Chef Lyn S Pastry And Cafe Bandar Baru Bangi Comfort Food Yang Sangat Flavourful


Hi Korang,
Lama betul tak citer pasal makan-makan di Bangi ni ek

Yelah lately ni jarang sangat makan luar sebab nak elakkan berada di tempat yang sesak kan, gitu lah gamaknya hidup di norma baru zaman Covid 19 ni lah. Memang ada kak lily makan kat luar tapi di luar Kawasan Bangi cam tuh macam bila balik kerja, ktorang terus singgah pi makan Kawasan tempat kerja jer


Kebetulan pulak blogger Rawlins ajak jumpa reramai sebab lama sangat tak jumpe so ktorang plan cari restoran ataupun café yang berdekatan dengan tempat ktorang je yang di Bangi ni hah. Usha punya usha dapatkan ada satu kafe nieh iaitu Chef Lyn’s Pastry And Café

Seriously kak lily pun tak tau kat mana ade café yang tak berapa ramai crowd ni di Bangi nieh. Maklumlah Bangi ni terkenal dengan syurga makanan, pusing kiri kedai makan, pusing kanan restoran, jalan depan sket ada café, pusing belakang ada gerai tepi jalan plak. Pendek kata, memang memacamlah makanan yang ada di Bangi ini

Comey benau Café Chef Lyn ni, cantik dengan dekorasinya yang minimalis



Masa ktorang sampai tuh ada 2-3 pelanggan yang tengah makan di sini so taklah crowded sangat kan, nasib baik Rawlins dah buat reservation sesiap tau, kalau tak mau lama menunggu untuk makan kan

Meh sini kak lily kongsikan sedikit latar belakang Chef Lyn ni yer
Chef Haslin Binti Hasan atau juga dikenali sebagai Chef Lyn adalah pemilik kepada kafe ini. Ia baru sahaja beroperasi sejak tahun 2020 dan terjejas sikit sewaktu PKP selama dua tahun dan kini setelah kerajaan benarkan semua industri beroperasi mereka mula aktif kembali. Pada mulanya ia fokus kepada pastri dan kek melalui perkhidmatan penghantaran terus kerumah pelanggan. Tapi kini kafe ini telah dibuka untuk terima tetamu menjamu selera di kafe mereka dengan masakan barat

Berpengalaman dalam kulinari lebih daripada 20 tahun dan juga menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini membuatkan beliau lebih matang dan tahu menghasilkan juadah yang pastinya enak dan juga harga sangat berpatutan. Orangnya ramah mesra melayan pelanggan yang hadir ke restoran mereka, ya ampung ktorang seronok betul berborak dengan Chef Lyn ni ada je topik-topik yang beliau boleh masuk untuk berbual heheheh

Borak-borak jugak, jom kak lily kongsi beberapa menu yang ktorang dah order sesiap tau. Senanglah Chef Lyn plan nak masak hari tuh

Beef Stew With Soft Bun
Lamb Stew With Soft Bun
Well well well lain macam rasa Beef Stew nye, kak lily tak makan lamb yer. Sangat pekat dan full of flavor. Dagingnya lembut dan hancur terus bila di kunyah, kuahnya cukup segala rempah ratusnya. Di makan sekali dengan roti aduimak, rasa nak tambah jer rotinya kan

Salmon Buttermilk Pasta
Geram betul bila tengok saiz salmonnya tuh arghhh.. dah ler beso di masak sempurna dan kulitnya garing weii. Berebut-rebut ktorang makan hah, spagethi ermm al dente tau

Roasted Chicken And Cajun Spices
Satu hidangan lengkap yang ada ayam panggang, nasi, sayur dan juga sos cendawan berlada hitam. Even makan ayam pun dah sedap kan. Hidangan yang simple namun sangat mengenyangkan


Egg Noodles Water Prawn

Ini adalah menu baru dari Cafe Chef Lyn tau. Nampak macam sizzling biasa tapi lain machiam tau. Meenya itu digoreng dahulu untuk memberikan rasa yang rangup dan di curahkan sos istimewa dan di hidangkan panas-panas. Erm hambik ko berebut-rebut lagi ktorang makan ek hehehhehe
Ia beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam

Kalau tak sempat nak singgah boleh jer order dengan FoodPanda, GrabFood ataupun apa jua perkhidmatan penghantaran yang lelain nya





Korang juga boleh dapatkan produk makanan lain yang dihasilkan sendiri oleh Chef Lyn seperti kuih muih, pastry, kek dan juga sos istimewa dimakan terus atau dimasak panas. 

Di sini terdapat banyak pilihan sos seperti Bolognese Sauce, Black Pepper Sauce, Salted Egg Sauce, Mushroom Shoup, Beef Stew & Lamb Stew. Kak lily kira just nice untuk 2 orang makan untuk satu hidangan

Lokasi Chef Lyn’s Pastry And Cafe
Kafe yang Maha maksudkan itu terletak di kawasan Bangi Gateway Bandar Baru Bangi. Ia dekat sahaja daripada lebuh raya Sg Besi menghala ke Seremban masuk ikut Tol Bangi nanti round about pertama tu ambil pukul tiga dan jumpa dah area kawasan yang baru membangun ini. Kafenya bernama Chef Lyn's Pastry And Cafe. Ada banting tulisan kat kafe itu


Ini alamatnya:Ground Floor, Unit 23, Block B, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi



Maklumat lanjut dan juga promosi dan beli produk yang dihasilkan di Chef Lyn's Pastry And Cafe layari:
Tel : 013-3500638
Facebook : https://www.facebook.com/ChefLynPastryandCafe
Instagram : https://www.instagram.com/cheflynspastrycafe
Pembelian dalam talian : https://tinyurl.com/cheflyns




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/12/chef-lyns-pastry-and-cafe-bandar-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Berpatutan Masakan Enak Dan Layanan Memuaskan Di Chef Lyn S Pastry And Cafe Bandar Baru Bangi

Harga Berpatutan Masakan Enak Dan Layanan Memuaskan Di Chef Lyn S Pastry And Cafe Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 312 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian Kita akhirnya dah sampai kepada penghujung tahun 2021 dah yer nak masuk tahun baru beberapa hari sahaja lag...
Great Food Chef Lyn S Pastry And Cafe Bangi

Great Food Chef Lyn S Pastry And Cafe Bangi

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 569 hits
Great Food Chef Lyn s Pastry and Cafe Bangi Bandar Baru Bangi is known for the variety of food choices and hijabista fashion This time around I will be sharing of a little gem that is not far from my place Located at Block B of Bangi Gatewa...
Cafe Baru Di Bukit Bunga Kelantan Ibu Cake Cafe

Cafe Baru Di Bukit Bunga Kelantan Ibu Cake Cafe

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 390 hits
Cafe Baru Di Bukit Bunga Kelantan Ibu Cake Cafe Kalau tak silap aku dekat Bandar Baru Bukit Bunga belum ada lagi cafe yang wujud sebelum ini Jadi bila dengar ada satu cafe baru nak buka dekat Bukit Bunga Aku terus decide untuk terjah waktu ...
My Comfort Food Pfkt

My Comfort Food Pfkt

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 166 hits
Inilah favorite food Kjee My beloved husband sanggup tolong gorengkan tadi walaupun dia baru sihat sikit Tepi tepi Pi duduk jauh jauh Biar I masak You masak tak sedap Hehehe tersenyum simpul Kjee Dia tak sedar Kjee yang ajar dia masak PFKT ...
Langgar Jam Operasional Malam Tahun Baru Food Street Pik Dibubarkan Polisi

Langgar Jam Operasional Malam Tahun Baru Food Street Pik Dibubarkan Polisi

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 229 hits
Pihak kepolisian juga telah memberikan peringatan akan menindak tegas pengusaha nakal yang melanggar batasan jam operasional dengan menyegel tempat usahanya
B4yi Baru Lahir Dah Ada Gigi Ramai Cakap Bawa Tuah Tapi Doktor Saran Cabut

B4yi Baru Lahir Dah Ada Gigi Ramai Cakap Bawa Tuah Tapi Doktor Saran Cabut

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 335 hits
Gigi natal merupakan gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan Kebiasaanya gigi ini akan dibuang kerana akarnya tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan Keadaan ini sangat jarang berlaku se...
Aturan Baru Perjalanan Transportasi Laut Selama Natal Dan Tahun Baru

Aturan Baru Perjalanan Transportasi Laut Selama Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 287 hits
Aturan tersebut sejalan dengan Surat Edaran Ketua Satuan Tugas Penanganan COVID 19 Nomor 24 Tahun 2021 tentang Pengaturan Aktivitas dan Mobilitas Masyarakat Selama Periode Natal Tahun 2021 dan Tahun Baru 2022 Dalam Masa Pandemi Corona Virus...
Bersalutkan Teknologi Moden Dan Pantas Kami Kini Berwajah Baru

Bersalutkan Teknologi Moden Dan Pantas Kami Kini Berwajah Baru

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 263 hits
Dari hari ke hari teknologi web kian berkembang pantas Walaupun ada diantaranya berkaitan dengan trend semasa namun hakikatnya kita tidak boleh mengambil mudah perkembangan teknologi moden dan kehendak pasaran Itulah dilemma yang dihadapi o...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase