Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal C Zer Boleh Letak Dalam 1 Beg


Syukur anda kini sudah memasuki trimester ketiga dan persiapan untuk melahirkan bayi pun boleh dilakukan sekarang. Tetapi apa barang keperluan bersalin yang perlu dibawa ke hospital ya?

Masa sesuai berkemas barang keperluan bersalin
Dianggarkan hanya kira-kira 5% bayi dilahirkan mengikut tarikh jangkaan bersalin. Bahkan kebanyakan kelahiran berlaku dalam beberapa minggu sebelum atau selepas due date.
Disebabkan itu, amat disarankan bagi anda mula mengemas beg untuk dibawa ke hospital sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh jangkaan tersebut. Ini dapat memberikan anda sedikit masa untuk perkara yang tidak diduga.
Bagi ibu hamil yang mempunyai sebarang tanda kemungkinan akan bersalin pramatang atau perlu melahirkan si kecil lebih awal, mungkin masa untuk mengemas beg harus dipercepatkan.
Barang keperluan ibu bersalin
Senarai berikut nampak agak banyak, tetapi kesemua barangan ini boleh dimuatkan dalam 1 beg.
1. Kad pengenalan diri
Ini diperlukan semasa mendaftar masuk. Kad insurans dan sebarang dokumen berkaitan lain juga harus disediakan,
2. Senarai ubat
Anda mungkin akan ditanya semasa mendaftar masuk dan apabila ingin mendaftar keluar.
Ketika sedang berdebar ingin beranak, terdapat kemungkinan anda tidak akan mengingati semua maklumat ubat yang diambil. Jadi senaraikannya dalam sekeping kertas, lebih mudah!
3. Ubat-ubatan, barang keperluan bersalin
Jika anda ada mengambil sebarang ubat preskripsi harian, jangan lupa membawanya bersama. Ini bagi mengelakkan situasi menjadi kelam-kabut.
4. Kad kredit atau sedikit wang tunai
Ia hanyalah untuk disimpan jika keadaan memerlukan atau anda mengidamkan sesuatu.
5. Selipar kalis licin
Aspek keselamatan harus sentiasa menjadi keutamaan anda. Jadi pastikan selipar yang dibawa atau dipakai mempunyai cengkaman yang baik untuk keselamatan.
Ini kerana semasa menunggu masa untuk bersalin, anda mungkin mahu berjalan-jalan, apatah lagi ketika berdepan kontraksi.
6. Buku
Buku, novel, majalah atau apa sahaja bahan bacaan lain yang boleh meredakan kebosanan semasa menunggu acara utama berlangsung.
7. Gajet dan pengecas
Telefon pintar dianggap sesuatu yang penting pada masa kini, bukan? Jadi sementara menunggu, anda mungkin akan bosan, jadi gajet adalah peneman yang terbaik.
Anda juga boleh mendengar radio atau muzik yang dapat membantu memberikan ketenangan semasa mengalami sakit kontraksi, betul tak? Tetapi pastikan anda membawa bersama fon telinga – penting agar tidak mengganggu ketenteraman individu lain.
8. Peralatan mandian, antara barang keperluan bersalin mesti dibawa
Selepas bersalin, ibu biasanya perlu bermalam di hospital – bagi membolehkan doktor memantau keadaan ibu & bayi. Jika tiada masalah, anda akan dibenarkan pulang selepas 24 jam.
Jadi jangan lupa untuk membawa peralatan asas seperti berus dan ubat gigi, sabun mandi, syampu, deodoran, balm bibir dan losyen – jika anda cenderung mempunyai kulit kering.
9. Seluar dalam
Anda akan memakai tuala wanita, jadi sebaiknya pilihlah saiz yang lebih besar dan full coverage style. Pilihan lain yang anda ada adalah untuk mendapatkan seluar dalam pakai buang.

10. Tuala wanita, salah satu barang keperluan ibu bersalin
Biasanya pendarahan lochia atau nifas selepas bersalin untuk beberapa hari pertama adalah banyak. Jadi pertimbangkan untuk membawa pad tebal.
Penggunaan tampon selepas bersalin perlu dielakkan bagi menghindari risiko jangkitan.
11. Bra penyusuan
Jika anda merancang untuk menyusukan badan, bra menyusu dapat membantu memberikan akses dengan mudah apabila diperlukan.
12. Nursing cover & pelapik penyusuan
Bagi mereka yang bersalin di hospital, anda mungkin akan menerima kedatangan tetamu. Jadi penggunaan nursing cover atau pelindung ketika menyusukan bayi akan dapat memberikan anda keselesaan.
Pelapik penyusuan juga diperlukan jika berlaku sebarang ‘kebocoran’ susu.
13. Pakaian pulang
Pastikan juga dalam beg anda dimasukkan pakaian yang akan dipakai apabila dibenarkan pulang nanti. Pilihlah pakaian yang dapat memberikan keselesaan kepada anda.
Anda juga boleh memadankan pakaian dengan si kecil, barulah comel!
14. Cermin mata atau kanta sentuh
Ia mungkin perkara terakhir yang terlintas di fikiran atau anda juga mungkin terlupa mengenainya!
Jangan lupa untuk membawa cermin mata atau bagi mereka yang memilih untuk memakai kanta lekap – pastikan anda membawa bekas simpan dan juga multi-purpose solution.
Bagi ibu yang akan menjalani prosedur kelahiran caesar, pertimbangkan untuk membawa barangan berikut:
15. Seluar dalam sokongan, barang keperluan ibu bersalin czer
Bawa beberapa seluar dalam khas untuk C-Section – ia berpinggang tinggi dan menawarkan mampatan ringan.
Anda juga boleh membawa fold-over underwear – seluar dalam boleh dilipat untuk memastikan ia terletak di bawah tempat pembedahan czer.
16. Compression wrap
Barang keperluan bersalin lain adalah tali pinggang sokongan (belly wrap). Ia dapat memberikan sokongan tambahan pada perut.
Namun pastikan anda mendapatkan kepastian daripada doktor mengenai garis panduan sebelum anda mula memakainya.
17. Pakaian longgar
Anda mungkin lebih selesa memakai pakaian seperti baju tidur berbanding berseluar – bagi mengelakkan pakaian bergesel dengan luka C-Sec.
Keperluan & keselesaan
Sebenarnya apa yang ingin anda bawa adalah bergantung kepada diri. Mungkin apa yang disenaraikan di atas, bukanlah keutamaan buat anda.
Jadi cuba buat checklist perkara yang anda rasakan penting untuk keperluan dan keselesaan diri sepanjang di hospital nanti.
Lakukan persediaan awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir atau anda mungkin akan tertinggal barang keperluan bersalin yang penting!
Kredit: Hello dOKTOR


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal & C-zer” Boleh Letak Dalam 1 Beg appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/checklist-barang-keperluan-ibu-bersalin-normal-c-zer-boleh-letak-dalam-1-beg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 276 hits
Kanak kanak normal pun boleh ada tanda tanda autisme Jangan terkejut dengan kenyataan ini ya ibu ayah Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku pada anak anda yang lahir normal sekiranya tidak dipantau sejak awal Autisme adalah spektrum...
Bila Boleh Buka Buku Pink Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu Pastikan Jangan Lambat

Bila Boleh Buka Buku Pink Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu Pastikan Jangan Lambat

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 145 hits
Persoalan bila boleh buka buku pink pastinya antara yang sering bermain di fikiran wanita yang pertama kali bergelar ibu betul tak Jika anda salah seorang daripadanya teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya Buka...
Otg Lv Bag Luas Dan Besar Macam Macam Boleh Letak

Otg Lv Bag Luas Dan Besar Macam Macam Boleh Letak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 453 hits
Beg copy ori terbaru dalam koleksi k fiezz hehe K fiezz ni asyik beg je hehe Setiap orang ada hobi kan So kumpul beg copy ori adalah hobi sis hehe Kalau artis orang ada ada kumpul beg branded yang ori Sis mampu beg copy ori sajo Copy ori pu...
Hiburan Undang Undang Mana Ni Peniaga Letak Syarat Kena Spend Rm20 Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket

Hiburan Undang Undang Mana Ni Peniaga Letak Syarat Kena Spend Rm20 Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 175 hits
Viral di media sosial Twitter satu hantaran video memaparkan seorang peniaga di sebuah pasar raya terkenal didakwa meletakkan syarat untuk membeli minyak masak paket Menerusi video tersebut dilihat pelanggan yang datang telah berasa tidak b...
Bakal Bersalin September Depan Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

Bakal Bersalin September Depan Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 175 hits
Makin berseri dan cantik pelakon Mona Allen selepas berhijab Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu Perbaiki diri sebelum bertukar status seba...
Siapa Kata Bersalin Czer Tak Boleh Kurus Perut Gelebeh Doktor Ni Betulkan Fakta

Siapa Kata Bersalin Czer Tak Boleh Kurus Perut Gelebeh Doktor Ni Betulkan Fakta

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 270 hits
Tak boleh berurut dan berbengkung selepas bersalin Inilah gambaran ramai buat wanita yang melahirkan anak melalui kaedah pembedahan Sudahnya badan jadi gelebeh dan sukar untuk kurus Betulkah kenyataan ini Doktor yang cukup dikenali di media...
Kita Boleh Lakukan Ini Dr Halina Layan Soalan Penyusuan Dari Pengikutnya Inspirasi Ibu Ibu Lain Menyusukan Anak

Kita Boleh Lakukan Ini Dr Halina Layan Soalan Penyusuan Dari Pengikutnya Inspirasi Ibu Ibu Lain Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 166 hits
Isteri kepada Dato Dr Sheikh Muszaphar Datin Dr Halina Mohd Yunos sememangnya seorang wanita dan ibu yang penuh inspirasi Ibu kepada enam orang cahaya mata termasuk dua pasang anak kembar ini benar benar wanita bertuah dalam perjalanannya m...
Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 157 hits
Alih perhatian anak kecil kita dari gajet apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak anak di rumah sebaiknya Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka Ini yang mak ayah perlu tahu Kemahiran mot...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord