Chef Wan Di Nobatkan Sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 Hari Ini



ROMPIN- Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan, Datuk Redzuawan Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 di sini, hari ini.

Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerima pengiktirafan itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui Bernama pada majlis itu berharap kejayaan itu akan mendorong generasi Felda untuk berusaha sehabis mungkin dalam mencapai kejayaan dan merealisasikan impian sehingga ke peringkat tertinggi.


"Saya generasi Felda Sungai Koyan di Lipis...gembira bila menerima pengiktirafan ini kerana merasakan usaha saya selama 35 tahun dalam bidang masakan dihargai sehingga ke peringkat ini.

"Ia juga menjadi ruang untuk saya menyumbang kembali kepada Felda dan mungkin boleh memberi nasihat dan pandangan demi kemajuan dan pembangunan Felda kerana nilainya begitu sentimental kepada saya," katanya.



Mementingkan sikap untuk berjaya dan berpegang pada prinsip 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', pemilik restoran masakan Melayu, De.Wan 1958 itu berkata usaha tanpa jemu meletakkan beliau di tahap yang dilihat masyarakat pada masa ini.

Katanya, niat untuk berubah perlu ditanam dalam diri sendiri dan kesusahan semasa kecil mendorong beliau untuk tidak mahu berada di tangkuk sama untuk masa yang panjang.

"Saya dulu hidup susah dengan adik-beradik seramai sembilan orang, dengan pendapatan ayah yang tidak seberapa...saya turut membantu bekerja di ladang sawit selain menanam sayur untuk keperluan keluarga.

"Hari ini, saya bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian di dalam dan luar negara. Saya harap pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya anak Felda yang mahu berjaya dalam hidup," katanya.

Secara peribadi, Chef Wan berkata berharap pengurusan Felda dapat mencari jalan mengembalikan kegemilangan Felda, termasuk meneroka kerjasama baharu dengan agensi terlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, Felda masih mempunyai banyak tanah kosong yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai tanaman bernilai tinggi, yang secara tidak langsung mengurangkan keperluan negara untuk mengimport makanan luar.

"Usaha ini perlu dilakukan secara serius kerana kita tidak mahu lagi melihat peruntukan dibazirkan begitu sahaja tanpa hasil. Inilah masa untuk kita menggembleng tenaga menggunakan dana secara berhemah dan menepati sasaran," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/chef-wan-di-nobatkan-sebagai-tokoh-ikon.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chef Wan Dilantik Ikon Anak Felda

Chef Wan Dilantik Ikon Anak Felda

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 407 hits
Selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sedia turun padang dan berkongsi pengalamannya sebagai inspirasi membantu generasi baharu anak peneroka FELDA JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com...
Chef Wan Named 2019 Felda Icon

Chef Wan Named 2019 Felda Icon

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 417 hits
The second generation of Felda who has taken Malaysia to every corner of the world through cooking Redzuawan Ismail was named the 2019 Felda Icon today Redzuawan who is popularly known as Chef Wan received the award from Prime Minister Dr M...
Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019

Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 451 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Menjawab Kenyataan Biadap Dan Kurang Ajar Chef Wan Adakah Peneroka Felda Malas

Menjawab Kenyataan Biadap Dan Kurang Ajar Chef Wan Adakah Peneroka Felda Malas

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 530 hits
Chef poyo Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyifatkan golongan peneroka Felda bukan sahaja malas bekerja untuk memajukan tanah Felda sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan Sambil menyamakan golongan berke...
Chef Wan Hina Peneroka Felda

Chef Wan Hina Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 419 hits
Ikon Felda bersuara setelah diberi gelaran tersebut oleh kerajaan PH Dia kata peneroka peneroka FELDA adalah pemalas serta suka berkahwin dua atau tiga Selepas berkahwin pula peneroka membiak seperti kuching Ikon telah marah kerana ada sebi...
Many Felda Settlers Lazy Breed Like Cats Chef Wan

Many Felda Settlers Lazy Breed Like Cats Chef Wan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 379 hits
Celebrity chef Datuk Redzuawan Ismail or Chef Wan has just been named a Felda Icon by Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in Rompin yesterday Upon accepting the Felda Icon Award Chef Wan took to Instagram to tick off lazy Felda settlers ...
Peneroka Felda Tersinggung Dengan Penghinaan Chef Wan

Peneroka Felda Tersinggung Dengan Penghinaan Chef Wan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 517 hits
Kami tersinggung Peneroka Kenyataan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang menyifatkan golongan peneroka sebagai malas berusaha dan hanya berharap dengan bantuan kerajaan telah menyinggung hati warga Felda Malah kenyataan ...
Chef Wan Biadap Apa Sumbangan Beliau Kepada Felda Selain Mulut Celupar

Chef Wan Biadap Apa Sumbangan Beliau Kepada Felda Selain Mulut Celupar

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 381 hits
Cef Wan biadab Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan menyifatkan cemuhan Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Cef Wan kepada golongan peneroka Felda sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab Ketuanya Sulong Jamil Mohamed Sharif...
Ramai Peneroka Felda Malas Membiak Seperti Kucing Chef Wan

Ramai Peneroka Felda Malas Membiak Seperti Kucing Chef Wan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 587 hits
Chef Wan yang baru sahaja dinamakan Ikon Felda oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Rompin semalam hari ini sudah menghina peneroka Felda Setelah menerima Anugerah Ikon Felda Chef Wan telah memuat naik perkataan menghina peneroka...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah