Chauvinist Mahu Menulis Semula Sejarah Negara


Komunis bukan wira
SAYA sangat khuatir sejak kebelakangan ini perkara yang pada suatu ketika dahulu tidak diterima akal, hari ini mahu dijadikan sebaliknya oleh beberapa pihak.

Nilai dan budaya yang dahulunya asing mahu disemai di bumi Malaysia. Seolah-olah setiap hari ada sahaja perkara menggusarkan dilakukan di Malaysia.

Mereka mahu mengolah persepsi baharu kerana apabila setiap hari perkara asing diuar-uarkan ia mungkin suatu ketika nanti akan diterima masyarakat kebanyakan.

Perkara itu sangat menggusarkan dan perlu ditangani dengan segera. Pelbagai perkara yang mengejutkan berlaku di Malaysia beberapa hari kebelakangan ini.

Abu Chin Peng secara diam-diam dibawa pulang ke Malaysia dan disambut beberapa kalangan. Selepas itu timbul pula perkumpulan yang mahu mengingati Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang.

Tular juga beberapa insiden di mana perkumpulan membabitkan pemakaian pakaian seragam PKM. Mereka mendakwa abu Chin Peng itu sekadar abu sahaja dan tidak akan membawa apa-apa implikasi kepada negara.

Jika benarlah ia sekadar abu, mengapa ia perlu disambut dan dibuat ritual-ritual tertentu malah mendapat liputan meluas daripada media pula.

Hal itu menggambarkan terdapat agenda pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka membawa pulang abu Chin Peng itu.

Daripada rentetan peristiwa itu seolah-olah ada golongan yang mahu menulis semula sejarah negara dan mahu PKM tidak lagi dibenci masyarakat awam.

Kekejaman dan kezaliman PKM mahu dipadamkan daripada memori negara. Mereka mungkin mahu PKM berada dekat di hati rakyat Malaysia menjadi norma lazim yang tidak lagi ditakuti oleh rakyat Malaysia.

Namun sebenarnya rakyat Malaysia masih belum dapat melupakan kezaliman PKM. PKM membunuh kejam ramai rakyat Tanah Melayu ketika itu tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, India atau Cina.

Bagaimana mungkin rakyat Malaysia boleh menerima perjuangan PKM yang jauh tersasar daripada norma-norma kehidupan adil di Malaysia.

Bagaimana pula rakyat Malaysia yang mana datuk dan nenek mereka dibunuh oleh PKM? Darah mereka yang gugur melawan PKM dan mereka yang dibunuh PKM mestilah dibalas setimpal mengikut undang-undang.

Komunis bukanlah wira yang perlu dijulang. Mereka pengkhianat negara, merosakkan negara dan mahu menjajah dengan menerapkan ideologi komunis mereka di negara kita.

Jika dulu mereka berjaya menawan negara sudah pasti negara kita tidaklah ditadbir berdasarkan sistem demokrasi yang berpaksikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Persoalan timbul dalam perjumpaan yang diadakan sehingga mereka sanggup memakai pakaian seragam PKM. Ia simbol kepada perjuangan mereka yang mahu dihidupkan kembali.

Ia juga seperti mencabar pihak berkuasa agar mengambil tindakan dan menguji sama ada mereka berdaya mengambil tindakan terhadap mereka.

Oleh yang demikian pihak kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera bagi mengekang fahaman komunis dipelopori PKM itu dapat dihapuskan.

Kita tidak pernah mendengar cerita kebaikan PKM dahulu, masakan suatu pertubuhan yang baik tidak didengari sebarang kebaikan mereka.

Tanyalah orang tua-tua kita, adakah mereka mempunyai kenangan manis dengan PKM. Saya pasti jawapannya adalah negatif.

Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada siapa sahaja yang cuba menghidupkan kembali PKM ataupun fahaman komunis.

Tiada tempat bagi komunis di Malaysia, fahaman komunis yang bertentangan dengan norma lazim masyarakat Malaysia tidak seharusnya diberi ruang di negara kita.

Sekiranya komunis diberikan pengiktirafan maka sia-sialah perjuangan pihak keselamatan dahulu yang berkorban nyawa dan mengalami kecacatan kekal semata-mata mempertahankan kedaulatan negara kita.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka atas pengorbanan mereka, bukan menghina mereka dengan mengiktiraf perjuangan jahat mereka itu.

Mengiktiraf komunis bermakna mengatakan tindakan mereka betul. Apabila tindakan mereka betul ia bermakna tindakan orang yang melawan mereka adalah salah.

Hal yang demikian tak boleh kita terima. Komunis adalah pengganas, polis dan tentera kita yang melawan komunis adalah wira negara.

Orang yang terkorban bertempur dengan komunis mempertahankan negara adalah mereka yang telah berkorban demi kesejahteraan kita semua. Hargailah mereka, hormati mereka dan kenanglah jasa mereka.

Komunis bukan wira, mereka tiada tempat di negara kita.

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/12/chauvinist-mahu-menulis-semula-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerombolan Chauvinist Yang Tidak Menghargai Negara Malaysia

Gerombolan Chauvinist Yang Tidak Menghargai Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 399 hits
Dosa dosa Dong Zong Jiao ZongANTARA dosa dosa Dong Zong dan Jiao Zong kepada negara termasuk Menentang Penyata Barnes 1951 Menentang Ordinan Pelajaran 1952 Menentang Kertas Putih Pelajaran 1954 Menentang Penyata Razak 1956 Menentang Ordinan...
Masalah Integriti Kedudukan Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

Masalah Integriti Kedudukan Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 313 hits
oleh nbsp DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRI nbsp 1 Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana mana Menteri mengenai apa apa perkara und...
Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 352 hits
KETAHUI HAK ANDA Sekiranya anda adalah penjawat awam tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan tajaan insuran perjalanan ke luar negara sekali setahun Jadi tuntutlah hak anda dan melanconglah setiap tahun Langkah langkahnya 1 Isi permohon...
Negara Tetap Perlukan Rafizi Walaupun Kerajaan Semasa Tidak Pedulikannya

Negara Tetap Perlukan Rafizi Walaupun Kerajaan Semasa Tidak Pedulikannya

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 283 hits
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar benar menggembirakan buat Rafizi Ramli Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perban...
Agenda Dap Tawan Takluk Jajah Negara

Agenda Dap Tawan Takluk Jajah Negara

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 243 hits
Pilihan Raya Pihak Berkuasa TempatanDecember 13 2019TUNTUTAN DAP yang berulang kali mendesak supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan kembali diadakan menunjukkan kedegilan parti itu enggan akur dengan hakikat dan keterangan pernah dibahaskan ...
Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

Hakam Sambut Baik Keputusan Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 232 hits
Hakam sambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2019 10 56PM
Artikel Dari The Coverage Tmj Mahathir Bukan Mahu Selamatkan Negara Tetapi Anaknya Melahirkan 3 Anak Billionaire

Artikel Dari The Coverage Tmj Mahathir Bukan Mahu Selamatkan Negara Tetapi Anaknya Melahirkan 3 Anak Billionaire

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 334 hits
Tunku Mahkota Johor mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercaban...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar