buku terbarunya kata anggota jawatankuasa eksekutif DAP Teng Chang Khim Teng berkata Ahli strategi hebat itu pada 2016 bersungguh su...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket