Chandra Muzaffar Sekolahkan Mujahid



ETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa sepatutnya memberi tumpuan kepada isu lebih besar yang memberi kesan terhadap masyarakat, bukannya “dasar arak”, kata seorang aktivis sosial.
Chandra Muzaffar berkata, isu itu termasuklah masalah dadah yang telah wujud sejak berdekad-dekad, rasuah yang berleluasa, jurang kekayaan yang semakin melebar dan polarisasi kaum dan agama yang semakin meningkat.
Beliau juga berkata, sebarang dasar yang dicadangkan untuk menyekat penglibatan orang Islam dalam pembuatan, pengangkutan, penjualan atau penyajian arak perlu mengambil kira pandangan pekerja terbabit.
“Ini adalah mata pencarian mereka dan mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memutuskan sama ada patut berada dalam perniagaan itu atau tidak,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Rosli Affandi, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia, mengenai cadangan Mujahid.
Rosli berkata, majoriti individu dalam industri makanan adalah orang Melayu dan pengenalan “dasar arak” baharu akan menjejaskan mata pencarian mereka.
Chandra berkata, kepimpinan Amanah dan pemimpin Islam lain harus lebih prihatin terhadap situasi dadah di negara ini.
“Majoriti pengguna dadah di negara ini adalah (dalam kalangan) orang Melayu Islam. Tidak kira siapa mangsanya, masalah dadah adalah cabaran utama negara,” katanya.
Menurut statistik kerajaan, kira-kira 79.8% pengguna dadah pada 2019 datangnya daripada komuniti berkenaan.
“Kita juga harus prihatin tentang berleluasanya rasuah. Parti politik khususnya, harus meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu,” katanya.
Chandra juga bercakap mengenai jurang kekayaan yang semakin meningkat dalam semua komuniti. Ini bukan isu yang terhad kepada jurang perbezaan antara kaum, katanya.
“Kita perlu fokus untuk merapatkan jurang kekayaan dalam setiap komuniti. Orang ramai lupa bahawa jurang perbezaan semakin melebar,” katanya.
Mengenai polarisasi yang semakin meningkat Chandra berkata, perpaduan penting bagi Malaysia dan kelangsungan serta kejayaan negara bergantung kepada kesepaduan komuniti yang berbeza.
“Inilah perkara yang harus kita fokuskan, bukannya dasar arak,” katanya ~ FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/10/chandra-muzaffar-sekolahkan-mujahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Sop Ke Laut Perangai Lama Berkarat Lagi Kata Mujahid

Prn Melaka Sop Ke Laut Perangai Lama Berkarat Lagi Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 350 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON October 26 2021 Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyelar prosedur operasi standard Pilihan Raya Negeri Melaka yang dianggapnya sebagai SOP ke laut Ini ekoran pengumuman Menteri Kesihatan ...
Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 322 hits
Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran daripada isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negaraPETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Amanah berkata sensitiviti umat pe...
Focus On Graft And Drug Woes Not Liquor Policy Mujahid Told

Focus On Graft And Drug Woes Not Liquor Policy Mujahid Told

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 317 hits
Chandra Muzzafar says politicians such as Mujahid Yusof Rawa should be more concerned about issues like drug addition and rampant corruption PETALING JAYA Amanah vice president Mujahid Yusof Rawa should focus on bigger issues affecting soci...
Mb Perak Perlu Jelaskan Penerokaan Kolam Udang 200 Ekar Di Sungai Betul Bawah Mujahid

Mb Perak Perlu Jelaskan Penerokaan Kolam Udang 200 Ekar Di Sungai Betul Bawah Mujahid

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 365 hits
November 1 2021Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad perlu menjelaskan status tanah seluas 200 ekar di Sungai Betul Bawah milik SADC yang dipajak kepada sebuah entiti untuk dibangunkan untuk projek kolam udang Ahli Parlimen Parit Buntar...
Warganet Sekolahkan Hadi Selepas Veteran Pas Diseru Berjuang

Warganet Sekolahkan Hadi Selepas Veteran Pas Diseru Berjuang

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 299 hits
FAZLI RADZIRata rata warganet mengkritik kepimpinan Pas pada masa ini susulan seruan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar veteran Pas Assabiqun berperanan dalam perjuangan Bagi pengguna Facebook Manaf Selasih Muslim yang baik...
Lirik Bajalan Jo Hati Luko Anggi Chandra

Lirik Bajalan Jo Hati Luko Anggi Chandra

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 262 hits
indak talok di diri denai kountuak manaruihkan hiduik basamondak ka mungkin hatiko den pasosamantaro lah acok talukoramuak hati den cubo manahanuntuang kok luko lai ndak mangasantabayang juo adiak jo urangkatiko denai mancari makanjo parunt...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Nasi Goreng Telur Kosong

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

Ultra Conservatives Lambast Dap Mp Syerleena For Sitting In A Prayer Session At Thai Buddhist Temple