Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai


Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai rakyat Malaysia terutama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Channel Youtube Sugu Pavithra tiba-tiba menjadi fenomena apabila dalam masa yang singkat telah mengumpul “subscribers” melebihi 100 ribu orang dan views yang tinggi.
Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai Sepasang suami isteri tidak menyangka perkongsian video memasak pelbagai menu dengan bertutur dalam bahasa Melayu berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur.
S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai seramai 160,000 pelanggan sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.
Pasangan yang tinggal di kuarters ladang kelapa sawit di sini itu juga boleh menarik nafas lega kerana sebagai Rakan YouTube, mereka mampu memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).
Pavithra yang mempunyai perwatakan lemah lembut serta petah berbahasa Melayu itu berkata dia mula memuat naik video masakan di YouTube selepas mendapat saranan daripada seorang rakan baik yang juga seorang YouTuber.
“Menu pertama adalah ikan tilapia bakar dan saya tunjukkan cara-cara memasak dengan mengggunakan bahasa Melayu. Dalam masa empat hari sahaja seramai 5,000 telah mengikut akuan YouTube saya dan selepas itu telah dapat e-mel daripada YouTube untuk menjadi rakan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Pavithra, ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong, Ipoh berkata dia dan suami tidak menyangka ramai yang menonton video memasaknya serta terus melanggan, dan dianggap sebagai dorongan untuk mereka terus menghasilkan bahan lebih menarik.
“Saya pandai cakap bahasa Melayu jadi tidak salah kalau saya buat video memasak dalam bahasa ini. Kalau saya cakap bahasa Tamil tidak semua faham, jadi saya pilih gunakan bahasa Melayu biar semua rakyat Malaysia boleh tengok dan faham.
“Paling menyeronokkan dan memberi semangat apabila ramai yang memberikan komen positif dan meminta saya teruskan usaha ini. Tidak kurang juga ada yang minta kami tunjukkan cara masak makanan India, ini sangat menyeronokkan,” katanya.
Tambah menarik dan teruja apabila ada selebriti tanah air yang bukan sahaja mengikuti akaun YouTube mereka malah turut mencuba resepi itu dan kemudian berkongsi di akaun laman sosial masing-masing sambil menyatakan ia adalah idea ‘Sugu Pavithra’.
Antara yang mencuba resepi ‘Sugu Pavithra’ adalah atlet bina badan negara, Sazali Samad dan YourTuber Jepun ‘IChang RM’ dengan memasak kari ayam.
Pavithra berkata dia dan suami memilih untuk memasak makanan mudah antaranya terung bulat tumis belacan, kuih ketayap dan kangkung tumis dengan bahan digunakan biasanya ada di dapur setiap rumah agar lebih ramai mencuba resepi yang dikongsikan.
Satu yang menarik mengenai Pavithra, dia tidak memerlukan peralatan yang banyak atau canggih untuk memasak, tapi cukup dengan satu kuali, sudip dan dua periuk termasuk satu periuk untuk memasak nasi.
Malah, untuk merakam aksinya di dapur, Pavithra hanya menggunakan telefon pintar yang diletakkan di atas cawan di tempat kukuh, tapi tetap menghasilkan klip video yang cantik dengan bantuan suaminya.
“Jika suami masak, saya yang banyak bercakap termasuk kenalkan bahan-bahan dan cara-cara kerana suami pemalu,” katanya, memaklumkan tugas menyunting klip video dibuat selepas makan serta dua anaknya tidur.
Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak menganggap diri sebagai selebriti sebaliknya masih Sugu dan Pavithra yang sama, dan meminta orang ramai terus mengikuti serta mencuba resepi yang dikongsikan.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/channel-youtube-sugu-pavithra-jadi-ikutan-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sugu Pavithra Shows A Good Family Bonding Through Her Youtube Channel

Sugu Pavithra Shows A Good Family Bonding Through Her Youtube Channel

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 324 hits
Pavithra or known as Sugu Pavithra a cooking Youtuber who started gaining popularity when someone tweeted about her cooking channel while I m scrolling down Twitter Thanks to Twitter users who kept tweeting about her she gained a lot of sub...
Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 583 hits
Youtuber Sugu Pavithra berjaya meraih jumlah subscibers sebanyak 370 000 dalam tempoh yang singkat Sejak tular di laman Facebook dan Twitter angka subscriber channel Sugu seolah olah tidak berhenti meningkat dan kini hampir mencecah 400 000...
Malaysians Under Mco Are Finding Comfort In Newcomer Sugu Pavithra S Youtube Channel

Malaysians Under Mco Are Finding Comfort In Newcomer Sugu Pavithra S Youtube Channel

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 501 hits
The channel has gained over 390 000 subscribers in a short period since starting in January this year small Cover image via Sugu Pavithra YouTube small Malaysians stuck at home are loving a new YouTube channel for its relaxing simplicity an...
Jahatnya Ada Netizen Dengki Minta Sugu Pavithra Tutup Saluran Youtube

Jahatnya Ada Netizen Dengki Minta Sugu Pavithra Tutup Saluran Youtube

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 527 hits
Hanya suka berkongsi resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana bersama keluarga di saluran Youtube seorang suri rumah bernama Pavithra kini semakin dikenali ramai Saluran Youtube Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripa...
Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di Youtube Tidak Seperti Yang Disangka

Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di Youtube Tidak Seperti Yang Disangka

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 544 hits
Pendapatan pasangan Youtuber Sugu Pavithra mula menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen selepas beliau sebelum ini dilaporkan menerima gaji atau bayaran daripada Google Bayaran daripada Google secara kebiasannya diterima melalui pengikla...
Suri Rumah Sugu Pavithra Naikkan Subscriber Youtube 342k Dengan Upload Video Masak Masak Untuk Keluarga

Suri Rumah Sugu Pavithra Naikkan Subscriber Youtube 342k Dengan Upload Video Masak Masak Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 610 hits
Masa aku mula mula tengok video dia Subscriber baru 100 orang lebih macam tu View video pertama ikan talapia bakar dia baru dalam 300 lebih macam tu saja Ni 3 bulan yang lalu Sekarang subscriber dia dah 100k lebih dah dan setiap video yang ...
Sesiapa Boleh Jadi Sugu Pavithra Dapat Gaji Dari Youtube

Sesiapa Boleh Jadi Sugu Pavithra Dapat Gaji Dari Youtube

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 795 hits
Nama Sugu Pavithra makin dikenali kerana channel Youtube berkaitan masakan dan tips dapur yang dikongsikan Memulakan channel Youtube sekitar awal Januari 2020 Sugu Pavithra boleh tersenyum riang kerana sudah dapat merasai duit USD daripada ...
Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang Pm Bagi

Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang Pm Bagi

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 410 hits
Viral Pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama Sugu Pavithra berhasrat memasak untuk semua jiran tetangga menggunakan barangan asas yang dihadiahkan Perdana Menteri Tan Sir Muhyiddin Yassin Terharu dengan pemberian PM S Pavithra...
Pm Hadiahkan Ketuhar Tripod Kepada Sugu Pavithra

Pm Hadiahkan Ketuhar Tripod Kepada Sugu Pavithra

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 318 hits
IPOH Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara kata pasangan suami isteri yang menjadi viral di media sosial dengan video masakan mereka menerusi YouTube S Pavithra 28 ketika dihubungi berkata dia bers...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno