Certot Kaktus


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Certot : Kaktus  Ketika Aqilah sedang berjalan-jalan menemani ibunya ke pasar pagi, dia tertarik untuk melihat kaktus-kaktus kecil yang tersusun cantik di dalam deretan pasu. Ibunya pula sedang membelek orkid. Entah dekat mana pula nak digantungnya tu pun Aqilah tak tahulah. Dah macam pusat pembiakan orkid rumah mereka itu dikerjakan ibunya. 
“Kamu nak ke kaktus tu?”
“Tak apalah. Orang bukan pandai jaga pun.”
“Ambillah. Ibu bayarkan. Jaga kaktus senanglah. Jangan siram selalu. Kalau tanam kaktus pun mati, kamu tanam jelah diri kamu, Qilah hoi!”
Aqilah ambil sepasu kecil kaktus bulat yang banyak duri-duri putih. Dia pilih kaktus ini kerana ia nampak paling polos, comel dan macam tak akan mendatangkan masalah yang banyak buat dirinya. Kaktus itu dinamakan Kak Tus.
Hari-hari Aqilah bercakap dengannya. Seminggu sekali dia siram dengan air. Dia seronok menjaga Kak Tus. Sehinggalah dia perasan sesuatu yang aneh pada badan Kak Tus. Bahagian yang paling hampir dengan tanah sudah berubah warna kekuningan dan apabila ditekan ia LEMBIK! Ini mimpi ngeri. Aqilah berusaha melakukan ‘pembedahan’ ke atas Kak Tus. Namun, ia semakin layu dan mengecut. Aqilah harus menerima hakikat dia gagal menyelamatkan Kak Tus. 
“Siram pokok bukan ikut masa, Qilah hoi. Dia ikut tanah tu. Kalau kamu tengok tanah dia basah lagi, tak payahlah kamu siram. Ni sibuk juga nak siram. Spesies-spesies kamu ni elok jaga pokok bunga plastik je.”
Berbisa sungguh kata-kata ibunya itu.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot @ Cerita Pendek .






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/06/certot-kaktus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Certot Mak Nak Makan Roti

Certot Mak Nak Makan Roti

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jam sudah tepat menunjukkan pukul 12 00 tengah malam dan perut Puan Ramlah berbunyi menandakan dia sedang lapar Dia teringat ada roti di dapur Makan roti cicah kopi atau teh panas pun sedap juga ni kata P...
Certot Bunga

Certot Bunga

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Aunty saya nak buat aduan Lucy yang sedang menggunting tangkai pokok bonsai memandang ke arah Maimunah dengan rasa hairan Awal awal pagi lagi dia sudah datang ke kedai dengan muka mencuka Ada apa ni adik ...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital