Checklist 10 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan


AssalamualaikumBismillah
Hai semua, Ramadan tahun ini korang ada buat checklist tak? Hari tu aku dengar tazkirah dari Ustaz Adi Hidayat dan juga Ustaz Wadi Anuar. Kata mereka sepatutnya kita awal-awal lagi buat checklist amalan yang kita nak buat sepanjang Bulan Ramadan

Macam mana persediaan kita untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, begitu juga persiapan kita menyambut Bulan Ramadan. Dan kalau boleh tahun ini kita semua berazam untuk dapatkan Malam Lailatur Qadar


Oleh itu, dalam entri kali ini, aku dah buat Checklist 12 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan. Tidak dapat amalkan semua, jangan tinggal semua. Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada ALLAH. 
1. Bangun sahur & Buka Puasa On-Time
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةًMaksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)
Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air, atau sebutir tamar atau selain daripada keduanya. 
Sahur yang paling afdhal adalah sahur dengan air dan tamar sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُMaksudnya: Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar. Riwayat Abu Dawud (2345)
Keberkatan sahur yang kita boleh peroleh :Keberkatan Syar'iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.

Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW

Kita juga boleh memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul) untuk berdoa ketika berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam)
Selain itu, kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika azan dilaungkan, terus utamakan untuk berbuka puasa.
Perkara itu dianjurkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: 
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari)
2. Solat Tahajud 2 rakaat sebelum sahurAntara amalan yang boleh dilakukan ialah mendirikan solat Tahajud ataupun solat sunat yang lain. Ambillah peluang untuk beribadat kepada ALLAH SWT pada sepertiga malam kerana terdapat banyak fadilatnya.
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah al-Isra’: 79)
3. Solat awal waktu (Solat Fardhu)Solat pada awal waktu dan solat berjemaah sememangnya tsabit kelebihannya dalam banyak hadith, antaranya:

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏"‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏‏
Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”. Sahih al-Bukhari (5970)

4. Baca al-Quran (1-4 muka surat sehari)Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat. Membacanya mendapat pahala dan ganjaran sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakana ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat Al-Tirmizi (2910)
Sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari 1 muka surat dan digalakkan untuk membaca lebih daripada itu. In shaa Allah, bacaan kita akan semakin lancar dari hari ke hari

Pohonlah kepada Allah supaya memandu dan membantu kita apabila membaca Al-Quran. Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripadaNya. 
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]
Juga dengan niat untuk berhubung dengan Allah dengan membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al-Quran.
Oleh itu, doa adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah

5. Solat berjemaah (Solat di masjid)Dalam beberapa hadis Nabi SAW yang sangat mengambil berat akan solat berjemaah yang dilakukan di masjid.Antaranya :
Daripada Abu Hurairah :
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Maksudnya :” Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.” Riwayat Muslim (1556)
Nabi SAW bersabda lagi di dalam sebuah hadis yang lain :
مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Maksudnya :” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.” Riwayat Muslim (1553)Pada Bulan Ramadan yang mulia ini ambillah peluang untuk solat berjemaah di masjid. 
6. Solat Tarawih
Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (37)
7. Jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasaKita boleh saja berpuasa tahan lapar sepanjang hari, tetapi tidak semua orang dapat menahan diri daripada melalukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sebagai contoh, menahan diri daripada berkata perkara yang tidak baik (mencarut, memaki, berbohong) walaupun semua itu tidak membatalkan puasa kita. 
Bukan itu sahaja, seharian berpuasa tetapi meninggalkan ibadah solat fardhu adalah suatu kesilapan yang maha besar. Amatlah rugi bagi hamba Allah, yang berpuasa namun gagal menjaga dan mendiri solat fardhu lima waktu sedangkan solat itu adalah ibadah wajib dan berdosa besar jika ditinggakan dengan sengaja. Maka sia-sialah puasa kita. 
Dan paling teruk sekali majoriti antara kita menjadikan Ramadhan ini sebagai pesta makanan dengan membeli pelbagai juadah berbuka dibazar Ramadhan sehingga penuh satu meja. 
Kebanyakkan dari kita berbelanja mengikut hawa nafsu dan akhirnya makanan yang dibeli tidak termakan dan dibuang begitu sahaja. Kita seharusnya menjadikan bulan puasa ini untuk lebih bersederhana dan mengurangkan pembaziran dalam semua aspek. 


