Checklist Sebelum Berjogging Lebih Selesa
Checklist Sebelum Berjogging Lebih Selesa. Aktiviti jogging adalah salah satu aktiviti yang sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri untuk jangkamasa panjang. Dapat berjogging setengah jam sehari pun dah kira untung. Dah kira bagus untuk kesihatan kita.
Sebelum nak berjogging tu pastikan kita sediakan peralatan yang sesuai, cukup dan selesa dengan aktiviti yang nak dilakukan. Jangan niat asalnya nak bersukan untuk sihat tapi sebaliknya dapat sakit kaki dan sebagainya.
Checklist Sebelum Berjogging Lebih Selesa
Jogging sebenarnya buat lemak mudah turun, tapi bila ada rasa sakit & cepat penat maknanya ada something somewhere yang tak betul, jom check balik
1) Sebelum buat apa-apa sahaja senaman mestilah dimulakan dengan Warming-Up dan diakhiri dengan Cooling-Down.
2) Kasut - Kasut mestilah sesuai dengan kaki masing2. Boleh google ya. Tapi aku tak nak fokuskan equipment.
3) Baby Steps - Kecilkan langkah anda ketika berlari. Lagi kecil lagi bagus kerana sangat membantu untuk kurangkan rasa sakit tapak kaki ketika jogging. Faktor kasut jugak menjadi penyebab utama. Ingat Slow and steady.
4) Cara Bernafas - Ketika berlari kepala haruslah menegak pandang kehadapan. Jangan tunduk. Tetapi jangan terlalu mendongak ke langit.
5) Pace - Semakin kecil pace semakin laju. Untuk permulaan. Kelajuan anda haruslah steady. Steady disini bermaksud nafas anda kalau bersembang dengan rakan sebelah adalah tidak tercugap cungap. Jika berlaku kurangkan kelajuan sehingga anda dapat bernafas dengan tenang.
6) Jangan Gelojoh - Untuk permulaan, anda tidak perlu fokus kepada kelajuan anda jogging . Tetapi fokus kepada jarak yang anda akan cover. Pembakaran calori bergantung kepada jarak dan denyutan jantung.
Kredit : Twitter @WehPaih
So, bagi anda yang baru nak berjogging, pastikan sediakan alat yang cukup, kasut yang sesuai dan tempat jogging juga main peranan. Digalakkan berjogging di atas padang berumput agar kaki tak rasa sakit memijak batu. Lakukan larian perlahan-lahan tapi stabil.
Selamat bersukan.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/08/checklist-sebelum-berjogging-lebih.html