Chandler Wobble Bumi Berputar Semakin Laju Punca Hari Paling Singkat


 


Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pada hari kejadian, Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam.
Fenomena itu turut didakwa berpunca daripada perubahan putaran Bumi pada paksinya yang mengalami gerakan goyah dipanggil ‘Chandler Wobble’. Ia berfungsi sama seperti putaran gasing yang bergoyang apabila mula perlahan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, putaran Bumi menjadi semakin laju yang mengakibatkan hari yang lebih singkat.
Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut.
Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya.
Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an.
Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.
Sebagai contoh, gempa bumi pada 2004 yang mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi telah mengalihkan batuan yang cukup untuk memendekkan waktu pada hari kejadian sebanyak hampir tiga mikrosaat.
Peredaran lautan dan tekanan di dasar laut turut menarik paksi Bumi. Pada November 2009, peristiwa di Lautan Selatan menjadikan Bumi berputar lebih laju dan memendekkan separuh daripada hari dalam bulan itu sebanyak 0.1 milisaat.
Sesetengah pakar percaya bahawa sesuatu mungkin berlaku pada teras dan mantel Bumi.
“Kami tidak pasti kerana Bumi adalah sistem yang sangat kompleks tetapi saya percaya ia menyebabkan Chandler Wobble terjejas dan tempoh hari berkurangan secara serentak.
“Tiada siapa menjangkakan bahawa Bumi akan mula berputar dengan lebih pantas,” kata Dr. Leonid Zotov dari Institut Astronomi Sternberg, Moscow. – Agensi
Sumber 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2022/08/chandler-wobble-bumi-berputar-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saintis Dakwa Bumi Tiba Tiba Berputar Semakin Laju Masa Hilang Sebanyak 1 5 Milisaat Sehari

Saintis Dakwa Bumi Tiba Tiba Berputar Semakin Laju Masa Hilang Sebanyak 1 5 Milisaat Sehari

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 194 hits
Saiz ukur lilit Bumi adalah sekitar 40 075 kilometer di Khatulistiwa dan berputar pada kelajuan sekitar 1670 kilometer jam Walaubagaimanapun putaran Bumi yang sepatutnya bersamaan 24 jam satu hari telah menjadi pendek menurut saintis Ia ber...
Hari Ke 10 Aisywara Nealofa Tunjuk Mata Luka Czer Mua Bellaz Pun Semakin Sembuh

Hari Ke 10 Aisywara Nealofa Tunjuk Mata Luka Czer Mua Bellaz Pun Semakin Sembuh

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 209 hits
Hari ini masuk hari ke 11 selebriti media sosial Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Mua Bellaz melahirkan cahaya mata keempatnya Menurut perkongsianya di laman Instagram semalam dia berkongsi wajah terkini puteri keduanya Dalam ...
Hari Hari Tambah Sayang Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah

Hari Hari Tambah Sayang Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 335 hits
Seharusnya semakin lama usia perkahwinan kita lebih menghargai dan menyayangi antara satu sama lain Perlu sentiasa tunjukkan rasa sayang walaupun dengn satu tindakan kecil Itu dah boleh buat suami atau isteri kita rasa happy dan dihargai Ar...
Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib

Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 181 hits
Usahawan dan pelawak popular Shuib Sepahtu sukar membuang perasaan sedih atas pemergian arwah isteri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah genap setahun meninggal dunia mengikut kalendar Islam Saya reda cuma rindu yang sangat unik Se...
Genap 6 Bulan Hari Ni Neelofa Beri Hint Wajah Comel Muhammad Bilal

Genap 6 Bulan Hari Ni Neelofa Beri Hint Wajah Comel Muhammad Bilal

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 210 hits
Sempena genap 6 bulan hari kelahiran Bilal usahawan Noor Neelofa akhirnya memberi hint wajah comel anaknya di Instagram Wow Bantal bus k favorite dia tu tutup mata tengah tidur Bukan tutup hidung ya Anak ku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari...
Shuib Masih Rindu Namun Sudah Reda Tiada 1 Hari Pun Tak Fikirkan Siti Sarah

Shuib Masih Rindu Namun Sudah Reda Tiada 1 Hari Pun Tak Fikirkan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 236 hits
Hari ini genap setahun penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia mengikut kalender Islam Hal tersebut sememangnya sangat menyedihkan buat para peminat dan tentu saja buat suami tercinta Shuib Sepahtu Menerusi lapor...
Butik Ke 41 Siti Khadijah Ampang Dibuka Sambutan Hari Pertama Sangat Meriah

Butik Ke 41 Siti Khadijah Ampang Dibuka Sambutan Hari Pertama Sangat Meriah

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 292 hits
BUTIK KE 41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH Assalammualaikum semua Hari ini 30 Julai 2022 adalah tarikh istimewa buat jenama tempatan kesayangan ramai iaitu Siti Khadijah Selepas melalui pelbagai liku perniag...
Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 270 hits
agendaily com31 07 2022Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan Foto kredit UMNO OnlineBaharu sahaja berakhir memoramdum persefahaman antara kerajaan dengan Pakatan Harapan hari ini desakan supaya mengadakan pilihan raya umum ke 15 mula ke...
Menu Ala Kampung Di Hari Ahad

Menu Ala Kampung Di Hari Ahad

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum SA dah masak ye awal masak hari nj senang kerja lepas ni nak melipat baju 2 3 hari ni hujan so baju banyak x kering kat rumah ni hari hari basuh baju padahal 4 orang je pun hehehee Macam yang SA bg tau td la plan asal nak ma...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000