8. Sedekah setiap hari dengan konsisten walaupun RM1Dalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan:
سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏
Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan. Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.
Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri. 
Ini seperti mana yang telah diriwayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah ﷺ yang mana Baginda telah bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu. Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.

9. Jangan biarkan hari berlalu tanpa Sedekah & InfaqBentuk-bentuk Sedekah Jariyah
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkanAnak soleh yang dia tinggalkan.Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.Masjid yang dibina.Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia binaSungai yang dia alirkan.Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.” Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
10. Zikirullah & Perbanyakkan IstighfarDi dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]
KesimpulannyaPada Bulan Ramadan ini, isilah masa kita dengan memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH SWT. Hal ini demikian kerana Ramadan hanya setahun sekali. Dan belum tentu lagi tahun depan kita dapat meraikan bulan yang mulia ini

Teringat pesan Ustadz Adi Hidayat, kita mahu Ramadan yang ke berapa lagi supaya kita boleh berubah? 
Aku doakan semoga kita semua diberikan keberkatan dan redha sepanjang di Bulan Ramadan ini. Semoga entri ini bermanfaat. Salam Ramadan dan selamat berpuasa. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/04/checklist-10-amalan-sepanjang-bulan-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Resipi Masakan Mudah Sedap Sepanjang Bulan Ramadan Bersama Bestari

6 Resipi Masakan Mudah Sedap Sepanjang Bulan Ramadan Bersama Bestari

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 179 hits
Masakan air tangan ibu tentunya sajian terbaik buat keluarga Walau ringkas tetap terasa enaknya Tidak berapa lama lagi Ramadan juga bakal menjelang tiba Semestinya tugas memasak jadi lebih mencabar berbanding biasa Inilah masanya dimana par...
Bulan Puasa Dah Makin Hampir Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan

Bulan Puasa Dah Makin Hampir Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 181 hits
Bulan Puasa Dah Makin Hampir Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan RAMADAN adalah bulan barakah yang Allah berikan kepada hambanya Seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan...
Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 183 hits
AssalamualaikumBismillahTahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa buat aku kerana dapat menyambut Ramadan bersama dengan orang tersayang Pertama kali sambut bulan Ramadan bersama suami jadi perasaan tu sangat teruja Aku gembira kerana ...
Milo Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan Milo Uht

Milo Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan Milo Uht

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 281 hits
Hi Korang Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini MILO UHT ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT yang akan dilangsungkan di seluruh ne...
Jmb Melampau Tekan Umat Islam Ganggu Aktiviti Surau Di Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 07 04 2022

Jmb Melampau Tekan Umat Islam Ganggu Aktiviti Surau Di Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 07 04 2022

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 263 hits
Telah berlangsungnya satu sidang media berhubung isu yang mendakwa hak umat Islam telah diganggu pada bulan Ramadhan Hal ini dianggap melampaui batas kerana mencampuri urusan aktiviti mengimarahkan surau Walaupun isu ini telah dianggap sele...
Tips Traveling Di Bulan Ramadan Tetap Bisa Jalan Walau Tengah Berpuasa

Tips Traveling Di Bulan Ramadan Tetap Bisa Jalan Walau Tengah Berpuasa

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 178 hits
Nah itulah beberapa tips yang sobat Hipwee lakukan agar dapat melakukan travelling saat bulan Ramadan Semoga rencana travelingmu tetap seru walau tengah berpuasa ya
Bulan Ramadan Sebanyak 1 500 Biji Murtabak Terjual Sehari Di Mari S Buffet Cafe Kuantan

Bulan Ramadan Sebanyak 1 500 Biji Murtabak Terjual Sehari Di Mari S Buffet Cafe Kuantan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 237 hits
KUANTAN Bulan Ramadan tentunya ramai yang tercari cari hidangan berbuka puasa Murtabak antara menu yang popular untuk juadah berbuka puasa Murtabak daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular di Bazar Ramadan Lain pula...
Jangan Membazir Di Bulan Ramadan Kenyataan Media Ppim 10 04 2022

Jangan Membazir Di Bulan Ramadan Kenyataan Media Ppim 10 04 2022

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 252 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengajak orang ramai beribadah dan meningkatkan amal sepanjang bulan Ramadan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata semoga segala kebaikan dan kerja amal yang dijalankan akan berterusan selepas Ramad...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan