Certot Bertenang


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Bertenang Emosi Fifi berkecamuk. Dia tak tahu sama ada dia patut menangis atau menjerit atau marah hari ini. Semuanya serba tak kena. Dari pagi lagi dia sudah tertinggal bas, terpaksa dia memesan Grab. Melayang wangnya. Sampai ke kelas pula, pintu sudah terkunci. Dia hanya terlambat lima minit. Kemudian, dia membawa diri ke perpustakaan dengan hasrat mahu menyiapkan assignment. Pengecas komputer pula tak bawa. Bateri komputer sudah nyawa-nyawa ikan. 
Kekasih hatinya, Farhan tiba-tiba minta putus. Tanpa sebarang penjelasan. Sebelum pulang, Fifi singgah sebentar di mesin layan diri untuk mendapatkan air. Tekaknya haus, dia penat mental, emosi, sekali gus fizikal. Setelah duit dimasukkan dan butang dipicit, mesin yang sudah beberapa dekad ada di situ mula berkeriuk. Sebotol air mineral dingin ditolak perlahan sebelum… TERSANGKUT! 
Fifi tak tahu nak kata apa lagi. Mesin ‘gedegang’ pun tidak mahu bekerjasama dengannya hari ini. Entah apa yang merasuki Fifi, laju sahaja tangannya dilayangkan dan mesin itu menjadi mangsa dia melampiaskan amarahnya. Sedang dia hanyut dibawa amarah, tiba-tiba tangan Fifi ditahan seseorang. 
“Tersangkut?” tanya seorang gadis seumuran dengannya yang memakai kot dan seluar slack itu. Kepalanya terlilit tudung hitam yang kemas. Fifi angguk. Gadis itu tunduk dan menolak pintu mesin tadi beberapa kali. Air mineral Fifi tergolek jatuh dengan sendirinya. Gadis itu hulurkan air Fifi. 
“Bad day, isn’t it?” Dia menekan butang soda dan tin itu jatuh dengan mudah.
Fifi angguk. 
“Bertenang. Ia akan membaik nanti. Nak minum?”
Mereka berdua duduk di tepi longkang depan mesin layan diri itu. Tak berkata apa, hanya minum. Perlahan-lahan, radang di hati Fifi mereda. 
“Kadang-kadang, kalau perkara yang kita nak tu tak berjalan seperti yang kita inginkan, itu tandanya kita kena berhenti, bertenang, tak buat apa-apa, dan buat semula pelan-pelan,” kata gadis itu. 
Fifi angguk setuju. Betul. Itu yang dia kena buat sekarang. Bertenang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/06/certot-bertenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Certot Kaktus

Certot Kaktus

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Ketika Aqilah sedang berjalan jalan menemani ibunya ke pasar pagi dia tertarik untuk melihat kaktus kaktus kecil yang tersusun cantik di dalam deretan pasu Ibunya pula sedang membelek orkid Entah dekat ma...
Certot Mak Nak Makan Roti

Certot Mak Nak Makan Roti

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 146 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jam sudah tepat menunjukkan pukul 12 00 tengah malam dan perut Puan Ramlah berbunyi menandakan dia sedang lapar Dia teringat ada roti di dapur Makan roti cicah kopi atau teh panas pun sedap juga ni kata P...
Certot Bunga

Certot Bunga

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Aunty saya nak buat aduan Lucy yang sedang menggunting tangkai pokok bonsai memandang ke arah Maimunah dengan rasa hairan Awal awal pagi lagi dia sudah datang ke kedai dengan muka mencuka Ada apa ni adik ...
Certot Gerai Pau Jam Sepuluh

Certot Gerai Pau Jam Sepuluh

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebuah gerai yang hanya menjual pau Gerai itu hanya dibuka pada jam sepuluh malam hingga tengah malam Gerai ini pernah tular dahulu tapi sekarang popularitinya merundum Mungkin kerana kalah bersaing pada ...
Certot Surat Buat Atikah

Certot Surat Buat Atikah

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu Fauziah memasuki kelas 1 Bestari untuk sesi pembelajaran selepas waktu rehat tamat Di dalam kelas dia perasan akan seorang budak lelaki yang tidak keluar rehat Cikgu Fauziah menegur budak berbaju su...
Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Persoalan Mengenai Tanda Tanda Kiamat Menurut Islam Beserta Jawapan

Doa Ketika Mimpi Buruk

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas Ibu Masih Hilang

Thyta House By Lassa Architects In Lefkada Greece

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Gerbang Lod Di Palestin Nabi Isa Skan Membunuh Dajjal